Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday, 25 February 2013

TAHUKAH ANDA KITA KENA TANGGUNG TAMBANG PATI YANG DIHANTAR PULANG?

PERASUAH IMIGRESEN PEROSAK NEGARA

Macam-macam benda pelik berlaku di negara ini:

Beberapa pegawai imigresen didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara. 

Altantuya dapat passport dari negara ini untuk pergi ke Peranchis.
Rekod Altantuya masuk ke negara ini ghaib.
Tapi Altantuya kena C4 di negara ini.

Kerajaan berbelanja RM604,080,480 untuk menampung kos warga asing di penjara Sabah, antara tahun 2006 hingg 2012.
Ada 46,000 banduan pendatang tanpa izin di Sabah.

Semua maklumat di atas bukan rahsia lagi. Antara berita yang komer boleh baca ada di sini, di sini dan disini. Mungkin ada banyak lagi di tempat lain. Carile sendiri. Semua cerita tak sedap didengar.

Maknanya kalau kita buat pengiraan:
RM604,080,480/46,000 = RM13,132.18 untuk 6 tahun.
RM13,132.18/6 = RM2188.70 setahun.
=RM182.392 sebulan.

Rakyat marhein dapat RM500 untuk belanja setahun.
=RM41.67 sebulan

APA MAKNANYA INI?

Jika PATI dihantar pulang, kita rakyat Malaysia yang membayar cukai  akan menanggung kos tambang dia kembali ke negara asal.

APA NAK JADI DENGAN NEGARA KITA?

Kesimpulannya: Budget untuk menampung keperluan seorang PATI lebih tinggi berbanding dengan seorang warganegara miskin di Malaysia.

SALAH SIAPA?

Salah penjawat awam yang rasuah?
Salah pemimpin BN yang menguasai sektor awam?
Salah ahli politik yang tidak amanah?
Salah ahli perniagaan yang tamak?

Jadi, berbalik kepada soal pokok - Bagaimana PATI dengan mudah boleh masuk ke negara ini?

HANYA SATU CARA UNTUK MENYELESAIKAN KEMELUT INI.

TOLAK PEMIMPIN RASUAH 

JOM UBAH

TOLAK UMNO. TOLAK BN 

11 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Hahaha... gua salah kira kot... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Peliknya yang miskin ini mengundi ameno!

      Delete
  2. ingat kata2 hikmat madey mamak pedukang ttg org melayu "melayu mudah lupa" madey situa kutuk tau buatla apa kat melayu pasti mlayu tak akan marah..selagi si tua kutuk masih bernyawa selagi itu mesia tak akan aman..wahai umat mlayu blajala dr sejarah melayu melaka sapa yg buat runtuhnya kesultanan mlayu klau bukan moyang2 si madey mamak pedukang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam opisboi

      Adakah ini maknanya chedet mengaku dirinya bukan Melayu? Sebab takkan dia mengata dirinya sendiri sebagai tergolong dalam kumpulan "mudah lupa" itu?

      Ameno masih dalam mood denial sehingga demer ditendang keluar dari Putrajaya!

      Delete
  3. SALAM YONG...HE HE MUJUR BUKAN AKU JD TUKANG GUBAL ONDANG ONDANG NIH...KLU IDAK GERENTI AKU BUAT PATI NIH HAMBA ABDI SEBAGAI HUKUMAN...SURUH WAT KERJA BERAT SAMPAI LER CUKUP KADAR KOS UNTUK ANTO DIAORANG BALIK...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam PUPPETS

      Sebenarnya kita patut gubal undang-undang yang memastikan demer buat kerja samapi cukup duit untuk tambang balik. Baru adil.

      Buat apa kita beri duit untuk tambang dia?

      Kalau rakyat Malaysia masuk secara haram ke negara demer, rakyat Malaysia kena tanggung sendiri tambang balik!

      Delete
  4. jommm.. kita pun dah tak sabar benor dah ni

    ReplyDelete
  5. salam kak yong & family!

    Apa nak buat, kak yong, PATI tu pada sebutan/ pandangan kita rakyat saja..Pada kerajaan, proksi, agensi pendatang asing, kastam, bagai, demer tu semua adalah TETAMU negara kita. Kita aje ler yg berate PATI, padahenyer, kerajaan U-BN tatang demer as they're worth their worths in gold! Makan keliling!

    Kan ker budaya orang Melayu kita ni, "Orang berbudi kita berbahasa; Orang memberi kita merasa", so, disebabkan kenangkan 'jasa' punya pasal, Tetamu tu wajib la 'bersyukur' & sokong 'Malaysia sebuah kerajaan yg stabil'..haha !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hanz

      Begini sajalah. Orang-orang yang didapati bersalah kerana perdagangan manusia ini harus dirampas harta bendanya. Harta itu dijual supaya semua PATI boleh dihantar pulang. Yong pasti jumlah harta yang dikumpulkan oleh pengkhianat negara ini cukup.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.