Sejak akhir-akhir ini hakim mahkamah pilihanraya sudah membuat keputusan yang tak disenangi. Sana-sini petisyen PR ditolak. Takde bicara. Tolak depan pintu jatuh terguling ke bawah tangga sebab tak ikut prosedur. Contoh nya ini:
TAK IKUT PERATURAN, KATA HAKIM |
Memang sakit jatuh tangga.
Tapi yang peliknya ada pula sorang mamat yang menggunakan alasan yang sepupu-sepapat dengan hakim mahkamah pilihanraya, Malaysia.
Tak percaya?
Komer baca ini:
PENUDUH JADI HAKIM? |
Berbeza dengan hakim pilihanraya - yang mendapat autoriti (surat perlantikan) untuk menghakimi petisyen. Ada seksyen tertentu yang disebut sebagai alasan menolak petisyen.
Tapi bagi kes aduan ini, entah dari mana Zaharudin dapat watikah untuk membuat kenyataan bahawa aduan laporan disiplin dari Zulhazmi itu tidak ikut prosedur!
Tapi bagi kes aduan ini, entah dari mana Zaharudin dapat watikah untuk membuat kenyataan bahawa aduan laporan disiplin dari Zulhazmi itu tidak ikut prosedur!
Yang dituduh ini (dalam aduan Zulhazmi) pulak menjadi hakim dan menentukan sama ada sesuatu laporan itu ikut prosedur atau tidak.
Prosedur apa?
Prosedur apa?
Pelik. Beginikah parti PAS diurus-tadbir menantu?
BUAT ADUAN PUN TAK BOLEH KE? |
Siapa dalam PAS yang patut membuat kenyataan sesuatu aduan itu ikut prosedur atau tidak? Ahli Majlis Syura? Atau Ahli Majlis Syura cum menantu Presiden?
Dalam UMNO, parti yang Yong menyampah tu ada juga Jawatankuasa Disiplin. Jawatankuasa ini menentukan sama ada sesuatu aduan salah laku itu sah atau tidak sah, diterima atau ditolak. Presiden, Timbalan Presiden, Ahli Majlis Tertinggi - semua tak boleh cakap.
Dalam PAS, menantu yang cakap banyak. Menantu yang cakap dulu sedangkan Mursidul Am atau ahli Majlis Syura yang lebih senior, tak cakap apa lagi...
Aduuuh! Ini sudah melampau yang amat memalukan!
Kita kata UMNO ditadbir oleh pemimpin yang mediocre. Jangan PAS pun ikut jadi begitu...Jangan!
UPDATE: Respons lengkap Zulhazmi di sini
salam,
ReplyDeleteteman dah kabor lame dulu..islam x buleh berkulitkan assobiyah kepartaian..tetapi berkulitkan ukhwah..baru lah lepas itu penganut PAS menjadi tegar islam dan tegar memperjuangkan akidah! itu juga sebab musabab teman keluor dari jemaah usrah dah masuk 3 kali PRU asal kan teman menyokong ISLAM secara tegar dan setakat ini..teman jadi serigala bukan ternakan yg terasing dan mudah di baham!!
cheers n Selamat Menyambut Aidilfitri.
Salam Shah
DeleteSalahnya orang. Terlalu ego. Bagi budak pegang pangkat besor. Lepas tu mulut budak tak boleh kawal.
"Have knowledge" is not equal to "have wisdom" as seen in many examples. Tapi ramai yang kepala besor sebab ada ilmu yang tinggi. Tak ingat bahawa ilmu itu juga Allah bagi pinjam jer kat kita...Bila2 Allah boleh ambik balik. Begitu juga kuasa...
DeeDee Yong...
ReplyDeleteItulah dier... Terbaek... PAS Ganti UMNO... hahaha... sebijik sebuntat...
C++
CipanTapirTenuk.Blogspot
Salam C++
DeleteSedih kalau parti inipun regnerate jadi sebijik macam ameno!
salam
ReplyDeletenampaknya musuh PAS berjaya melaga-lagakan ahli2 PAS..aku bukan nak mengecam atau menyokong sesiapa..tapi apa yg aku nampak budaya jatuh menjatuh telah wujud..sapa yg wujudkan..mungkin di dalam dan diluar PAS..PAS dulu tak seteruk ini..kenapa sekarang dah kuat budaya umno dalam PAS..SAPE YG BAWAK..kalau berselisih pendapat berhujahlah dengan adap dan saling hormat menghormati..hati-hati kepada batu api..sempena bulan ramadhan al mubarak ini..tingkatkan tarbiyah,kukuhkan ukhwah hapuskan fitnah..allahuakbar
Salam Upu Selayang Permai
DeleteTiada siapa yang Yong sokong - hanya ulama, untuk mengetuai PAS. Tapi ulama yang macam mana?
Bukan ulama yang terburu2 membuat tuduhan tanpa bukti
Bukan ulama yang mencari KuLi untuk dijadikan PM
Bukan juga ustaz yang perasan dah jadi ulama kerana sekeping ijazah ditangan.
Entah siapa yang berjaya dilaga2kan oleh musuh PAS. Tapi yang pasti dia bukan Yong. Ini kerana yang kenal dan mesra dengan pemimpin2 UMNO bukan Yong. Tolonglah...
Slm. Slmt mymbut syawal
ReplyDeleteJom register parti a.b.u untuk ganti
Parti ajaran sesat dan umno alyahudi
Syarat keahlian perlu jadi bekas ahli umno
Salam Malaysiabaru
DeleteAmenda parti a.b.u. tu yob?
salam kak yong
ReplyDeletekita sepatutnya menjaga kesatuan jamaah..kerana musuh islam berusaha untuk memecahnya..bila ada perselisihan maka akan ada pihak yg mengambil kesempatan..musuh hanya perlu menimbulkan isu dan kita berperang sesama kita..baca buku my way of deception bagaimana mossad mengunakan org islam menentang islam tanpa mereka sedar..jangan kerana tidak setuju dengan seseorang maka kita tidak berlaku adil padanya..patutnya kita mengalakkan pendamaian bila ada perselisihan antara sahabat kita bukan agen perpecahan tanpa kita sedar..tanpa kita sedar kita pun menuduh tanpa bukti..yong..kami hanya penampal poster tapi tidak rela kita berpecah belah atas adu domba..sempena bulan ramadhan yg berkat ini marilah kita tingkatkan amal..banyakkan tarbiyah,kukuhkan ukhwah dan hapuskan fitnah..allahuakbar