Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 20 February 2013

TAHNIAH KEPADA MAHASISWA YANG CEMERLANG!


Beberapa hari sudah sudah Yong menerima sms dari seorang mahasiswa yang sering menghantar sms bertanya itu sini. Kali ini dia mengucapkan terima kasih kerana dengan gred Yong beri dia berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama. Yong ucap tahniah kepadanya dan beri tahu dia bahawa Yong tidak beri gred itu. Dia yang berusaha untuk mendapatkannya. Yong hanya memberi bimbingan dan menilai hasil (outcome).

Jangan silap faham. Mahasiswa ini tidak menerima A++ dari Yong. Sebaliknya dia hanya menerima B+ sahaja. Itupun sudah cukup baginya untuk mengucapkan terima kasih kerana kalau dia mendapat satu gred di bawah (B sahaja) mungkin impiannya untuk mendapatkan Kelas Pertama itu musnah. Sebagai mahasiswa yang bijak dia melihatnya secara positif. Tidak pula dia mempersoalkan kenapa Yong tak beri dia A? Kenapa Yong sangat "strict" ketika memberi markah?

Yong mengajar kursus yang agak bersifat teknikal (bagi sains sosial). Tetapi, ia bukan matematik atau accounting yang memberi ruang untuk mendapat markah untuk approach betul, walaupun "final answer" salah (mungkin kerana "wrong addition," etc). Mungkin kursus ini agak sukar. Jika tak tahu jawab, memang tak tahulah. Tak boleh goreng. Boleh dapat kosong. Walau bagaimanapun ada soalan yang bersifat "discussive." Tetapi ia tetap berpaksikan kepada applikasi/konsep yang teknikal. Mahasiswa ini telah tidak dapat menjawab dengan tepat satu soalan yang nilai markahnya 25%. Maknanya dia dah salah applikasi konsep.

Yong seorang pendidik yang "flexible" ketika di dalam kuliah. Yong tak kisah pelajar nak datang atau tak datang ke kuliah Yong. Ini kadangkala menyebabkan Yong "clash" dengan "establishment" yang mahu kedatangan 100%. Bagi Yong pelajar akan hadir kuliah kalau ia "interesting." Alhamdulillah, kedatangan di kuliah Yong okay! Ini sama macam ceramah yang diadakan oleh PR dan BN. Kalau menarik, bersusahpayahpun akan datang juga. Kalau menyampah, disediakan bas dan makanan pun tak mahu hadir.

Akhir kata Yong ingin mengucapkan:

TAHNIAH KEPADA SEMUA MAHASISWA YANG BERJAYA LULUS MENJADI GRADUAN!

BAGI GRADUAN KURSUS SEPENUH-MASA, SELAMAT MENEMPUH ALAM PEKERJAAN!

BAGI GRADUAN KURSUS SEPARUH-MASA, SEMOGA KEJAYAAN INI MEMBUKA RUANG UNTUK ANDA MEMPERBAIKI KEDUDUKAN DALAM KERJAYA.

TAHNIAH JUGA KEPADA SEMUA MAHASISWA YANG BERJAYA LULUS DAN MENINGKAT KE BAHAGIAN SETERUSNYA.

DAN INI PESANAN AKHIR YONG KEPADA GRADUAN:


2 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Sempat berkempen lagie.... hahaha... elok la tue... hahaha... err.. gua entah la... biler nak sambung belajar nih.. dulu belajar sampai Sekolah Mubaligh jer... biler nak belajar sampai ke "Vatican" .... hahahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Yong nak bagi ingat je. Tanggungjawab kita bukan hnya cari makan saja. Betul tak?

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.