Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday, 31 May 2013

KHIR TOYO ANGGAP NAJIB LUNCAI?


Walaupun Yong fikir penjara 1tahun terlalu singkat buat makhluk yang memberi hadiah penyapu kepada penjawat awam ini, Yong takkan mempertikai keputusan mahkamah.

Inilah balasan si kaduk yang naik junjung.

Pernah satu waktu Khir Toyo memperlekeh Anwar Ibrahim, seolah-olah dirinya seoarang yang suci. Katanya dalam blog dia:

KHIR HUKUM ANWAR LIWAT SEBELUM HAKIM BUAT KEPUTUSAN

Baca ayat pertama dan terakhir dalam petikan di atas. Jelas Khir Toyo mendahului Hakim dengan membuat penentuan Anwar sebagai penjenayah dan Saiful mangsa liwat!

Kini setelah rayuannya gagal dan hukuman 1 tahun kekal, Khir menghalakan senapangnya kepada PM 1Malaysia. Ini katanya dalam blog dia:

KHIR TOYO KATA NAJIB LUNCAI?

Macamle dia hebat sangat - lebih hebat dari PM 1Malaysia yang dulu disanjungnya ketika sama-sama menjatuhkan Pak Lah!

Sebelah kakinya sudah di penjara, tapi masih belum putus asa. Takut betul dia untuk tinggal sebentar di Sungai Buloh! 

Dulu dia menyindir Anwar Ibrahim, katanya mengambil "cuti sabatikal" di Sungai Buloh. Sekarang apa perasaan apabila Sungai Buloh sudah melambai-lambai? 

BERAPA BANYAK DUIT MB UNTUK MEMILIKI RUMAH BEGINI?

Umum tahu Khir Toyo jadi Menteri Besar ketika usianya 35 tahun. Selama 8 tahun jadi MB dia mampu memiliki rumah mewah jutaan ringgit. Mana dia kerobek duit? 

Siapa Khir Toyo? Seekor kambing hitam jutawan?

Tiada simpati buatmu peminat tempe.

RUMAH RAKYAT DIRUNTUHKAN

Aibnya diberi hadiah penyapu takkan hilang selamanya. Penyapu itulah yang akan dipegangnya untuk membersihkan selnya sebagai banduan di Sungai Buloh.

SIAPAKAH SEBENARNYA LUNCAI?

2 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Hahaha... Khir Toyo tak lama lagi akan amik "Cuti Sabatikal" setahun.... Mahathir Mohamed biler plak aaa.... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Padan muka jer lah.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.