Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday, 4 March 2013

AGENDA GAGALKAN PR KE PUTRAJAYA, ANWAR IBRAHIM AKAN DITANGKAP KERANA BERSEKONGKOL DENGAN SULTAN SULU?

Tolong jelaskan. Apa makna berita ini?

SUMBER THE STAR

Berita di atas menyebut Najib akan menggunakan "intelligence agencies" untuk menyiasat pembangkang berdasarkan gambar dan "circumstantial evidence" kerana menghasut Sultan Sulu membuat tuntutan semula ke atas Sabah. 

Apa circumstantial evidence itu?

Beberapa keping gambar?

Kenyataan siapa dalam surat khabar?

Tolonglah! Cuba lihat "circumstantial evidence" berikut:

Ini gambar pemimipin-pemimpin Sulu (?) yang hadir dalam Perhimpunan UMNO. Siapa jemput? Kenapa jemput? Nak suruh dengar retorik Najib mempertahankan Putrajaya sehingga ketitisan darah yang akhir?

SIAPA YANG ANWAR JEMPUT HADIR PERHIMPUNAN UMNO NI?

Apa agenda ameno di sebalik jemputan ini? Rakyat ingin tahu!

RUPANYA SULTAN SULU AHLI UMNO

Ah, rupanya Sultan Sulu mengaku telah menjadi ahli UMNO selama 20 tahun. Dia juga mengaku lahir di Kudat. Kenapa tidak siasat dia berdasarkan "circumstantial evidence" ini?

SUMBER BERITA UTUSAN

Kenapa tidak siasat Rosnah, Ketua Puteri UMNO, orang Sabah yang pasti tahu berapa ramai penduduk Sabah itu dapat KP melalui projek IC Mahathir?

Ucapan Rosnah yang mahu berperang ini bukan "circumstantial evidence?"

PETIKAN UCAPAN ROSNAH BERBAUR HASUTAN (BERITA HARIAN)

Mengapa tidak siasat "circumstantial evidence" ini, sedangkan kita tahu penceroboh Lahat Datu itu bersaudara dengan Ketua UMNO? Mengapa tidak siasat nama-nama yang disebut oleh Blog Sabahkini?

APA KAITAN ANTARA SULTAN SULU DAN KETUA CAWANGAN UMNO SUNGAI NYAMUK?

Akhir sekali kenapa tiada apa-apa respon dari pemimpin Malaysia tentang dakwaan akhbar Filipina ini? Adakah Malaysia takut dengan Nur Misuari kerana sudah ada perjanjian yang rakyat tidak tahu?

KATAKAN AKHBAR INI MENGARUT 

Jika katanya ingin berjuang, maka berjuanglah secara demokrasi dengan adil.

Kenapa memilih untuk menyiasat pembangkang sedangkan pembangkang tidak ada kuasa atau memegang urus-tadbir mana-mana agensi "inteligence" seperti kerajaan?

Sementara seorang demi seorang polis kita gugur, pemimpin bercakap mahu siasat pembangkang!

Siapakah pemimpin pembangkang yang akan disiasat itu kalau bukan Anwar Ibrahim?

Tapi mengapa?

Takut buat Pilihanraya?

Cuba tangguh Pilihanraya?

Rakyat bukan bodoh.

UMNO DAN BN SUDAH TIADA HARAPAN LAGI

JOM UBAH

TOLAK UMNO, TOLAK BN

5 comments:

  1. jom kita ubah, tolak BN, tolak UMNUUUUU

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, komen ini Yong delete sebab mencarut.

      Delete
  3. Salam prof,

    Previous comment have been edited necessarily where anwar's name have been correcly spelled. Nape x publish lg? Adakah ini fairplay? So u're aint different wt rtm n tv3 when u jz publish watever which benefits u, ur clan and ur belief, not a truth nor critics against u.. Hampeh

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.