Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday, 30 May 2013

SEMENTARA RAFIZI BERPERANG DENGAN SPR...


SIAPA PERLU DIKALAHKAN DULU?

Kesian Ultraman! Banyak betui raksasa yang perlu dilawannya. Tak tahu mana yang patut dilawan dahulu.

Ketika dia berperang menangkis serangan raksasa mirip syaitan bertanduk, ada dinasur lidah bercabang yang mengendap. Nun di langit berterbangan burung-burung nazar raksasa berteriak sambil menunggu siapa yang kalah akan jadi hidangannya.

Ngeri sungguh peperangan ini.
Oportunis di sana sini.

Tapi siapa yang akan merawat duka dan luka rakyat marhein?

********************

Rafizi tembak SPR
Shamsul Iskandar tembak Presiden PAS.
Pemuda PAS tembak Shamsul Iskandar.
Komer dapat apa? - Hampas!

Siapa dalang yang merosakkan jambatan ke Putrajaya?
Demer tengah gelak sakan;
Projek masyuk boleh pencen bergaya,
Anak cucu muntah kedarah tak habis tujuh keturunan

Komer gaduh le sampai matahari terbit dari barat,
Sementara dalang KP CIMB pergi joli;
Jambatan PR ke Putrajaya biorkan jadi besi karat;
Lebih untung berlagak hero demi pemilihan parti?

4 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Pergh.... metafora yang best... hahaha... macam tau-tau jer... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Tau-tau ler…Kihk kih kih!

      Delete
  2. tereban aje ler pimpinan yg ada mentaliti dunia ke 3 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam TheSniper

      Inilah mentaliti orang yang wala' kalau ia mengutungkan dirinya sahaja

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.