Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday, 18 March 2013

ANWAR IBRAHIM, AWAT HANG TAK ARAH JABATAN KAJICUACA KELUARKAN AMARAN RIBUT DI TANAH MERAH?

CONTOH: UNGU MENUNJUKKAN RIBUT (KREDIT NASA)

Edisi lambat keluar.

Semua orang dah tengok video pendek ribut yang berlaku di Tanah Merah ketika Najib berfatwa tentang 7 dosa besar di Kelantan. Memang menakutkan apabila bumbung khemah tercabut. 

Syukur tiada siapa yang dikhabarkan cerdera.

Ribut terjadi apabila suatu pusat tekanan rendah terbentuk dengan dikelilingi oleh suatu sistem bertekanan tinggi. Kombinasi daya yang berlawanan ini dapat menghasilkan angin dan menimbulkan pembentukan awan ribut, seperti awan kumulonimbus. Kawasan kecil tersetempat yang bertekanan rendah dapat terbentuk dari udara panas yang naik dari permukaan yang panas, yang akan menimbulkan gangguan yang lebih kecil seperti pusar debu atau puting beliung (Wikipedia).

Ahli sains alam sekitar berpendapat kepanasan global boleh menjadi punca ribut semakin ganas.

Oleh kerana punca ribut boleh dikesan, Jabatan Kajicuaca boleh meramal dan memberi amaran bila  ia akan berlaku. Ini kerana bencana alam memiliki ciri-ciri yang sama yang mungkin berulang.

Allah Maha Pengasih. Kita hanya perlu mempelajari rahsia ribut. Lepas itu dengan izin Allah kita akan dapat membuat ramalan sama ada ribut akan berlaku atau tidak, lokasi, bila, tahap kekuatannya dan lain-lain. Jadi, kita boleh membuat persediaan bagi mengelakkan risiko teruk akibat bencana alam.

Jabatan kajicuaca telah mengeluarkan amaran ribut, pada 14 Mac 2013 dan 16 Mac 2013 untuk Semenanjung Malaysia dan untuk Sabah dan Sarawak dikeluarkan pada 13 Mac 2013. Baca di sini.

AMARAN RIBUT DI SEMENANJUNG MALAYSIA
AMARAN RIBUT DI SABAH DAN SARAWAK

Maklumat dari facebook Jabatan Kajicuaca tidak meramalkan berlakunya ribut di Pantai Timur, termasuk Kelantan. Ini bermakna ribut berlaku di Tanah Merah tanpa ramalan/amaran daripada Jabatan Kajicuaca. 

Lalu, bencana ini AMARAN daripada siapa?

Takkan semua bencana yang berlaku di Malaysia ini datang dari Anwar Ibrahim, kot?

Fifir-fikirlah.

JOM UBAH
TOLAK FITNAH
TOLAK UMNO
TOLAK BN.


No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.