Bolehkah?
Bolehkah kita anggap projek IC Mahathir ini tidak pernah wujud? Jawapannya sudah tentu tidak boleh. Kegiatan pengkihanat bedebah dalang KP segera ini begitu berleluasa sehingga warga Pakistan pun dikatakan mendapat MyKad segera.
Setakat ini pemimpin negara bungkam.
Cuba kita buat analisis berdasarkan statistik pertumbuhan penduduk ini:
SUMBER INDEXMUNDI DAN JAB. STATISTIK |
Seperti yang didakwa oleh Siti Aminah Mahmud, dia terlibat dalam pemerosesan KP segera dalam tahun 1990 sehingga 1995, sebelum ditahan di bawah ISA. Data di atas pula menunjukkan kadar pertumbuhan penduduk Malaysia yang erratic (tidak menentu).
Dalam tahun 1990 dan 1993 pertumbuhan penduduk meningkat dengan mendadak dari 2.42% menjadi 4.33%; iaitu pertambahan 752,000 penduduk. Berdasarkan pertumbuhan penduduk pada tahun sebelumnya (jika tidak berubah), kemungkinan besar, seramai 330,000 adalah warganegara segera.
Pilihanraya pada tahun 1990 dimenangi oleh PBS. Kegiatan KP segera dilaksanakan selepas PRU8 untuk menjatuhkan PBS pada PRU9 tahun 1995. Oleh kerana itu pertumbuhan penduduk meningkat dengan mendadak lebih dua kali ganda pada tahun 1993 kepada 4.27% dari 2.08%, tahun sebelumnya.
Dalam tahun 1999, Malaysia mengadakan PRU10. Pada masa itu BN dicabar dengan teruk, setelah Anwar Ibrahim dipecat, sehingga menyebabkan Mahathir dipaksa meletakkan jawatan. Sekali lagi kadar pertumbuhan penduduk berlaku dengan pesat pada tahun 2001, iaitu 3.17% berbanding 2.48% pada tahun 2000. Pak Lah menang bergaya pada PRU11. Ketika itu juga semakin lantang tuduhan wujudnya pengundi hantu yang semakin berleluasa.
Pertumbuhan penduduk mula menurun selepas tahun 2004, sehingga 1.31% pada PRU12. Tetapi ia naik semula dalam tahun 2011 dan 2012.
Kenapa pertumbuhan penduduk di Malaysia berubah secara "erratic" sedangkan kita tidak mengalami fenomina "baby boom" yang selalunya berlaku selepas sesuatu malapetaka seperti bencana alam? Selain dari itu, kadar kelahiran bagi setiap 1000 penduduk juga terus menurun.
Jadi, dari mana datangnya peningkatan kadar pertumbuhan penduduk tersebut?
Jadi, dari mana datangnya peningkatan kadar pertumbuhan penduduk tersebut?
Hanya satu jawapan kepada persoalan ini. Berlaku migrasi penduduk dari luar negara. Migrasi ini pula diberi taraf sah dengan pemberian KP segera.
Untuk makluman, kadar pertumbuhan penduduk berkait rapat dengan kadar pertumbuhan ekonomi negara. Bagi negara maju seperti UK ialah 0.7% setiap tahun. Sementara itu bagi negara membangun seperti India, 1.4% dan Indonesia, dalam lingkungan 1.9%.
Tidak logik pertumbuhan penduduk di Malaysia meningkat lagi setelah turun, tanpa kenaikan kadar kelahiran. Angka-angka ini tidak boleh menipu.
Bolehkan BN menafikannya?
NEGERI SABAH YANG KAYA, RAKYAT YANG DHAIF |
BUAT KP SEGERA PENGKHIANAT NEGARA
TOLAK UMNO, TOLAK BN
kalau yg malas nak baca statistik...dr observation boleh tau...ha ha takkan tu pun tak sedar lagi...
ReplyDeleteSalam dAn
DeleteDi Kota Kinabalu ada pasar yang dikenali dengan nama Pasar Pilippines. Kat Tanah Melayu ada Little India dan China Town. Tiada pula Pasar Melayu.
Bila pergi Jalan Tuanku Abdul Rahman, macam kat Calcutta. Jalan Masjid India dan Masjid Jamek toksah cerita. Alahai...Tanah airku.