Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday 24 June 2013

MUJUR PAKATAN RAKYAT TAK MENANG PRU 13

KAEDAH MEMADAM API YANG CANGGIH DI INDONESIA

Gambar-gambar di kawasan perumahan Shah Alam. Gambar diambil sekitar jam 11.30 pagi. Kelabu jer…Sengaja Yong tak ambik gambar yang ada nampak rumah. Respect privacy, beb. 

Sekarang ini di Shah Alam, bacaan Index Pencemaran Udara (IPU) 162. Sudah masuk tahap tidak sihat. Dalam keadaan biasa, bacaan IPU di sekitar 20-40 sahaja. 




Huh? Bila dah jadi begini, berbelit-belit lidah pak-pak menteri 1Malaysia:

Budak-budak tak boleh pergi sekolah, kata Menteri Pendidikan.

KUALA LUMPUR: Ibu bapa dibenar tidak menghantar anak-anak ke sekolah jika bimbang kesihatan mereka berikutan jerebu yang melanda sekarang, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (FMT

Syarikat Malaysia tak terlibat, kata Menteri Kesihatan.

KUALA LUMPUR: Health Minister Dr S Subramaniam said that there is no evidence to suggest that Malaysian companies based in Indonesia are behind the haze currently enveloping the country. “Sime Darby Sdn has said they are not involved. We are currently doing checks, and as far as we know there is no evidence to suggest that Malaysian companies are behind it,” he told reporters at the Parliament lobby today. He said this in response to Indonesian Environment Minister Balthasar Kambuaya’s claim that only eight companies were contributing to the pollution, and they were all owned by Malaysian investors (FMT). 

Solat dan doa minta hujan le, kata Menteri Agama

KUALA LUMPUR: All mosques and surau in the country, as well as Muslims, have been urged to hold special prayer for rain to fall to ease the haze problem. Minister in the Prime Minister’s Department Jamil Khir Baharom said Prime Minister Najib Tun Razak made the suggestion when he met him on the sideline of the Dewan Rakyat sitting today. “The prime minister hopes that with the cooperation of the Islamic Development Department (Jakim), all mosques, surau, individuals, associations and non-governmental organisations can hold this prayer,” he told reporters after the swearing-in ceremony of the Dewan Rakyat members here today (FMT). 

Mujur bukan Pakatan Rakyat yang menang tipu pada PRU 13 dulu. 

Kalau Pakatan Rakyat yang sekarang menguasai Parlimen, mungkin ada yang gate mulut keluar fatwa jerubu ini bala Allah kerana menangkan Anwar Ibrahim!

Sekarang kita cuma boleh kata, sudah takdir - ada makhluk buat projek penanaman kelapa sawit, mengikut kaedah tebang hutan "slash and burn."

Entah siapa makhluk itu. Indonesia tak mengaku. Malaysia tak mengaku. Mungkin juga jin atau E.T (Extra-Terresterial)!

Janganlah gopoh nak tuduh Anwar Ibrahim dalang membakar hutan pulak.

Jangan marah! Yong dah fedup. Sebab jerubu, pokok-pokok tanaman Yong pun macam tak sihat jer. 

1 comment:

  1. bn/umno ni dah lama berpenyakit vertaphobia,metathesiophobia,alethephobia dan yang terbaharu pulak ada jangkitan kakorrhaphiophibia.berpenyakit macam ini bn/umno kena kerah PDRM serta askar laskar menambahkan rasa ada kekuatan.bertambahan pulak ada jerebu yang datang tak dijemput dihalau menghesot liat nak pergi.dengan adanya jerebu diharapkan bersangatanlah rakyat tak ke padang merbok,tak bermalam disana.dengan keadaan begini rakyat tetap bangun melawan,puluhan ribu jugak yang datang.bertambah lagi penyakit bn/umno ni udah disahkan oleh mata kedoktoran umum,sekarang ni dilanda penyakit ochlophobia sebab itu pak menterinya menunjokkan jari jemari yang tidak sopan pada jurugambar.ini semua salah pak tian chua,pak md sabu,anak pak baba,anak siadli,sianang serta rakan rakanya.sememangnya pak anwar dah lebat ngan hukum hakam dikenakan,terbaharu nak bagi gempak gigil kepala lutut rakyat cekuplah pulak husam anak musa dari bulan mengambang,tak dan nak tunggu malam.macam mana taknak jerebu lagi jerebu lagi baghuih kata bn/umno,dalam kejerebuan sebeginilah banyak perkara bn/umno boleh buat.jangan katakan pokok,tuan pokok pun lunyai,kak yong!!!kah!!..kah!!!kah!!!.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.