Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 22 March 2014

TUPAI BAKAL JATUH DARI PESAWAT GERGASI 777-200 (MH370)?

PESAWAT BERHARGA US261.5 JUTA (RM863 JUTA) BOLEH HILANG BEGITU SAHAJA?

Yong sebenarnya tak suka "cut and paste" N3 blogger lain untuk dimuatnaik ke blog ini. Tetapi Yong dapati blog Cipan, Tapir & Tenuk ini amat konsisten dalam teori konspirasi yang ditulisnya. Demi keadilan bagi Kapten Zaharie yang tidak dapat mempertahankan dirinya dari tuduhan membunuh diri, Yong paparkan N3 blogger ini. Bacalah dengan hati terbuka teori blogger ini yang agak bizarre, tapi ada kemungkinannya.

21 MARCH 2014

MH370 : 9 Jam Pertama

Bhai/DeeDee semua...

Dalam 9 jam pertama selepas pesawat MH370 didapati hilang daripada imbasan radar awam sehingga ianya diumumkan adalah satu masa yang agak panjang... 

Dari lokasi asal pesawat dikesan hilang... Ianya cuma mengambil masa tidak sampai 20 minit untuk pesawat MH370 kembali ke persisiran pantai Kelantan/Terengganu. Mengikut kiraan masa, sekitar pukul 2, pesawat itu boleh mendarat di Gong Kedak.

Sebagai pilot yang professional, Kapten Zaharie pastinya lebih arif tentang lokasi-lokasi lapangan terbang terhampir sekali yang kurang impak kepada penduduk awam.

Amatlah tidak logik sekiranya Kapten Zaharie mengambil keputusan menerjah atas daratan pada jarak yang jauh menuju ke Lapangan Terbang Langkawi yang mana memungkinkan memberi kesan yang agak besar jika pesawat terhampas ke kawasan banyak penduduk.

Sebagai juruterbang professional, pastinya Kapten Zaharie akan mengarahkan pesawat yang dipandunya kekawasan laut atau lapangan terbang terdekat yang lengkap dengan kemudahan dan agak kurang impak kepada orang awam jika terhempas.

Jadi... Seperti yang gua dah terangkan banyak kali... Setelah mengambil kira beberapa elemen, gua percaya hanya ada dua kemungkinan sahaja yang boleh berlaku... Sama ada pesawat MH370 itu mendarat di Pangkalan Udara Gong Kedak atau Lapangan Terbang Kuching... 

Tapi Lapangan Terbang Kuching pula akan menyebabkan pesawat terpaksa melalui kawasan penempatan yang mempunyai risiko impak yang tinggi jika terhempas.

Soalan yang wajar ditanya ialah;

Benarkah pesawat MH370 itu mengalami kerosakan/kebakaran/pincang tugas sehinggakan juruterbang bercadang untuk mendaratkannya di Selat Melaka/Langkawi yang agak jauh dan boleh membahayakan orang awam kerana terbang diatas pertempatan awam?

Atau...

Pesawat yang kelihatan pada radar yang menuju ke arah Selat Melaka dan seterusnya ke Koridor Utara atau Selatan bukanlah pesawat MH370 tetapi pesawat lain yang sengaja dibuat-buat ceritanya agar semua pihak tidak mengesyaki bahawa pesawat mh370 sebenar telah mendarat pada pertama kalinya di Pangkalan Udara Gong Kedak pada pukul 2 pagi hingga 2.20 pagi...

Dan selepas itu pesawat MH370 itu sama ada ditukarkan signature ID baru dan diterbangkan keluar dari Gong Kedak dengan para penumpangnya skali ataupon cuma pesawat kosong..

Aderkah kita akan diperlihatkan akan beberapa serpihan daripada pesawat MH370 di lokasi yang langsung tidak logik kedudukannya (agak jauh) demi untuk memberikan persepsi bahawa pesawat itu telah berkecai akibat impak terhempas...

Aderkah kita akan dapat menjumpai kotak hitam pesawat MH370 atau tidak? Kita lihat sahaja la sebab skrip diorang nih dah beberapa kali berubah hanya kerana ianya telah berjaya dibuktikan...

Lama-lama tupai akan jatuh juga ke tanah.


Baca lagi: extremetech.com

Yong No Comment.

4 comments:

  1. buang masa perah otak mereka cerita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mohamad

      Kalau mereka cerita memang buang masa. Tapi bagaiman kalau ia sbenarnya bukan rekaan?

      Delete
  2. Jika imej diperoleh oleh satelit itu adalah imej kapal selam yg sedang mengusung sesuatu objek ke lokasi yg dirancang, bagaimana pula penyudah pencariannya pesawat itu nanti. Itu bukankah laut dalam? Kedudukan kapal selam dan objek usungannya tentulah berubah-ubah, tidak kekal di satu tempat shj. Ataupun mungkin hanya kapal selam semata-mata yg sedang tenggelam timbul oleh gelora lautan. Ada projek pembinaan di dasar laut barang kali ni, jika bukan melakukan intipan.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.