Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday 20 June 2013

PEKERJA MCDONALDS PUN TAK TAU PROGRAM LARIAN DAH TUKAR LOKASI?

TANAH TAK TERIMA

McDonald ini bukan syarikat kecik. Program larian ini bukan syarikat ini tak pernah buat. Adakah pernah diubah lokasi pada last minute?

Tapi, ya benar! Kali ini program McDonalds dan MOM dah tukar lokasi.

Bila demer tukor?

Bila Datuk Bandar taknak bagi NGO yang disokong PR nak guna Padang Merbuk pad 22 Jun 2013!

Hancing betui bau program Larian McDonalds-MOM ini.

Hancing macam bau perut Ariel Sharon yang tak mampus-mampus tu.

TAK TAHU DAH UBAH LOKASI?

Berikut ialah hak rakyat Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Khairy Jamaluddin yang jaga Belia dan Sukan ada faham tak?

PERKARA 10 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: KEBEBASAN BERCAKAP, BERHIMPUN DAN MENUBUH PERSATUAN.

(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4);

(a) tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran;

(b) semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata;

(c) semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan;

(2) Parlimen boleh dengan undang-undang menggunakan:

(a) ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain, ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah, fitnah, atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan;

(b) ke atas hak yang diberi oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau ketenteraman awam;

(c) ke atas hak yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam atau akhlak.

(3) Sekatan-sekatan ke atas hak menubuhkan persatuan yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang mengenai buruh atau pelajaran.

(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2) (a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan bahagian 3, Perkara 152, 153 dan 181 berhubung dengan apa-apa jua melainkan berhubung dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.

Blackout 622 dianjurkan pada petang hujung minggu. Bukannya orang yang berhimpun tu tak buat kerojer sepanjang minggu, seperti didakwa macai. 

Janganle dengki orang nak berhimpun. Komer pun boleh berhimpun jugak di mana-mana, kan?

UPDATE: POLIS DAH KONFOM KATA TAK BOLEH BERHIMPUN SEBAB DBKL TAK BAGI GUNA PADANG MERBUK.

4 comments:

  1. Perkembangan macam gini nampaknya ada chancelah nak rasa gas pemedih mata dan air asid. Dah lama dah tak rasa semua itu. Rasa ketagihlah pulak.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam armal

      Lamer dah tak main polis sentri yerk?

      Delete
  2. Salam kak Yong..

    Blimey... wot a surprise..just fast 1 quiz...u're at that Portsmouth Uni... a lovely coastal city, i can recall, right? Bila tu? really am inundated ..haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      Yup. I was at a University right at the old building that was gunned down by the jerries. Doing my PhD on policy study. I was a guinea pig of that university that try to dabble in policy studies.

      Syukur I manage to graduate. My supervisor has now migrated to Exeter.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.