Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday, 25 August 2013

KISAH BENAR: PUNCA IBU-BAPA MENOLAK PEMANSUHAN PTPTN DENGAN HUJAH YANG BUAT KITA TERKEDU.

Kalau nak cari hujah yang bangang melantun2, tanyalah pakcik dan makcik UMNO kenapa demer menentang PTPTN dimansuhkan. Bukan seorang yang cakap. Ramai. Macam demer dah kena coach nak cakap macam mana kalau perayu PR datang.

Berikut storynya yang diceritakan semula oleh perayu undi masa PRU13. Yong dah susun semula cerita ini...Jom kita baca 4 senario ini:

SENARIO 1
  • PERAYU: PR akan beri pendidikan percuma. Masuk universiti percuma.
  • PENGUNDI: Takde PTPTN ler ye?
  • PERAYU: Takdeler. Tak perlu.
  • PENGUNDI: Kalau takde PTPTN, kat mana anak aku nak dapat duit beli tiket tambang bas balik kampung?
  • PERAYU: (Terkedu)
Perayu bengang. Dia balik dan siapkan hujah untuk membalas hujah pengundi tegar BN, seperti berikut:

SENARIO 2
  • PERAYU: PR akan beri pendidikan percuma. Masuk universiti percuma.
  • PENGUNDI: Takde PTPTN?
  • PERAYU: Takdele. Tak perlu.
  • PENGUNDI: Kalau takde PTPTN, kat mana anak aku nak dapat duit beli tiket tambang bas balik kampung?
  • PERAYU: PTPTN ni hutang pakcik, makcik. Nanti kena bayor balik.
  • PENGUNDI: Isy! Anak aku bila pas universiti nanti jadi pegawai. Takkan tak boleh bayor...
  • PERAYU: (Terkedu lagi)
Perayu bengang lagi. Dia balik untuk fikir lagi hujah bagi mematahkan balasan hujah pengundi tegar BN. Ikuti story seterusnya:

SENARIO 3
  • PERAYU: PR akan beri pendidikan percuma. Masuk universiti percuma.
  • PENGUNDI: Takde PTPTN?
  • PERAYU: Takdele. Tak perlu.
  • PENGUNDI: Kalau takde PTPTN, kat mana anak aku nak dapat duit beli tiket tambang bas balik kampung?
  • PERAYU: PTPTN ni hutang pakcik, makcik. Nanti kena bayor balik.
  • PENGUNDI: Isy! Anak aku bila pas universiti nanti jadi pegawai. Takkan tak boleh bayor...
  • PERAYU: Tapi, anak pakcik kena bayor siap dengan faedah sekali.
  • PENGUNDI: Iyake? kena bayor lebih le ye?
  • PERAYU: (Dalam hati: Kena pakcik kali ini). Iya. Lebih dari yang dipinjam...
  • PENGUNDI: Takpe bayor lebih. Kalau tak bayor lebih mana kerajaan nak pusing duit bagi orang pinjam?
  • PERAYU: (Serius terkedu)
Perayu bertambah bengang. Dia balik dan bincang dengan kekawan macam mana nak bagi pengundi tegar BN faham. Ikuti story seterusnya:

SENARIO 4
  • PERAYU: PR akan beri pendidikan percuma. Masuk universiti percuma.
  • PENGUNDI: Takde PTPTN?
  • PERAYU: Takdele. Tak perlu.
  • PENGUNDI: Kalau takde PTPTN, kat mana anak aku nak dapat duit beli tiket tambang bas balik kampung?
  • PERAYU: PTPTN ni hutang pakcik, makcik. Nanti kena bayor balik.
  • PENGUNDI: Isy! Anak aku bila pas universiti nanti jadi pegawai. Takkan tak boleh bayor...
  • PERAYU: Tapi, anak pakcik kena bayor siap dengan faedah sekali.
  • PENGUNDI: Iyake? kena bayor lebih le ye?
  • PERAYU: (Dalam hati: Kena pakcik kali ini). Iya. Lebih dari yang dipinjam...
  • PENGUNDI: Takpe bayor lebih. Kalau tak bayor lebih mana kerajaan nak pusing duit bagi orang pinjam?
  • PERAYU: Tapi, kalau undi PR nanti tak perlu pinjam duit lagi, Kerajaan di bawah PR akan beri duit untuk beli buku...
  • PENGUNDI: (memotong sebelum sempat Perayu menghabiskan ayat) Sekarang mana ada orang guna buku lagi. Anak aku guna duit PTPTN beli alat macam TV kecik boleh bawa sana sini. Boleh jadi henpon, simpan gambor, citer-citer dengan orang 1Malaysia. Sebulan 20 hinggit jer...
  • PERAYU: (Terkedu dan tidak terkata-kata) 

Bila keputusan peperiksaan keluar dan anak gagal atau result teruk, bukan anak yang bangang, tapi salah pensyarah yang taknak bagi markah tinggi.

Macam mana nak bagi markah tinggi bila hobi hanya download games dan rujukan untuk kertas projek ilmiah cuma datang dari abang Yahoo, pakcik Google dengan Pakcik Wiki?

Sebab itu Yong ingat kalau BNM masukkan nama golongan yang ingkar bayar balik hutang PTPTN tu ke dalam CCRIS, Yong sokong jer..(baca di sini).

Tak kisah...Masih ada BR1M...HAHAHA.

ENDLESS POSSIBILITIES.

6 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Yup... very endless.... hahahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Macam-macam ada. Macam-macam boleh...

      Delete
  2. Replies
    1. Salam adik Yong

      Hmm...Hutang pun ado..haha

      Delete
  3. Salam.

    Kak Yong, demer tu nak buat baik tak bertempat, tak kena gaye. Demer cuba nak ikut ayat (Quran/hadis Nabi?), "Memberi pinjam(an) lebih baik daripada bersedekah" TAPI dah tersasar sikit sebanyak.

    PTPTN wujud untuk 'menolong generasi muda Melayu khasnya untuk menyambung pelajaran ke peringkat tertingi' TAPI dengan cara soft loans?? Ramai akan berhutang sebelum dapat kerja. Dah dapat kerja pun, berapa lak gajinya, cukup ker untuk cover semua expenses & saving? Let alone investment. Yang betui-2 beruntung hanya sapa yang leh dapat skor tertinggi 1st Class grade, tu pun berapa orang sangat pun.

    Ada ler pros & cons cara PTPTN ni, i must admit! Tapi PR nak bagi FREE edu (all sponsored) is way much better choice IF leh bagi some cash for initial preparation prior to enrollment & for student daily/monthly expenses.

    Teman ingat ler, bab rayu ni tu yang PAS kalah kat UmNo di kampung-2/ taman perumahan sekita kampung. Ni ler masalah PAS nak menang hati pengundi Melayu 'hutan' di semua peti undi yang PAS bertanding. Takde ramai perayu undi PAS yang berani bercakap dengan orang (Melayu hutan) & berhujah isu semasa.

    Approach si perayu undi PAS/PR kena ada 1 appearance yang menarik, bior nampak hebat, datang pakai kete mewah,ker heli ker, walau pun tu semua hanya sewa musim PRU aje! hehe

    & then they're dilatih khas mulai sekarang for PRU14. Kena well equipped untuk berhujah bila jumpa orang ramai luar sana. Insya-Allah demer dapat menilai semula UmNo tu siapa & see dunia politik like neva b4..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      Tapi bila kita guna kereta hebat, demer kata kit nak menunjuk2. Jadi camne?

      Masalahnya pelaksanaan PTPTN tu tak betui. Adeke bagi duit kat budak macamtu. Dah tentu demer joli sakan. Buku taknak beli.

      Yong bercakap dari pengalaman sebagai pensyarah. elok bagi vaucher jer...untuk beli buku, provisions etc.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.