Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday, 7 April 2013

CALON UMNO/BN TITIWANGSA TIDAK PERLU UNDI CINA DAN INDIA (VIDEO)

Sementara Azmin dan PAS Titiwangsa bertekak dalam media perdana kerana tak nampak jalan untuk pergi ke Putrajaya, UMNO Titiwangsa sibuk mengatur strategi.

Jom kita berkenalan dengan calon UMNO/BN Parlimen Titiwangsa!

Kita tengok video strateginya...


Mamat ini adalah Group Managing Director, CI Holdings Bhd. sejak November 29, 2002. Seorang ahli perniagaan.

Salah satu daripada isu-isu panas di Titiwangsa ialah pembangunan Kampung Bharu, di mana terletaknya Kelab Sultan Sulaiman Club terletak, mercu tanda bantahan Melayu terhadap Malayan Union. Kampung ini merangkumi 90.2 hektar tanah, menjadikan ia sebagai besar seperti Monaco, dengan lebih 10,000 pengundi tertumpu di sini, majoriti daripada mereka Melayu.

Tanah di Kampung Baru bernilai RM350 setiap kaki persegi manakala kawasan jiran seperti Kuala Lumpur City Centre (KLCC) yang bernilai lebih daripada RM2, 000 bagi setiap kaki persegi. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk Kampung Bharu yang menolak Pelan Perancangan Pembangunan Kampung Bharu dan akta Perbadanan Pembangunan Kampung Bharu (Baca di sini).

BERSEDIALAH MENJUAL SATU-SATUNYA WARISAN MELAYU BANDAR INI JIKA BN TERUS BERKUASA

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menganggarkan nilai tanah di kawasan ini menjadi lebih RM20 bilion jika penduduk menerima pembangunan perancangan sepenuhnya.

Okay, sekarang komer sudah tahu dengan sahihnya, siapa yang akan bertarung dengan calon PR untuk Parlimen Titiwangsa. Jadi, toksahlah komer masih lagi saling menggigit antara satu sama lain macam kucing biang!

Kalau komer pilih BN, harapan untuk membangunkan Kampung Bharu secara penyertaan masyarakat setempat (local community participation) akan hancur berkecai.

JOM TERUS BERSAMA BERJUANG
JOM UBAH
TOLAK UMNO
TOLAK BN

1 comment:

  1. Memang sah Kerajaan pimpinan UMNO tidak pernah berminat membantu orang Melayu mempertahankan hak mereka diKg Baru. Ini terbukti dengan kegagalan Kerajaan untuk mengUJUDkan dana yang sesuai untuk membangunkannya secara terancang walau pun telah memerintah lebih 50 tahun. Kalau mereka boleh mengujudkan berbagai-bagai dana untuk menyambung hayat kekuasaan mereka dikebelakangan ini, apa susahnya untuk mengujudkan dana yang diperlukan untuk membangunkan Kg Baru ? Dana boleh digembling secara mudah dengan melancarkan BOND yang sepatutnya telah lama diusahakan, lebih-lebih lagi ketika kadar faedah masih rendah seperti yang sedang berlaku dipasaran sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pengujudan Perbadanan Pembangunan Kampong Baru sebaliknya membuktikan dengan lebih jelas bahawa kita akan kehilangan Kg Baru dalam masa yang terdekat.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.