Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 14 May 2013

PERTANYAAN BUAT PEMIMPIN PAS: BOLEHKAH KITA TEGAKKAN MENARA CONDONG TELUK INTAN?

MENARA CONDONG TELUK INTAN

Yong membaca berita tentang petisyen oleh Pakatan Rakyat Perak dengan perasaan bercampur-campur. Omputih kata "mixed feeling." Yong tak sanggup menerima penipuan, tapi tak berani nak mengharap keajaiban.

HARAKAH

Tak lama lepas itu Pakatan Rakyat Pahang pula nak buat petisyen.

HARAKAH

Kelmarin Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan sepanjang minggu ini, 237 laporan penipuan Pilihan Raya Umum ke-13 diterima pasukan #SiasatPRU13 dari 27 kawasan di seluruh negara.

ASD

Mengapa ada perasaan bercampur-campur ini? Tidakkah Yong sebagai rakyat Malaysia beragama Islam wajib percaya kepada Qada dan Qadar?

Aduhai...Yong bukan mengeluh. Cuma Yong bimbang dua perkara.

Pertama, jika Malaysia masih ada hakim yang macam ini:

HAKIM ETHNOCENTRIC

Apa yang bekas hakim ini buat? Komer baca di blog Mat Indera atau Malaysiakini kalau nak tahu. Mungkin ada hakim yang kepala otak macam hakim itu. Yong bersangka baik - takkan ramai. Tentu hakim yang adil lebih ramai dari yang batil. Di sini kita berdoa kepada Allah supaya keputusan memihak kepada kebenaran.

Kedua: Tapi Yong lebih bimbang tentang ini:

SENDIRI YANG PUAS HATI BUKAN PENGUNDI PAKATAN RAKYAT

PEMIMPIN YANG FLIP-FLOP

TUNGGU AKHIRAT BARU DAPAT KEBENARAN? (HARAKAH

Inilah yang membimbangkan. Pemimpin yang tak mahu faham konsep desakan dan tuntutan.

Petisyen adalah satu kaedah tuntutan. Tapi kaedah ini memerlukan "energy" (tenaga) untuk menggerakkannya. Perhimpunan rakyat itulah tenaganya.

Bukankah Presiden PAS itu pernah menyeru kita supaya menumpukan seluruh tenaga untuk menyokong Pakatan rakyat? Kenapa nada lagu berubah setelah PRU13?

BAGAIMANA MELAKSANAKAN MANIFESTO JIKA KALAH? 

Bagaimana hendak berdiri dengan bangga, yakin dan jiwa merdeka jika keputusan PRU13 telah dicuri?

Pemimpin tertinggi PAS menantikan BN jadi baik dan SPR jadi bersih, telus dan lurus? 

Dalam senario sekarang, penantian itu samalah macam nak menegakkan menara Teluk Intan yang condong.

15 comments:

  1. Tiada tempat nak mengadu.
    Alam keliling membisu.
    Kalau ada ayah dan ibu.
    Tak begini nasibku..........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kadri

      Tidaklah boleh ku kenanglah kenang
      Oh air lah mata jatuh berlenang
      Karam di laut dapat ku renang
      Karam di hati nak bayar hutang!

      Ditujukan khas kepada pengundi BN yang memilih PTPTN.

      Delete
  2. DeeDee Yong...

    Gua no comment... Skrang gua diserang tahap dewa oleh puak-puak UG... no comment... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Sabor yob, sabor.

      Tak kemana UG nih...

      Delete
  3. Salam, Yong.
    Walaupun penyokong tiada kuasa mengubah kepimpinan tetapi mempunyai kuasa bersuara kearah lebih rasional dan membuat barisan kepimpinan berasa ada kekhuatiran.Kepimpinan Pas peringkat national dan negeri negeri perlukan perubahan dan pertukaran kepimpinan secara menyeluruh.Umpama van buruk yang perlu kepada van yang baru dan tidak memadai sekadar overhaul.Setakat Mahfuz Omar di Kedah belum memadai dan mencukupi.Itu hanya tukar tayar baru saja sadangkan enjinnya semput.Jadi penyokong kena menyuarakannya baru parti dapat tahu dan sedar.Ahli Pas khususnya dalam hal ini juga perlu berubah, jangan jadikan diri menjadi Melayu yang sinonim dengan,"too polite to tell the truth.Berubahlah bangsaku baru boleh ubah dan ini kalilah.Terima kasih, Yong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nazi

      Aduhai...Itule Yong kekadang bertekak dengan muslimat yang gentle.

      Memang kita perlu perubahan jika kita tidak mahu di overshadow oleh PKR.

      Kita perlu energy untuk menggerakkan jentera, bukan semata-mata retorik!

      Delete
  4. Kita selalu didendangkan Amal Makruf Nahi Mungkar.
    Kita harus Redha bila Qada dan Qadar ditimpakan Tuhan keatas kita.
    Meredhai kemungkaran sama juga kita bersubahat melakukan kemungkaran. Mana perginya Nahi Mungkar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam M Rahmat.

      Bab ini Yong setuju.

      Firman Allah dalam Surah Hud ayat 113:

      Maksudnya: Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.

      Delete
  5. Saya berpandangan bahawa pimpinan tertinggi PAS memerlukan perubahan yang besar. Pemimpin perlu dinamik menghadapi perubahan masa dan tekanan yang mendatang. Pemimpin perlu berkaliber dalam memimpin perubahan arah dan hala tuju. Dalam PAS, bersandarkan Al Qur'an dan As Sunnah bukan bermaksud berpeluk tubuh dan menerima qada' dan qadar sahaja, tetapi memerlukan idea dan kreativiti dalam mencorak penyelesaian dan jalan kemajuan. Perlu melihat secara menyeluruh dan bukan dari satu sudut sahaja. Sesungguhnya rakyat Malaysia dahagakan perubahan dan kebenaran. Wallahualam.

    ReplyDelete
  6. Salam Abang Yann

    Dalam konsep 1Malaysia ada elemen yang dinamakan "penerimaan" dan "kesetiaan." Keduanya tidak bermakna apa-apa tanpa "kepercayaan" atau trust yang hanya wujud jika ada ketelusan, keikhlasan dan keberanian untuk berubah.

    Sama juga pada pemimpin PAS. Ketelusan, keikhlasan dan keberanian itu amat penting jika mahu rakyat percaya kepada kepimpinan. Ini pandangan Yong.

    ReplyDelete
  7. Tidak ada pemimpin yang sesuai untuk semua zaman dan tidak ada zaman yang sesuai untuk semua pemimpin. Amacam Yong ...setuju tak? Komen sikit Yong. Boleh ke Yong menara tinggi Telok Ensen tu di tegakkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam antahbarantah

      Setuju. Tapi ramai pemimpin tak sedor diri. Ingat diri "wise old men." Orang muda pulok tak sabor. Juga tak sedor diri. Ingat pande lebih.

      Bab menara Teluk Ensen tu, boleh ditegakkan dengan membukanya semula structurenya satu persatu, buat piling dan foundation baru, dan reassembled semula. Tak tau berapa kosnya, berapa lama baru siap dan whether it is worth the efforts. Tanah situ agak lembut sebab tebing sunge.

      Takat itu saja ilmu kejuruteraan Yong ada. Kena tanya DS Nizar.

      Delete
  8. Tak kn lh kita nak redha pada penipuan.Sprt yg di kata kn oleh Mufti Perak kpd DSAI supaya menerima TAKDIR kekalahan PR dlm PRU 13.Cukup le senang hidup.REDHA je.Knp dia tak nasihat kn kpd mangsa rompak,bunuh dn rogol,tk perlu lapor kn kpd polis atas apa yg berlaku kpd diri ny,REDHA je dh TAKDIR.Kn senang kerja polis kalau mcm tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sazaleeahya

      Yong minta pemimpin yang sudah tiada energy untuk pemimpin di era milenium ni berundur sahaja. Jadile sifu yang baik dan dihormati.

      Ini termasukle mufti etc...

      Delete
  9. kadang rase dah malas nak pikior masa depan parti kita ni ..perjuangan asyik kena baham je..aku redha kalah tapi bukan dengan di tipu ..kalau nak tunggu balasan hari akhirat tak payah la kita sebok2 nak lawan dalam PRU ..tak akan tertegak islam hanya dengan pen dan meja rundingan jika tak di gerakkan kekuatan iman jihad yang hakiki. .gelangang yang di sediakan cantik ..tapi pengadil sepak takraw di gunakan dalam perlawanan bola jaring. .tunggu untuk di tipu lagi...pimpinan pun nampak dah mula letih . .

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.