Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday, 13 June 2013

APA? KULI NAK JADI PM? GASAK DIA LER, JANGAN JADI PM PAKATAN RAKYAT SUDAH

Riuh rendah kisah KuLi sedang mencari penyokong. Kononnya nak menyingkirkan Najib. Tak tahu apa pendekatan yang dia nak ambik untuk menumbangkan Najib ni. Adakah dia akan:
  1. pengaruhi AP (Ahli Parlimen) Pakatan Rakyat untuk undi tak percaya di Parlimen?
  2. dapatkan cadangan untuk bertanding sebagai Presiden UMNO?
  3. tarik AP (Ahli Parlimen) dalam PAS, PKR dan UMNO sampai 112 orang untuk buat Kerajaang Perpaduang?
Semua cara tu dia boleh cuba buat. Duit dia banyak. Mungkin ada Ahli Parlimen kutu berahak yang terlior…

********************

Cuma Yong nak kongsi pandangan seorang pengunjung. Yong paparkan di sini untuk komer yang miss komen dia dalam blog Yong terdahulu. Yong tak pinda satu ayatpun:

bat822 February 2013 03:01

Yong,

Aku pun tak faham cadangan puak kerajaang perpaduang ni. Logik mereka membingongkan. Kuli tu pemimpin kecil je dalam UMNO, hanya ketua bahagian je. Dia juga nobody dalam UMNO. Si Azeez Rahim, mamak belukang tu pun somebody sampai terpilih jadi ahli MKT. Kuli, ahli lantikan pun tidak.

Elok lagi dilantik si Azeez Rahim tu jadi calon PM Pakatan mengantikan DSAI. Nak lagi baik, cadang je manusia yang paling hebat yang pernah dilahirkan didunia ini sejak Nabi Adam sampai le kiamat, mengikut pemuja-pemja otak kemetot UMNO - ia itu Mahathir! Lagi le hebat kerana dia jadi PM selama 22 tahun. Soal lain tolak tepi le sebab puak ni tak ambil kira semua tu, mereka nak DSAI diganti je.

Kalau le cadangan puak ni begitu hebat dan merupakan satu revolusi pemikiran politik yang terulng di abad 21 ni - paling logik depa patut cadangkan DSAI dilantik menjadi PM mengantikan Najib sekarang juga. Kerana semua penanda aras/indikator yang ada menunjukkan Najib gagal segagalnya menjalankan tugas sebagai PM terutama melestarikan ekonomi negara. Macam-macam cerita negatif pasai Najib ni sampai penjual karpet pun boleh memperbodohkan Najib, seorang PM. Suatu perkara yang tak pernah berlaku dalam sejarah negara selama ini.

Satu lagi alasan yang aku dengar, depa kata Kuli lebih melayu dari DSAI. Kalaulah Melayu ni penting, 2 orang bekas PM kita tak layak jadi PM ia itu Almarhum Tunku dan Mahathir kerana keduanya bukan melayu asli kerana sorang ibunya bukan melayu dan sorang lagi mamak india pekat dari india nun.

Kita tau ketua-ketua depa tu tak boleh bantah Almarhum Tunku sebab depa kecik lagi. Tetapi masa Mahathir jadi PM, mengapa depa tak bantah kuat-kuat! Soal Mahathir presiden UMNO Baru, bukan dari parti depa bukan soal. Mahathir menjadi PM atas tiket menjadi ketua parti melayu Islam. Salah sorang ketua depa masa tu pun tak kata apa, tetapi dok asyik mengkafirkan orang UMNO sahaja.

bat8

********************

Begitulah luahan isihati penyokong Pakatan Rakyat yang mahu perubahan.

Yong sebenornya tak heran siapa ahli UMNO yang nak jadi PM. Dia tetap ahli UMNO. Maknanya, kerajaan tetap bukan diterajui Pakatan Rakyat. 

Maknanya Manifesto Pakatan Rakyat yang dirangka dengan susah payah itu tetap tidak dapat dilaksanakan juga.

Jadi, biarlah KuLi merancang demi merealisasi segala cita-citanya untuk jadi PM UMNO. 

Biarlah. Itu hak dia.

Pemimpin Pakatan Rakyat jangan ada yang masih mahu (walau hanya dalam hati), KuLi jadi PM untuk kerajaan yang diteraju Pakatan Rakyat, walau apa nama yang diberipun (termasuk Kerajaan Perpaduan).

Jangan ada pemimpin Pakatan Rakyat yang muka tak malu. Masa bertanding, beriya-iya mahu memperjuangkan kuasa rakyat. Bila menang, hanya nampak AP (Approved Permit) sahaja. CIS!

2 comments:

  1. DeeDee Yong....

    Hahaha.. ader yang dah bayar duit booking Merc baru la Yong.... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Iyeke? Siapa? Lebai ke buka Lebai?

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.