Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday, 17 March 2013

TIGA FITNAH BESAR MELANDA MALAYSIA - FATHUL BARI (PT 1)

Ini rencana ditulis dalam media yang banyak kalah dalam saman fitnah. Lawak sungguh! Pandai pulak dia paparkan tentang konsep fitnah.

Ramai yang tak ambik pot apa yang media ini tulis. Tapi kali ini Yong tolong media ini yang menghurai pendapat ulama muda tersohor ameno, Fathul Bari, dengan memberi contoh-contoh fitnah. Ini kerana Utusan tidak memberi contoh yang jelas.

Yong ni orang biasa-biasa jer. Takde mengaji di Jordan atau mana-mana negara Arab.

Walaupun kita hot tentang isu Lahad Datu, jangan lupa racun yang ditabur di halaman rumah sendiri.

ARKIB : 10/01/2013

Tiga fitnah besar melanda Malaysia

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

Fitnah secara umumnya banyak dikaitkan dengan perbuatan mengadu domba, membuat tuduhan palsu, menyebarkan dakwaan tidak benar yang bertujuan menjatuhkan aib serta maruah seseorang.

Sebenarnya, pengertian fitnah adalah lebih luas daripada itu malah jika diteliti dengan berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah serta pandangan ulama muktabar-fitnah merupakan satu perbuatan keji dan mengandungi unsur-unsur bencana, kezaliman, kefasikan, tohmahan serta pecah belah.

CONTOH 1: MENYAMPAIKAN CERAMAH DI PENTAS FITNAH

Merujuk kepada maksud sebuah hadis yang dipetik di dalam wawancara antara Mingguan Malaysia dan Mufti Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman al-Salumi, minggu lalu Rasulullah SAW pernah bersabda "Fitnah itu satu benda yang tidur. Allah SWT melaknat sesiapa yang membangunkannya."

Berdasarkan kepada hadis dibacakan oleh Sheikh Sulaiman tersebut jelas menunjukkan betapa bencinya Allah dan Rasul-Nya terhadap perbuatan fitnah sehingga ke peringkat Allah melaknat ke atas mereka yang melakukannya.

Malah di dalam al-Quran ada dinyatakan secara khusus mengenai dosa pelaku-pelaku fitnah yang lebih dahsyat daripada membunuh.

Berbalik kepada perbincangan fitnah dalam konteks lebih luas, masyarakat Malaysia khususnya umat Islam tidak terkecuali daripada berhadapan dengan perbuatan keji tersebut.

CONTOH 2: TUDUH ORANG BERDOSA BESAR TANPA BUKTI

Malah dalam konteks Malaysia terdapat tiga fitnah yang besar yang terpaksa dihadapi oleh umat Islam negara ini.

Fitnah pertama, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu) Fathul Bari Mat Jahya dalam ceramahnya di ibu pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad kelmarin, apabila wujudnya kelompok-kelompok berimejkan Islam tetapi berfikiran Khawarij.

Kata beliau, fenomena itu amat membimbangkan kerana perkara tersebut berkaitan dengan isu akidah.

Malah beliau berkata, Rasulullah SAW pernah mengingatkan kepada semua umatnya berhubung kehadiran kelompok-kelompok itu yang begitu licik bergerak sehingga ke peringkat pelaksanaan amal ibadat mereka seperti solat dan berpuasa lebih hebat daripada muslim lain.


CONTOH 3: SELESAI SEBUAH IBADAH YANG HEBAT, TAPI MASIH ENGGAN TUTUP AURAT 

Bahkan kata Fathul Bari, ada Sahabat menyatakan di dahi kelompok itu terdapat tanda-tanda hitam bagi menunjukkan betapa hebatnya mereka bersolat selain sentiasa membotakkan kepala kerana mahu dilihat meninggalkan keduniaan sedangkan puak-puak tersebut berfahaman Khawarij.

CONTOH 4: MENUDUH PIHAK YANG TIDAK BERADA DALAM KUMPULANNYA SEBAGAI KAFIR KEPADA ALLAH

"Tidak dinafikan kelompok-kelompok seperti ini daripada segi pakaian dan penampilan menunjukkan mereka cukup hebat dalam agama tetapi malangnya mereka dengan mudah mengkafirkan orang Islam lain dan menuduh orang Islam lain sesat semata-mata tidak berada dalam kumpulan itu.

CONTOH 5: MENGHANTAR SMS MENUDUH ORANG SESAT 

"Inilah ideologi puak Khawarij, sikap kelompok-kelompok yang saya maksudkan juga tidak ubah seperti golongan Syiah yang juga berfikiran Khawarij. Mereka (Syiah) dengan mudah mengkafirkan para sahabat Rasulullah SAW,'' ujarnya.

Beliau berkata, kelompok-kelompok seperti itu sebenarnya berada dalam suasana fitnah syubhah yang cukup berbahaya dan jika dibiarkan berlarutan, umat Islam akan menerima padahnya.

"Apa yang saya hendak nyatakan, inilah salah satu fitnah paling besar yang berlaku di negara kita. Kita jangan lupa tentang satu fakta bahawa puak Khawarij adalah satu gerakan politik,'' ujarnya.


CONTOH 6: MENJULANG KERIS PANJANG SUPAYA NAMPAK PERJUANGANNYA HEBAT MEMPERTAHANKAN ISLAM

Merujuk kepada sejarah, beliau berkata, puak Khawarij cukup terkenal dengan gerakan pemberontakan terhadap kerajaan yang sah sama ada dalam bentuk rusuhan mahu pun provokasi.

"Sebelum mereka melakukan rusuhan, puak Khawarij ini akan bersangka buruk kepada pemerintah dan kemudian menyemaikan dan menyebarkannya dengan tujuan untuk menerbitkan rasa benci dalam kalangan rakyat.

CONTOH 7: PEMIMPIN MENOLAK HUDUD 

"Setelah itu puak tersebut akan membuat tuduhan sama ada dalam bentuk mengkafirkan pemerintah atau menuduh pemerintah fasik dan sesat. Tujuannya supaya rakyat bangkit membuat pemberontakan,'' katanya lagi.

CONTOH 8: DERHAKA KEPADA PEMERINTAH (SULTAN KELANTAN) YANG MENYOKONG ROYALTY MINYAK UNTUK NEGERINYA

Realitinya beliau berkata, fahaman Khawarij amat berbahaya kerana fahaman itu boleh memecah belahkan umat sekali gus mampu mencetuskan huru-hara di dalam negara kerana sikap mereka yang terlalu mudah menuduh orang Islam lain kafir, fasik dan sesat.

SUMBER (UTUSAN)

Terima kasih Fathul Bari. Sekarang Yong amat jelas apa Khawarij, siapa golongan Khawarij dan siapa kaki fitnah.

----Bersambung----

TOLAK FITNAH

JOM UBAH

TOLAK UMNO, TOLAK BN


1 comment:

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.