Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday, 13 May 2013

BERITA BUAT UMNO MEROYAN! - UG TERSUNGKUR DI BAWAH POKOK SENA

Tahniah YB Mahfuz Omar. Berita ini sah buat UMNO sakit hati. Sudahlah usaha nak tumbangkan Mahfuz di Kedah gagal, dia dilantik jadi Pesuruhjaya PAS Kedah pulak. Jawatan ini besor, weh! Lebih kurang macam governor ler.

Hancur berkecai harapan UG UMNO di Kedah!

HARAKAH

Berita Harakah juga menyebut telah melatik Jawatankuasa post mortem keputusan pilihan raya umum ke 13. Ada tak  ahli yang namanya dipetik berita hairan ni?

BERSANGKA BAIK PUN ADA BATASNYA

Bila buat post mortem, buatlah dengan telus. Lihat juga faktor dalaman. Datuk Abdul Halim Bin Abdul Rahman, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat harap boleh beri pencerahan. Kenapa calon PKR kalah di Kelantan?

Pandangan Yong rengkas jer. Kalau mencuri ayam itu satu kesalahan, apatah lagi mencuri keputusan pilihanraya. Sama-salah kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain:

Firman Allah dalam Surah Hud ayat 113: 

Maksudnya: Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. 

Daripada Abu Zar al-Ghifari r.a. daripada Rasulullah SAW berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Baginda daripada Allah SWT bahawa Dia berfirman: 

"Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya aku mengharamkan ke atas diriKu kezaliman dan Aku jadikannya di kalangan kamu sebagai suatu perkara yang diharamkan, maka janganlah kamu saling zalim-menzalimi." 

Tidakkah penyelewengan pilihanraya itu satu kezaliman?

PEMIMPIN KITA DIMALUKAN 

TRUTH HURTS, BUT HIDING THE TRUTH HURTS MORE, A LOT MORE!!!

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.