Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday, 7 February 2013

PAS ADA PITA BIROKRASI YANG PANJANG ATAU ADA PENGKHIANAT?

Mengikut berita Bernama, Nasharuddin Mat Isa baru terima surat pemecatannya dari Majlis Syura. 

Wow! Dahsyat kerja surat-menyurat dalam teknologi siput ni yek? Mesyuarat 13 Januari 2013. Surat keluar 30 januari 2013. Surat diterima 6 Februari 2013, kalau ikut berita Bernama.


Aneh sungguh pengurusan sistem pentadbiran yang dikuasai kerajaang perpaduang ini. Sampai pada tahap nak hantar surat pada Nasharuddin Mat Isa pun lembab. 

Kenapa ye?

Masalah pita birokrasi?
Ada pengkhianat yang sengaja melambatkannya?
Tak percaya Pos Laju?

Tak baik buat macam tu kat orang tau! Kalau dah nak pecat, kenapa tangguh penghantaran surat? 

Perbuatan ini menimbulkan persoalan bahawa masih ada gerombolan yang menguruskan bab surat-menyurat ini mengharapkan satu keajaiban, yakni:
  • Selepas Nasharuddin Mat Isa tahu pemecatannya melalui media, beliau segera menghubungi PAS Pusat supaya penggugurannya dari Majlis Syura ditarik balik.
Tetapi ini tidak berlaku. 
  • Selepas berita pengguguran Nasharuddin Mat Isa itu keluar dalam media, berbondong-bondong ahli PAS membuat rayuan supaya Majlis Syura menarik balik tindakan tersebut.
Ini juga tidak berlaku.

Tuan Guru Nik Aziz pula tegas dengan pendirian beliau.

Alahai...

TAKNAK KERAJAAN PERPADUAN?

JOM UBAH

TOLAK UMNO. TOLAK BN


4 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Stendet la .... nak buat camana... diorang masih sayangkan lagi Nasharuddin Mat Isa... lagipon geng UG masih ramai yang berkeliaran... dan kapla dier masih belum kena ketuk lagie... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Sayang tu boleh sayang. Tapi ini soal masa depan PAS! Bukan masa depan Mamat tu sorang! Sampai bila diorang ni baru jadi pandai berpolitik?

      Delete
  2. Replies
    1. Salam TheSniper

      Asyik bagi peluru pada musuh jer! Tak serik-serik!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.