Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 31 July 2013

KENYATAAN PENAFIAN DARI KETUA PEMUDA PAS

Jangan kata Yong anti DPP. Berikut kenyataan penafian dari Ketua Pemuda PAS berkaitan tuduhan Mohamad Abdullah dalam The Malaysia Insider. Yong kopipes semuanya:

Fitnah Semakin Marak

1. Terdapat satu artikel di The Malaysian Insider yang entah dari siapa tetapi menggunakan nama Mohamad Abdullah, melemparkan fitnah kepada saya dan Yb Ustaz Nik Mohd Abduh. Penulis mengemukakan surat terbuka kepada Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat al Mursyidul Am PAS, kononnya saya mendapat dana dari Kontraktor Lynas. Penulis pun sebut "dimaklumkan ...." soalnya siapa yang memaklumkan perkara itu kepada beliau?

2. Saya telah mengisytiharkan harta. Saya menyertai pilihanraya baru - baru ini dengan wang sejumlah yang telah saya isytiharkan sebelum dibantu oleh rakan - rakan. Wang deposit pilihanraya sejumlah RM15K tu pun dibayar oleh YDP PAS Kawasan. Jika tidak, hilang kelayakkan saya untuk bertanding.

3. Selepas pilihanraya , saya mengerjakan umrah atas pembiayaan An Nuur Travel kerana dalam masa yang sama saya bertugas sebagai mutawwif kepada ahli jamaah An Nuur Travel. Ertinya kehidupan saya sebelum dan selepas pilihanraya , dari dulu sehingga sekarang adalah serupa.

[ cuma akan datang terasa juga nak pakai MPV sebuah sebab anak dah 6 orang, dah tak muat kami nak naik berlapan sumbat masuk dalam kereta. Maklumlah Ahli Parlimen dapat AP kan, hu hu .... tengoklah macam mana , sebab Hyundai Trajet yang saya guna tu insyaallah saya akan wakafkan buat perjuangan ini dan buat masa ini akan dijadikan kenderaan rasmi Pusat Komuniti Parlimen Temerloh. ]

4. Saya sangat mengalu - alukan jika benar Lynas nak bagi dana kepada saya, silakan ... saya terima dengan terbuka , [ pendirian saya ini tidak bermakna saya sokong Lynas] kerana kami sangat memerlukan wang bagi membantu rakyat di Temerloh. Demikian juga kalau ada orang - orang UMNO mahu menghulurkan sumbangan, kami terima dengan terbuka. Temerloh mempunyai berpuluh pusat pengajian Islam, ramai ibu tunggal, anak yatim dan mereka yang tidak bernasib baik. [ pendirian saya ini tidak bermakna saya sokong UMNO ]
Kami juga menerima wang "riba" yang dihendak dikeluarkan dari akaun masing - masing kerana banyak terdapat jalan - jalan kecil di kampung yang perlu diturap, tetapi kami tiada wang dan peruntukan untuk membantu rakyat.

5. Sebagaimana juga saya selaku Ahli Parlimen, dibayar gaji oleh kerajaan pimpinan UMNO dan BN, saya terima gaji itu bukan bermakna saya sokong pimpinan UMNO.

6. Buat masa ini saya ke hulu dan ke hilir mencari dana kebajikan rakyat Temerloh. Rata masjid dan surau saya jelajah menyampaikan tazkirah sambil buka peluang kepada orang ramai berbakti bagi mendapatkan sumbangan untuk Dana Kebajikan Temerloh. Saya menulis dan jual buku untuk isi poket. Prinsip saya, ada duit insyaallah kita agih kepada mereka yang memerlukan di Parlimen Temerloh ini dan jika tiada duit, kita duduk diam - diam, jangan merungut sebaliknya banyakkan berdoa kepada Allah swt. mohon murahkan rezeki.

7. Tidak ketinggalan api fitnah turut dipercikkan kepada sahabat saya Yb Ustaz Nik Mohd Abduh sebagai seorang yang mengamalkan gaya hidup mewah. Sedang siapa jua yang rapat dan mengenali beliau akan mengetahui bahawa, sehingga kini beliau yang telah berkeluarga dan mempunyai 8 cahaya mata, masih tinggal sebumbung di teratak sederhana bersama ayahandanya Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

8. Kebiasaannya bagi pasangan anak dan menantu, apabila mereka telah mempunyai keluarga sendiri dan beranak pinak, mereka akan mencari kediaman mereka sendiri secara berasingan. Banyak faktor yang mendorong sedemikian. Tetapi tidak kepada Yb Ustaz Nik Mohd Abduh. Saya masih ingat kata - kata beliau kepada saya apabila saya bertaaruf secara tidak langsung sebagai seorang sahabat seperjuangan . Beliau menyebut :

"Semua orang berbangga dengan ayah ana sebagai Tok Guru, sedang Tok Guru tu ada dalam rumah ana, macam mana ana nak keluar tinggal di tempat lain ! .... Ana nak didik anak - anak ana supaya melihat sendiri secara praktikal cara hidup datuknya seorang tok guru. Anak ana sedang membesar, ana pula banyak masa di luar ... elok sangatlah ana tinggal bersama ayah untuk memberi peluang kepada anak - anak terdidik dengan cara hidup seorang ulamak besar bergelar Tok Guru sebagaimana yang pernah ana alami semasa kecil - kecil dulu."

9. Kenyataan beliau memang menimbulkan rasa cemburu di hati kita yang tak ada Tok Guru dalam rumah kita kecuali televisyen dan komputer yang banyak didampingi oleh anak - anak kita.

10. Apa yang saya nak sebut ialah bagaimana mereka memfitnah kononnya Yb Ustaz Nik Mohd Abduh mengamalkan gaya hidup mewah kalau tempat tinggal pun masih berkongsi rumah dengan orang tua. Sementara yb - yb lain berlumba - lumba mendirikan rumah sebesar mahligai. Kenapa penulis tidak menimbulkan isu pemimpin yang jelas terang lagi berlampu hidup dalam kemewahan ? atau sememangnya pena diasah tajam untuk mensasarkan Yb Ustaz Nik Mohd Abduh sahaja ?

11. Kononnya itu adalah surat terbuka buat Tuan Guru Nik Abdul Aziz tetapi realitinya sedang memfitnah ahli keluarga Tuan Guru sendiri sedang anakanda beliau yang dituduh mengamalkan kehidupan mewah tinggal serumah dengan beliau.

12. Kelihatan game semakin menarik selepas ini. Scud jenis apa pula akan dilancarkan selepas ini kepada saya dan rakan - rakan termasuk DPPM. Sekali lagi saya ambil pendekat berdoa kepada Allah swt supaya mereka insaf dan segera berhenti dari menabur fitnah dan membunuh karakter sedemikian rupa. Apa untung nak bunuh karakter saya ? saya hanya insan biasa .

Nasrudin bin Hassan 

********************

Siapa pula nak jawab surat terbuka di bawah ini?

Surat terbuka untuk Tuan Guru Nik Aziz 

Saya selaku ahli PAS ingin menyuarakan rasa kecewa dan marah atas insiden terbaru yang melibatkan kepimpinan tertinggi PAS yang sewajarnya memaparkan akhlak dan pekerti berjemaah yang tinggi selaku teladan bagi ahli dan masyarakat umum.Insiden ini rentetan dari Ijtima' Badar anjuran Dewan Pemuda Pas Pahang di Temerloh pada 27 Julai yang lalu yang menjemput Zaharudin Mohamad antara tujuan khususnya ialah membicarakan berkenaan isu pimpinan yang berotak Liberal dalam PAS.Ekoran dari program itu maka keluarlah 'mesej' melalui 'wassup' Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang yang antara lainnya berbunyi seperti berikut:“wujudnya ajk pusat dan ahli pas yg berfikiran Islam liberal yg sangat membahayakan jamaah dan seterusnya meruntuhkannya. Maka ana mencadangkan mereka yg ana senaraikan ini tidak dipilih menjadi ajk pas pusat pada pemilihan akan datang... 

1) Khalid Samad
2) Dr Zulkifli Ahmad 
3) Hanifa Maidin 
4) Mujahid Rawa 
5) Husam Musa 

*USTAZ SHAHRIL AZMAN (PAHANG)”

Jelas mesej ini amat biadap yang keluar dari seorang pemimpin tertinggi Pemuda yang sebenarnya ramai akur beliau sendiri mempunyai masalah dan perangai yang 'memeningkan' banyak pihak dan di tambah pula dengan perkara terbaru ini.Umum sedia maklum adanya pertikaian dan perselisihan antara golongan yang di labelkan ulamak dan yang di gelar professional.Untuk memudahkan pemahaman Tok Guru, Pemuda Pas seperti Nasrudin Hasan, Nik Abduh, Zaharudin dan beberapa lagi ada lah dari kumpulan yang di gelar Ulamak manakala Khalid Samad, Mujahid, Husam dan Hanifa mewakili gelaran professional.

Hebatnya Shahril Azman ini mendahului muktamar dengan menghina dan menghukum 5 orang di atas sebagai Liberal yang berfahaman salah yang patut di singkirkan dalam muktamar nanti!Hantu apa yang merasuk kepala hotak beliau di kala iblis dan syaitan semua di rantai pada bulan mulia ini?Ringkasnya saya merayu agar Tok Guru campur tangan dalam isu ini. Pencerahan wajib di buat sebelum muktamar bermula.Dua-dua pihak ini wajib di panggil mengadap dan bersemuka di depan Tok Guru. Siapa saja yang silap wajib mengakui kepada umum kesilapan mereka dan wajar berundur segera demi kebaikan jemaah.Kita tidak lupa ketegasan Tuan Guru dalam menentang kerjasama dengan BN sedangkan kumpulanyang di gelar ulamak ini ramai yang bersetuju dengan idea ‘kerajaan perpaduan’ tempohari.Ironinya kumpulan professional ini secara total menentang agenda kerajaan perpaduan yang sememangnya jahat dan begitu di tagih oleh Nasarudin Mat Isa juga amat rapat dengan Nasrudin Hasan.

Apakah benar kumpulan professional berniat untuk menjatuhkan presiden? Ianya wajib di siasat secara mendalam. Kalau benar, kenapa? Kalau bukan, apa motifnya mereka di tuduh begitu?Begitu juga dengan kumpulan yang di gelar Ulamak. Mereka secara konsisten terutama Nasrudin Hasan dan Nik Abduh menyerang kumpulan professional terutama Husam pada muktamar beberapa tahun yang lalu lagi. Mengapa mereka bertindak sedemikian?Adakah kerana isu peribadi Nik Abduh di Kelantan yang mewakili kem yang tidak sehaluan dengan Husam berlanjutan sampai ke peringkat PAS Pusat? Biarpun Nik Abduh mewakili kumpulan Ulamak tetapi cara hidup dan personality beliau jauh kebelakang berbanding Husam yang bukan ulamak.Nik Abduh mengamalkan cara hidup mewah berbanding Husam apatah lagi Tuan Guru. Mujur UMNO tidak terbau isu pembelian haratanah secara tunai oleh beliau tempohari, sekiranya benar.

- Zulkifli Sulong-

********************

Komen Yong:

Cepat sekali Ketua Pemuda PAS menafikan fitnah ke atasnya yang dikaitkan dengan Lynas.  Maklumle bila terkena batang hidung sendiri. Kenyataan ini sedikit sebanyak dapat membersihkan nama baiknya. Sekarang Yong minta juga supaya membersihkan nama Presiden PAS berkenaan fitnah calon PKR pengedar pil kuda. 

Bagaimana nak bersihkan nama Presiden? 

Takkan tak tau kot? Dapatkan saja dari mana sumber Presiden dan dedahkan nama orang itu. Biar orang itu semua ahli jemaah dapat kenali.

Jangan buat-buat tak tau yang fitnah calon PKR mengedar pil kuda ini telah tertempias pada Chegubard yang bertanding di Sg Acheh. Ini kerana blogger2 pencacai telah mencanang nama Chegubard sebagai pengedar pil kuda. Contohnya:

ANTARA YANG TURUT MEMFITNAH

Tolong ye...Tolong dedahkan. Takkan nak tunggu sampai Akhirat jugak kot? 

Selain fitnah Syiah, fitnah pil kuda inilah yang turut menyumbang dalam menjatuhkan PAS dan Pakatan Rakyat.

Bab pil kuda ni Yong dah tulis di sini 





8 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Diorang takkan layan permintaan tue Yong ooi... mampus keras la pimpinan PAS nak dedahkan saper informer kepada Hadi Awang... pasai... nanti sure ader yang takkan dapat bertanding kat Muktamar nanti... hahaha

    Hahaha... nak harapkan Hadi Awang nak jawap... lupakan sajer... Nak harap ader perwakilan kat Muktamar nanti tanya pasai soalan nih... pun lupakan sajer... Hahaha...

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Tak kisah demer nak jawab atau tidak Yong akan ungkit. InsyaAllah Yong akan ungkit sampai PRU14, jika perangai tak berubah

      Delete
  2. YB Ustaz tak beri pun penjelasan tentang halni: ..."Maka ana mencadangkan mereka yg ana senaraikan ini tidak dipilih menjadi ajk pas pusat pada pemilihan akan datang...

    1) Khalid Samad
    2) Dr Zulkifli Ahmad
    3) Hanifa Maidin
    4) Mujahid Rawa
    5) Husam Musa

    *USTAZ SHAHRIL AZMAN (PAHANG)”

    Cap ayam lah kalau isu serius begini ustaz taknak komen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pok Amid

      Sedih betui jika benar Ustaz ni cakap macam ni. Lima nama dalam senarai itulah yang menjadi ikon pengundi muda yag majoritinya golongan professional.

      Ingat PAS boleh bergerak dengan tenaga dan kepandaian ustaz2 jer?

      Ingat ustaz2 nak jadi pemerintah dan semua yang bukan ustaz jadi kuli sahaja?

      Delete
  3. Sapa yang betui dan sape pulak yang tak betui ni. Tiba-tiba aku menjadi hakim sedangkan aku tak tahu apa-apa......pening.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Err

      Kita nampak di permukaan saja. Yang di dalam air kita tak tahu.

      Rakyat berhak jadi hakim dan mengambil keputusan untuk menerima atau menolak dasar kerajaan. Tapi sebelum jadi hakim, maklumat mesti betul dulu. Jangan campur dengan emosi atau sikap etnocentrism. Mesti rasional.

      Samalah dalam parti. Ahli berhak jadi hakim untuk memilih pemimpin yang terbaik...

      Ini pandangan Yong.

      Delete
  4. Pm baru mesir dah kata jgn campur politik dn agama. Boleh jd jahil ke arah murtad... Dulu tok ayoh hadi ping besut kato umngok kapiaq... Hr ni ustad azizan biol bkerjasama dgn umgok hingga dpt tan sri...

    Betul ke ustad pas tk menyelewang dn akn masyuuk syurga

    Ptuiih .. Paz dn umngok sama jaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Malaysiabaru

      Masalahnya manusia. kadang-kadang ada yang pandai tapi tak cerdik. Banyak perkara yang berlaku mungkin ada yang kifarah... Entahlah...

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.