Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday, 26 July 2013

DALAM PAS ADA AYAM, DALAM PKR ADA ITIK?


Ini cerita orang kampung.

Ayam ni perangai bagusnya boleh ganti jam loceng waktu pagi. Zaman dulu mana ada jam locengkan? Ayamlah yang buat kerojer tu. Tapi yang takseronoknya kalau bininya bertelur, jantan betina riuh sekampung. Telur sebijik jer, tapi semua musang, biawak dan ular dapat tahu.

Itik pula bila nak cari makan, nak kata haiwan dua alam pun tidak. Tapi kat darat makan, kat dalam air pun makan. Bertelur di merata-rata. Kalau dapat pada musang, biawak atau ular, innalillah ler. Tapi, kalau nasib baik, ayam suka, diramnya, itik dapat jugak keturunan.

Jangan pula terjadi ayam berketuk melalak satu kampung bila terjumpa telur itik, lalu mengundang musang, biawak dan ular.

Itik pulak jangan bertelur dalam semak lalu perangkap ayam supaya ditangkap musang, biawak atau ular. 

Kalau ayam dan itik buat perangai macam tu, sah yang untung cuma musang, biawak  dan ular - musuh sahaja. 

Tapi ayam dan itik haiwan, bukan tahu buat strategi.

Yang pandai buat strategi ni orang.
Yang pandai berkawan orang.
Yang pandai memujuk orang.
Yang pandai putar alam juga orang.
Yang pandai buat musuh pun orang.
Yang pandai berdendam itu pun orang.

Walau bagaimanapun, kata orang tua-tua pulak, kalau dua orang dari bangsa yang berbeza berbual tanpa pengetahuan bahasa antara satu sama lain, samalah macam ayam bercakap dengan itik.

Tapi jika matlamat sama, tentu tiada masalah memahami antara satu sama lain dan bekerjasama antara satu sama lain...

Agak-agak ada tak orang faham riwayat ayam dan itik ni?


6 comments:

  1. Kih kih kih! takdenya deme faham. direct jer!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam TheSniper

      Kalau citer pasal ikan salmon dengan beruang faham tak? Kah kah kah!

      Delete
  2. sapa makan cili dia rasa pedas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mohamad Husni

      masalahnya demer dah tertelan buah ajaib. Dah bertahun-tahun...Deria rasa pun dah kacau.

      Apa nama buah ajaib tu?

      Delete
  3. Salam Yong,

    Tok sangat setuju tu............., macam ayam ngan itek!

    ReplyDelete
  4. salam.

    hehe.. itik Vs ayam.. sapa pulak ref in between? SPR? Sah 2 2 kena kad merah! haha.

    Kalo 2 2 balik rujuk panduan Quranul Karim, hadith s.a.w. + great leadership & character, good composure, astute bacaan politik, insya-Allah, apa masalah boleh selesai punya!

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.