Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday, 4 April 2013

PANAS! HASSAN ALI KEMPUNAN! DATO' HJ AHMAD NAWAWI M. ZIN CALON UMNO PARLIMEN SHAH ALAM

Sahih! UMNO tak pandang sebelah mata pun pada Hassan Ali. Harapan penyokong-penyokong Hassan Ali untuk melihatnya menentang Khalid Samad satu lawan satu di Shah Alam hancur berkecai. Pahlawan GAPS Dato' Hj Ahmad Nawawi M. Zin bakal berentap dengan Khalid Samad di Parlimen Shah Alam. Konfim. Ini berita ekslusif yang ahli biasa UMNO pun tak tahu. 

Kalau Hassan Ali nak masuk gelanggang, terjadiler pertandingan 3 penjuru. Jika ini berlaku, silap-silap Hassan Ali boleh hilang wang pertaruhan!

PAHLAWAN GAPS

Sesiapa lagi yang sedang memasang angan-angan untuk menjadi calon UMNO/BN bagi Parlimen Shah Alam, simpan sajalah impian itu. Hanya nama Dato' Hj Ahmad Nawawi M.  Zin tersenarai!

Hahaha...Dato' Hj Ahmad Nawawi, pahlawan GAPS boleh menarik nafas lega. Toksah nak suspen lagi. Siap siaga jer. Tapi Yong nak ingatkan Dato' jangan bergantung kepada ketua GAPS yang tak berapa cerdik tu (bukti tak cerdik baca di sini dan di sini). Ketua GAPS sedang mengusahakan perkara "the impossible" - iaitu mencalonkan bekas penjenayah rasuah Papa Gomo bertanding menentang Anwar Ibrahim!

Komer tak percaya Dato' ini akan turun gelanggang di Shah Alam? Lantak komer ler. Atau komer pergi tanya sendiri PM 1Malaysia. Tentu dia taknak kabor, sebab takut kena sabotage.

Takpeler Dato'. Yong bagi tahu awal-awal. Jadi, Dato' boleh ler buat persediaan untuk tangkap penggunting dalam lipatan yang nak sabotage itu. Hahaha...

Dengor kabornya, tiada seekor katak pun yang akan dicalonkan oleh UMNO/BN. Meroyan ler Zulkifli Nordin! Kesian..Huhuhu...

Katak-katak ini ibarat sebatang tebu: Habis manis sepah dibuang. Kih kih kih! Sungguh tragis dan menyayat hati! Adios!

NGERINYA BILA DAH JADI BEGINI

Buat Pakatan Rakyat Shah Alam pula, Yong dah tolong pecah lubang. Pandai-pandai komer ler nak buat macam mana.

SELAMAT BERJUANG
JOM UBAH
TOLAK UMNO
TOLAK BN

8 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Hahaha... kesian si Hassan Ali... takper... boleh guna tiket Parti Berjasa... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  2. Salam C++

    Dia boleh guna tiket Berjasa. Tapi takkan dapat undi dari penyokong UMNO. So? Saper nak undi dia?

    ReplyDelete
  3. Padan muka kepada semua katak katak yang telah menerima rasuah berjuta tu termasuk yang di Perak tu..tidak lagi di calonkan..keluar PR sokong BN, pas tu thre's no way for katak katak.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maria

      Takkan BN nak sponsor katak jadi calon. Orangnya ramai yang tengah kebulor nak jadi YB.

      Lainle macam satu parti kawan kita tu...asyik kena kelentung jer sebab pemimpinnya baik hati sangat.

      Delete
    2. Hehehehehe...Saya setuju Yong, ni PRU paling sengit!! please arr..parti kawan kita tu, amik lah calon yang tak de skandal atau yang lama dalam jemaah..ni yang baru masuk jemaah yang di pilih, belum di uji lagi kesetiaan nya... haishh...!! Baik hati tak kena tempat, esok esok...tetiba KHIANAT dan BELOT..!! Siapa nak di persalahkan??? Siap arr...jika jadi begini...aku akan bising kat fb ke twitter ke, kat blog Yong ke...tunggu jer lah...spesis nak kan jawatan dan spesis KATAK ni, mereka tiada pendirian dan jati diri Yong.. tu buat aku geram sesangat..!!!!!

      Delete
    3. Salam Maria

      Kita takkan bagi demer tidor lena kalau demer khianat!

      Delete
  4. Yeeeeaaaaaaaa!!!! Hasang meroyan tak dapat tanding!!!! Yeeeeaaaa!!! Bagusssss!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Baretta

      Kita tunggu jer aper dia kata. Takde calon UMNO nak lepas bagi peluang kat dia. Sudah tentu dia takde nak bertanding di Sekinchan atau Puchong! Hahaha...

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.