Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday 6 May 2013

TAHNIAH RAKYAT SELANGOR KERANA MENYAYANGI SELANGOR!



Tahniah kepada rakyat Selangor yang bijak. Walaupun diasak tidak berhenti-henti oleh BN, tetapi Pakatan Rakyat terus berani maju ke hadapan.

Tahniah kepada PAS Selangor. Pemergian Hassan Ali dan roadshow fitnahnya gagal menggugat PAS. Malahan prestasi PAS telah meningkat.

Tahniah PKR. Walaupun parti ini ada pengkhianat yang melompat, ternyata rakyat tidak reda dan terus istiqomah bersama Pakatan Rakyat.

Tahniah DAP kerana terus menambah kerusi yang ada dan menafikan harapan MCA untuk membuat kejutan!

Kempen "Sayangi Selangor Yakini BN" yang saban waktu ditayangkan di media TV milik ternyata tidak memberi kesan kepada rakyat Selangor. Ini kerana rakyat Selangor benar-benar menyayangi Selangor mengikut acuan sendiri, bukan acuan BN.

Sumber di selangorku.com menyebut: 

Selain memenangi 34 kerusi yang dipertandingkan pada 2008, Pakatan berjaya menawan DUN Dusun Tua, Sabak, Taman Templer, Tanjung Sepat, Paya Jeras, Sri Serdang, Kuala Kubu Baru, Sementa, Morib dan Sungai Pelek.

Walaubagaimanapun, Pakatan tidak berjaya mempertahankan kerusi Kota Damansara dan Bukit Malawati.

Tambahan kerusi yang dimenangi dengan kekalahan BN yang semakin teruk menunjukkan calon kejutan Najib gagal membuat transformasi!

Kekalahan Kota Damansara dan Bukit Malawati pula telah diduga.

Buatlah post-mortem yang objektif. Bila kita kata post-mortem, maknanya carilah di mana gaps yang menyebabkan kekalahan. Bukan menuding jari pada pihak yang tidak digemari.

TAHNIAH RAKYAT SELANGOR KERANA TIDAK TAKUT DENGAN HUDUD.
TAHNIAH RAKYAT SELANGOR KERANA MENOLAK POLITIK PERKAUMAN.
TAHNIAH RAKYAT SELANGOR KERANA ENGGAN TERUS DITIPU.
TAHNIAH RAKYAT SELANGOR KERANA SAYANG SELANGOR.

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR


13 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Hahaha... Kota Damansara aaa..... Hahaha... itu kena tanya Hadi Awang lar... Hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Akan tersimpan diingatan ini betapa golongan itu murka apabila ditegur!

      Delete
  2. Haa gini ler ropenyer..mlm td, org tu tgh ngire dia dah bgtau satu Malaya yg PR menang. Alih2 lain pulak. Tu la takbur sgt. Kot BN menang lebih 2,3 bangku tak hape. Ni? 44. Haa aku nak kaborkan. Udah le tu. Kedah pulak hanyut. Ni la org kate, ckp bergegor-gegor, berak atas gelegor. Aku ingatkan BN tersungkor, ropernyer PR yg tumpo. Haaaa marah ni yong.
    Errr Yong pekabo? Sehat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam buncethensem

      Alahai...Yong ni bukan ada pengaruh ke haper. Yong banyak bagi hints, sindir, satira...tapi demer buat nohen jer...

      Sekarang udah kalah takkan Yong nak kata "padan muka" pulak?

      Apapun, Yong sihat jer. Bukan Yong bertanding dalam PRU13 kan?

      Delete
  3. Sekadar meluahkan perasaan Yong. Hampa. Duka. Kecewa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu tu Bun###...Teman pun sedih, kecewa gak ni.. Kuale Perak semua dah dekat sangat nak menang tapi kalah gak. PAS Pusat, Kedah tentunya ada byk silap yg orang tak yakin nak bagi can kali-2. Approach kena tukar, kita kena gak dapat hak siaran di media perdana, TV kerajaan, baru ramai akan terpengaruh ideologi PR.

      DSAI pun byk silap til last minute pun ada buat silap lagi press conf. umumkan PR akan menang...pre-mature, stupid actually! Dia leh make way orang lain kalo camni approach susah la nak tumbangkan gergasi mata 1 a.k.a. Dajal Malaya!

      Delete
    2. Salam Hanz

      Yong belum nak komen bab Perak. Yong pun sedih juga. Boleh dikatakan Yong tak percaya BN tak tipu, kalau keputusan sipi jer.

      Ada beberapa perkara yang tidak boleh dibicarakan di internet.

      Delete
  4. NSalam, Yong.
    Perjuangan senantiasa tanpa henti.Dalam Islam berehat hanya disyurga.Selagi diri kita belum berada di syurga perjuangan dan usaha gigih perlu diteruskan dan istiqamah.Kemenangan adalah milik Allah dan kita hanya bisa merancang dan terus berusaha.Kekalahan dan kegagalan itu adalah indah.Lagi sukar kita mendapatkan kemenangan lagi tinggi nikmat kemenangan yang kita kecapi.Allah sayang kepada hambanya yang sentiasa berjuang dan memberikan pahala yang melimpah ruah.Ingatlah akan peringatan Allah, jangan engkau menyangka masuk syurga itu mudah tanpa diduga terlebih dahulu.Teruskan perjuangan memartabatkan Islam diakhir zaman ini.Terima kasih Yong dan salam perjuangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nazi

      Memang perjuangan tanpa henti selagi kita masih hidup. Tapi tanpa kemenangan amat sukar sekali kita hendak melaksanakan visi Islam itu.

      Paling menyedihkan bila ada yang berebut nak jadi calon sedangkan diri sebenarnya kurang layak. Berebut harta rampasan perang yang belum pasti keputusannya menang atau kalah. Itu yang menyedihkan sebenarnya.

      Delete
  5. Realitiyna Yong kita bukn berhadapn dgn umnobn tet[i berhadapan dgn SPR, robot yang diprogram untuk memusnahkn PR.Setiap langkah pergerakan robot ini adalah kemusnahan....shoot to kill. Pada pndpt teman Yong kita bertanding dlm PRU utk memberitau dunia negara ini benar2 demokratik. Kita dipukul dgn tangan kita terikat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam antahberntah

      Yong setuju. Tetapi siapakah yang memerintah SPR ini?

      Delete
  6. Kome semue jgnlah sedih..La takhof wa la tahzan innallah ha ma'ana..Allah menilai usaha kita.Kejayaan juga mengikut kiraan Allah. Siapa yang berusaha ikhlas sebenarnya dia telah berjaya. Bentuk kejayaan akan Allah tentukan mengikut pilhanNya kerana dia Maha mengetahui apa yang terbaik buat kita. Mungkin kita kalah PRU 13 ini tetapi dgn usaha kita Allah jadikan Malaysia negara yang mendapat perlindungan dari sebarang bencana. Mungkin juga Allah akan berikan hidayah kepada Penyangak2 BN agar bertaubat..mungkin juga Rosmah.....maaf yong ayo mate teman dah tak tertahan nak menitis bila tertaip nama si dia ni..cukup di sini dulu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mohamad Zamri

      Apa nak sedihnye. Yong terkenang orang kampung Baru, Kuala Lumpur. Apa nak jadi dengan demer?

      Kemenangan PR telah dicuri!

      Masakan geng Soi Lek itu lebih baik????

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.