Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 6 April 2013

BERITA MENGARUT TENTANG KU LI


Heboh di blogosphere kononnya nama Ku Li tiada dalam senarai calon.

Siapa yang reka berita ni? Siapa yang konon telah buat stunt berani mati "let the cat out of the bag" ni?

Hahahaha...

Komer jangan tertipu. Komer jangan percaya berita mengarut ini.

Ini hanya "reverse psychology" agenda Kerajaang Perpaduang untuk meransang perasaan simpati kepada Ku Li. Kononnya Ku Li, melalui Angkatan Amanah Merdeka, sudah jauh dari pucuk pimpinan ameno!

Ingat tak dulu pecah berita kononnya kalau PR menang PRU13, Ku Li akan dilantik jadi PM? Anwar Ibrahim telah menafikan berita mengarut itu.

Melantik Ku Li jadi PM hanyalah agenda Kerajaang Perpaduang yang masih cuba bernafas walaupun telah dicekik oleh pucuk pimpinan Pakatan Rakyat.

Ku Li tidak kemana-mana. Dia masih tetap ameno, dulu, kini dan...

Dia masih mengidam untuk menjadi PM Malaysia.

Dia akan pertahankan Gua Musang. Lepas menang bergaya di Gua Musang, kalau ameno masih berkuasa, Ku Li akan cuba lagi mencabar Presiden ameno.

Ku Li telah cuba melakukannya selepas menang pada PRU12 pada tahun 2008. Tetapi dia gagal.

Jadi komer jangan terkesima dengan agenda Kerajaan Perpaduang ini. Ia hanya memberi undi simpati pada Ku Li. Ia akan "distract" semangat penyokong Pakatan Rakyat yang akan bertanding di Gua Musang.

FOKUS! MESTI MENANG PRU13!

Kalau ameno cantas Ku Li pun, apa keuntungan Pakatan Rakyat?

Takde, Nahi, Illek, Meiyou, Nein..

MAHLIGAI RAKYAT

PONDOK "WHITE HOUSE" MILIK SIAPA NI?

Sebagai petunjuk, Yong kepilkan petikan dari Sinar Harian tentang politik Ku Li. Tiada apa yang baru:

ADAKAH KU LI SOKONG PAKATAN RAKYAT? 

Baca baik-baik apa yang tersirat pada ayat-ayat Ku Li. Jangan terperangkap. Dia tetap pertahankan "kemajuan" dan "perpaduan" versi ameno!

PAKATAN RAKYAT TAWAN PUTRAJAYA DULU...

JOM UBAH
TOLAK KERAJAANG PERPADUANG
TOLAK UMNO
TOLAK BN


6 comments:

  1. Replies
    1. Salam Cenangau

      Kalau miker maksudkan ader ke kerajaang perpaduang itu - jawabnya "ADA."

      Yong tahu siapa yang pergi jumpa Ku Li.

      Delete
  2. dah nak pru dah pun, agenda YouJizz ni masih berterusan...
    hampeh tengit sungguh puak2 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Madie

      Semuanya sebab tak faham politik sahabat Rasullullah!

      Delete
  3. Saya memang hairan dari berita ni keluar tu hari, tapi tanda soal kini terjawab bila Yong keluarkan berita ini di sini. Itu yang buat saya pelik, apa sebab nak kan Ku Li jadi PM sekira nya PR menang? Ni nak jawab sedikit kasar nih..! Geram sungguh... puak puak UG ( Unity Government) Kerajaang Perpaduang...!! masih ada kat dalam PAS ker? Senang cakap, tak kuasa selindung dah..mata depa tak nampak ker Ku Li ni UMNO BN APCO dari dulu, kini dan selamanya?? Buta mata ke Buta hati??? Penat lelah kita sokong Pakatan Rakyat, datang puak puak kerajaan Perpaduan ni dengan senang hati nak bersekongkol dengan Syaitan yang di kenali.. memang nak kena tendang keluar esok esok PAS ni, memang tak belajar dari sejarah silam.. Tuan Guru Nik Aziz pun tak suka jika PAS dan UMNO bersatu kerana UMNO ni penipu besar...jika jadi geng..aku tak kan bagi undi kat PAS sebab sama jer..Khianat Rakyat yang undi depa. Ibrahim Ali tengok apa jadi,?? walaupun bukan Umno tapi sokong Umno, di calonkan sebagai sokong PAS menggunakan lambang PAS. Tolak saja sesiapa nak Ku Li jadi PM. Elok elok orang percaya dan yakin kat PAS, rakyat akan tawar hati.. Ya benar Umno orang Islam tapi bersatu dengan pengkhianat dan pembelot nak buat apa? Alamat PAS akan di tendang keluar lah jawab nya..Tak serik serik. Ingat sejarah tahun 1970an? Setelah Umno kuat kembali, PAS di aibkan sebegitu rupa..!!! Jangan nak mengada ngada... nak kan Ku Li..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maria

      Bila Ku Li kununnya sanggup tolong Kerajaan Kelantan menuntut Royalty, ramai yang melompat kegembiraan. Bukan orang PAS yang gembira. Orang ameno yang seronok. Sebab boleh demer warwarkan kununnya ameno Kelantan tak ada beza dengan PAS. jadi bolehle pilih demer jugak. Hasilnya? PAS yang kalah.

      Ini semua politik licik KuLi yang nak jadi PM!

      Pemimpin dan Penyokong PAS jangan tertipu!


      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.