Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday 15 April 2013

EDISI KHAS: FITNAH VIDEO PORNO PUNCA BEKAS MB SELANGOR SERTAI PAS?

TOPI BN MAT TAIB YANG TERAKHIR?

Riuh blogger-blogger pro-PR dengan cerita bekas MB Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib masuk PAS. Di seberang sana pula riuh kumpulan pro-BN menafikannya. 

Sinar harian pula memetik kenyataan Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang menyebut:

“Saya belum bersedia membuat apa-apa komen mengenai khabar itu.” (Sinar Harian)

Kenyataan itu tidak menyebut beliau menafikannya. 

Kita beri Tan Sri masa untuk memberi komen.

Baru-baru ini Yong bertemu seorang saudara (family) terdekatnya. Jika ada masa dia akan mengambil kesempatan berborak dengan Yong tentang politik. Biarlah Yong rahsiakan identitinya. 

Dia ketawa bila soalan ini Yong lontarkan. Tapi, katanya dia akan sentiasa menyokong apa-apapun tindakan yang diambil oleh Tan Sri. Jika Tan Sri hendak menyertai PAS, dia tetap akan menyokong, walaupun boleh menyebabkan perniagaannya diganggu.

Yong beritahunya:

"Rezeki bukan UMNO yang bagi."

"Betul." Jawabnya.

Katanya sebagai orang Melayu beragama Islam dan masih menjadi ahli UMNO yang tidak aktif dia berasa amat malu dengan perbuatan ahli UMNO yang menyebarkan video porno Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin PR. 

Katanya, dia terharu apabila Datuk Dr Haron Din bersikap begitu terbuka dan bersangka baik terhadap Tan Sri, yang dulu bermusuhan dengan PAS.

Katanya UMNO pula macam takde kerja lain.

"Asyik mengaibkan orang sahaja. Orang bukan Islam dok ketawakan kita. Lagipun, kenapa buat video hitam putih? Bukanke sekarang ini zaman teknologi serba canggih?"

Hahaha...

Panjang jugak borak kami. Tapi akhirnya kami terpaksa berpisah kerana ada urusan masing-masing. Yong sempat mengusiknya:

"Bersedialer, nanti video porno Tan Sri pulak mungkin keluar."

"Hahaha...I tunggu macam mana rupa video tu..." Jawabnya.

Minta nyawa... Hahaha. Dah nazak! Baca di sini.

SELAMAT BERHIJRAH TAN SRI DAN KELUARGA

JOM UBAH
TOLAK POLITIK LUCAH
TOLAK UMNO
TOLAK BN

5 comments:

  1. pada pengamatan saya kak,mereka cuba nak tackle anak2muda dgn video2 ini ikikiki

    KLIK JANGAN PEDULIKAN VIDEO FITNAH FIKIRKAN MASA DEPAN MALAYSIA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam merahdanbiru

      Anak muda mana pulok nak tengok video hitam putih yang blur tu?

      Delete
  2. Selamat berhijrah Mat Taib bekas MB Selangor, kepada kepimpinan tertinggi PAS, jadi kan Mat Taib ini ahli biasa bukan jadi calon PRU, kesetiaan nya belum teruji apatah lagi dia menjadi ahli di saat saat akhir menjelang PRU13, adalah sangat di ragui dan di curigai, Kepimpinan PAS pusat sila waspada dan berhati hati, jangan pisang berbuah dua kali walaupun sekarang memang pisang pernah berbuah dua kali.... Ingat lah! Mat Taib ini sebelum ini penuh dengan skandal itu dan ini, kerana musuh sebenar menanti memasang JERAT bagi menjerat PAS kembali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maria

      Setakat ini Yong bersangka baik jer.

      Yong dah cakap apa yang patut pada kenalan Yong (sedara terdekatnya). Katanya Mat Taib taknak apa-apa dari PR. Yong taknak ungkit skandal dia itu ini.

      Delete
  3. barang di ingat Politik Tikam, belot dan khianat ...!! Ini adalah JERAT..!!! Waspada dan sentiasa berhati hati, jangan bangga dengan ketokohan nya , dia penuh dengan skandal itu dan ini, kita tidak tahu dia ikhlas atau tidak masuk PAS...!! Ingat!!

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.