Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday, 12 April 2013

GAMBAR ORI PERUT BOROI AKIBAT KUAT MENIPU

Perut boroi disebabkan 3 kategori penyakit:
  • Obesity (kegemukan) 
  • Alcoholic (peminum arak) 
  • Deceitful (penipu)
Semua penyakit ada ubatnya kecuali mati.
  • Penyakit kategori pertama memerlukan diagnosis dan rawatan doktor perubatan pakar. Pesakit banyak memerlukan sokongan ahli keluarga, saudara-mara dan tersayang untuk sembuh. Penyakit boleh kembali jika kehilangan motivaasi untuk berubah.
  • Penyakit kategori kedua lebih banyak memerlukan rawatan doktor psikiatri dan psikologi. Pesakit juga memerlukan banyak sokongan ahli keluarga, saudara-mara dan tersayang untuk sembuh. Penyakit boleh kembali jika mengalami stress dan kehilangan sokongan.
  • Penyakit kategori ketiga memerlukan rawatan tendangan dari rakyat marhein. Penyakit ini paling sukar diubati. Ini kerana penipuan ini membawa berbagai gegala penyakit sampingan yang lebih serius seperti sociopathy, pedophile, rasuah dan menyebabkan kematian.

TUDIA - BARISAN PERUT BOROI KATEGORI KETIGA!

TAK JELAS? - INI GAMBAR DEKAT SIKIT

DARI ANGLE KANAN PM - SAMA JER

Ciplak manifesto Pakatan Rakyat kemudian kata ori adalah satu penipuan. Akbar Luar negara pun nampak ketidak-aslian manfesto ciplak ini. Jika rakyat percaya kepada penipuan ini, apakah kesudahannya?

Tidak asli mengaku asli, maknanya deceiful (menipu)!

MANIFESTO TIPU (BLOOMBERG)

Parlimen sudah bubar. Tetapi BN masih berjalan ke sana sini dan menggunakan jentera dan dana awam menipu rakyat kononnya mereka bagus!

BILBOARD INI GUNA DANA DARI MANA?

Kalau dah bagus sangat, janganle manfesto pun nak ciplak! Jangan guna jentera kerajaan seperti RTM. Jangan tipu rakyat konon Jabatan Penerangan BN punya!

INI PAKAR UNDANG-UNDANG KATA (TBO)

Hanya satu sahaja ubat penyakit kronik kategori ketiga ini. Tendang saja pesakit keluar dari Putrajaya!

Jangan kata demi Melayu kena sokong UMNO. Selama ini  apa UMNO buat untuk orang Melayu? TIPU. 

PENEROKA FELDA ITU RATA-RATA ORANG MELAYU

Jangan pura-pura sokong Islam, kemudian menolak hudud! Kalau kepura-puraan ini bukan tipu, apa namanya?

KALAU TIDAK MENIPU BUKAN BN 

Banyak lagi senarai penipuan dalam N3 King of Goblok. Sila nilaikan.

Semalam Yong berjumpa sepasang pemilih (suami-isteri) yang satu keluarga dan saudara-maranya penyokong PR. Si isteri kata dia hairan, katanya: "Masa PRU12 dulu, sana-sini kita jumpa orang, semua menyampah pada BN dan taknak sokong BN lagi. Tapi kenapa demer masih menang?" 

TIPU!

Yakinlah. Satu sahaja ubat penyakit ini. Ustaz Dr Haron Din boleh tolong. Caranya tolong bagi menang PR di Arau. Jangan cakap siapa nak jadi PM. Lupakan Kerajaan Perpaduang. Kita tendang BN dari Putrajaya dulu!

JOM UBAH
TOLAK KORUPSI
TOLAK PENIPU
TOLAK UMNO
TOLAK BN

4 comments:

  1. Perut boroi sbb fitnah....
    Perut boroi sbb curi harta rakyat...
    Perut boroi sbb zalim pada rakyat...

    Yang di atas ni ubat dia Allah yang akan bagi selagi dia tak bertaubat,kembali kpd islam dan memohon maaf kpd org2 yang dia dah aniaya.
    Kalau dalam hati masih tidak ada rasa takut pada Allah dan masih mahu meneruskan kerja jahat mcm tu...bersedialah menghadap Allah dgn bekalan seperti itu kelak...

    Walau hati ini sgt panas dan pedih dgn kerja jahat yg dibuat,apatahlagi golongan tok guru juga menjadi sasaran mereka,jauh disudut hati,mohon agar Allah memberi mereka hidayah dan pertunjuk agar kembali kepada islam yg sebenar.

    Kepada diri sendiri saya berpesan dan kepada sesama saudara islam,kita jadikan islam itu pegangan yang benar dan diyakini serta dipandang benar oleh agama lain.

    Semoga kita menghadap Allah dgn membawa amalan mulia disisiNya.bukan amalan seperti yang dinyatakan di atas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Bard

      Ramai orang jadi gemuk. Ada yang gemuk sejak kanak2. Ada gemuk apabila meningkat dewasa/tua. Bila gemuk perutpun boroi.

      Kalau boroi kerana masalah yang berkait dengan kesihatan, mungkin doktor boleh prescribe remedy. Tapi kalau boroi kerana makan duit haram? Apa remedynya?

      Halang demer dari terus menerus makan duit haram itu adalah kaedah terbaik

      Tapi kalau pemimpin PR berkuasa, demerpun fe'el macam BN jugak, kitapun tak terima.

      No compromise.



      Delete
  2. How could i missed out this piece of work of yours...brilliant indeed!

    Ya betui tu kak yong.. 1 punca utama perut buncit si mamat tu disebabkan cara kehidupan & pemakanan yg tak aktif@ kurang sihat. Bila rasuah tu perkara basa dlm hidup demer tu, gaya hidup, kerja pun akan unproductive, tabiat makan pun akan sembarangan. Pak Menteri, pegawai kerajaan kena sedar diri.

    Elakkan gaya hidup/kerja dlm mode 'slumber'.. macam byk tidor aje ! Demer patutnya byk gerak, cergas, kerja kuat demi menjiwai prinsip kerja "YB sbg khadam rakyat". Takleh la kerja nak kurang tu namanya makan gaji buta saja. Worse, demer sibuk buat duit drp berkhidmat saja untuk rakyat kawasan dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      Thank you for the complement.

      Biasanya orang kaya gemuk. Orang miskin kurus.

      Penyakit orang miskin biasanya berkait rapat dengan tak cukup nutrition/vitamin. Penyakit orang kaya berkait rapat dengan terlebih makan...misalnya terlebih makan gula & lemak, makan duit dan minum arak.

      Kaya tapi aktif macam Richard Branson mungkin boleh kurus perut.

      Berpolitik dan aktif macam DSAI juga boleh kurus.

      POKOKNYA HATI KENA BAIK MAA...

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.