YANG BERKHIDMAT (SUMBER) |
Masa dia kecik dulu (maksud Yong masa dia belum jadi YB), Yong beberapa kali berjumpa dengannya. Berjumpa kerana hadir program, hari raya etc. Ini kerana, bukan hanya anak-anak saudara yang teruja dengannya, malahan ibu Yong pun sangat suka dan mahu mengambil gambar bersamanya. Nurul Izzah tidak pernah menghampakan karenah kami, walaupun tak kenal kami. Masa itu papa dia masih dalam penjara.
Kak Cik (anak saudara) menyimpan sekeping gambar bersama Nurul Izzah atas meja dalam biliknya.
"Buat inspirasi." kata Kak Cik.
Kak Cik sekarang bekerja sebagai senior accountant dalam sebuah firma antarabangsa di luar negara. Usia Kak Cik baru masuk 30 tahun.
Yong bangga dengan Kak Cik yang mengambil Nurul Izzah sebagai ikon dia. Kak Cik dulu sikapnya penakut dan tidak tegas. Tapi tak sangka dia berubah menjadi seorang yang berani, berkeyakinan, assertive dan tegas walaupun semua teman sepejabatnya bangsa asing.
Inilah YB (Yang berkhidmat), sumber inspirasi anak muda.
Syabbas Nurul Izzah.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
Ish3x sepatutnya makcik yang cium tangan dia bukan dia yang cium tangan makcik.. Rosmah kena tengok n buat sidang media saman nurul izzah sebab mencium tangan rakyat
ReplyDeleteSalam Mohd Shahran
DeleteSebab tu setakat ini Yong respek budak ni.
Waalaikum salam Nana
ReplyDeleteYa betui. Harap diteruskan budi pekerti yang baik ini.
boleh kita nilai dengan anak menteri-menteri..anak orang pangkat besar..kendatipun anak pakar motivasi kita..hehehr
ReplyDelete