Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday 19 August 2013

ANAK MUDA RAMAI UNDI BN LEPAS TU SUKA METALLICA. LANTAK KOMER LER...


Anak muda tetap anak muda. Tahun 1913 atau 2013. Sama saja. Jadi toksah upset kalau demer nak tengok Metallica. 

Nak habis RM300.00 atau RM500.00 tengok Metallica? Apa pasei komer heboh. Biorler.

Demer dah ramai-ramai undi BN. Lepas tu pergi tengok Metallica. Itu kira macam hadiah demer ler. Kalu PR menang dulu, mungkin Metallca tak sampai! Hahaha...

Bab Metallica ini, apa komer nak heran.

Yang dalam gambor bawah ni sebenornya komer patut heran:


Tapi...Kat Malaysia ni apa nak heran. Malaysia Boleh kan?

Ada sorang tu, kerojer dia menyanyi sambil menggelek-gelek perut dan bontot. Malaysia bagi dia Datuk.

Heran ke?

Ada sorang pulak, berlakon dalam filem antarabangsa. Entah banyak mana ia menyumbang kepada kemajuan negara, Malaysia bagi dia Tan Sri.

Apa komer heran?

Apa sorang Pengawai Khas kepada seorang VC - budak umur 30 tahun. Malaysia bagi dia Dato.' Agak banyak bebenor jasanya mengubah nasib anak muda berbanding dengan profesor-profesor yang bertungkus lumus mendidik budak-budak yang kurang pandai untuk jadi pandai.

Ada siapa heran?

Opps! Hampir lupa...Ader sorang warga India Malaysia bagi dia Datuk sebab filemnya yang ada banyak nyanyian dan tarian erotik ramai ahli politik ameno berkenan! Entah apa jasanya pada Malaysia, hanya yang bagi dia gelaran Datuk tahu.

Langsung tak heran?

Syukur, Malaysia masih aman!

7 comments:

  1. Salam.

    Gelaran "Hajjah Dr. Prof ..." lagi padan daripada gelaran "Tan Sri Dr. Prof ..." hehe.. Sabor aje ler.

    Takpe kot, untuk permulaan ni kak yong dianugerahi kerajaan @KPM dengan pangkat "Dato'" dulu?

    Waima, pejuang pra merdeka pun tak semua dihargai, dihadiahkan demer pangkat, ganjaran seswai. Habih kuat pun tiap tahun ulang tayang cerita pengalaman polis, tentera lawan komunis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      Yong ada beberapa orang sedara yang dapt gelaran Dato' dan Dato Seri etc. Tapi demer semua dah tua baru dapat gelaran tu...Maknnya dah banyak jasa...

      Tapi, bagi pada budak yang entah apa2 macam tak logik. Bagi kat artis luar negara macam macam tak cukup sodium chloride pulak...

      Delete
  2. DeeDee Yong...

    Hahahaha.... sori.. gua layan Enigma.... hahaha... lagu berunsur mistik ala gereja.... hahahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Masa muda2 Yong suka lagu2 Bruce Springsteen. Sekarang Yong layan Chris Rea dan mainan gitarnya...Cuba miker dengor. Tentu miker akan tinggalkan Enigma...

      Delete
  3. Err.. Tan Sri, Dato ni sama je dua2 belah pihak. Bangga benor kalau dapat walhal yang nanggung makan pemberi gelaran tu kita!

    ReplyDelete
  4. Salam Rose

    Terima kasih kerana singgah. Nanti Yong datang. Rajin2 memblog!

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.