Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 5 March 2013

LAWAK PASIR SALAK: MASUK UMNO

Pagi itu Ulis dan Lajoh datang ke kedai makan Haji Ismail. Mereka datang menaiki motorsikal. Seperti biasa lepas mengucapkan salam mereka terus mengorder nasi lemak dan roti canai dengan teh tarik. Haji Ismail balas salam Ulis dan Lajoh walaupun tahu wajah mereka tak pernah kelihatan di surau atau masjid.

"Naik motor nampak?" Tegur Haji Ismail

"Baru baiki. Hahaha." Jawab Ulis. Nampaknya gembira bebenor dia.

Ketika duduk, Ulis dan Lajoh terpandang Usop sedang membaca surat khabar yang siapapun tak nak beli. Sebab itu surat kabar itu diberi percuma oleh orang-orang tertentu. Itupun tak setiap hari. Haji Ismail yang open-minded letak saja di kedainya untuk dibaca oleh pengunjung. Akbar Keadilan dan Harakahpun ada. Itu Haji Ismail beli.

"Kamu baca apa Usop?" Tanya Ulis.

"Hahaha...Agaknya pasal siapatu yang bertunang bini orang...Hahaha." Sampuk Lajoh.

Huh, orang kampung pun tahu skandal dan cerita artis. Demer ada Astro!

"Takdelah," Jawab Usop. "Ini aku tengah baca cerita ahli PAS masuk UMNO ni...Katanya di Pasir Salak."

"Huh? Ada gambor tak?" Ulis nampak begitu berminat.

"Ada. Tapi kurang jelas." Jawab Usop.

"Tengok...Gambor kami ada tak?" Tanya Lajoh sambil bangun dari kerusi.

"Apa kena mengena dengan kamu pulak?" Haji Ismail menyampuk dari belakang kaunter. Dia tahu Ulis dan Lajoh bukan ahli PAS.

"Akuler yang masuk UMNO tu. Hahaha. Kalau tidak, macam mana aku nak baiki motor tu...." Jawab Ulis dengan bangga.

"Betul. Dah tiga kali kami masuk UMNO. Hahaha." Kata Lajoh pula.

Ulis dan Lajoh sebenarnya Orang Asli yang tinggal di sebuah perkampungan yang terletak di Pasir Salak. Tak tahu siapa kena tipu dek Orang Asli ni.

Sumber Cerita asal: Bad Pasir Salak.

AGAK-AGAK BERAPA RAMAI ORANG ASLI DALAM GAMBOR INI?: GAMBAR HIASAN AJER

PATUTLE BILA DEKAT PRU RAMAI YANG MASUK UMNO.

JOM UBAH

TOLAK UMNO, TOLAK BN

4 comments:

  1. Salam Yong,

    Wak memang nye tergelak bace cerite ni,

    UMNO ni masih anggap rakyat ni berfikiran macam lime enam puluh tahun dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Wak

      Tapi orang Asal masih sukar dipredict pilihan demer bila pilihanraya nanti.

      Delete
  2. Jangan pandang rendah pada orang asal. La niie mereka jugak celik komputer. Padan muka umno kena mainkan orang asal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Salman

      Betul. Ramai yang telah meningkat dalam kedudukan sosial menjawat jawatan penting dalam kerajaan dan syarikat. Tetapi ramai juga yang masih naif.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.