Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 14 September 2013

RAHSIA RAMBUT LEBAT DAN TIDAK BERUBAN: MESTI BACA

Satu hari seorang anak kawan dan isterinya menumpang bermalam di rumah Yong setelah pulang dari luar negara. Dia tidak dapat meneruskan perjalanannya ke kampung kerana esoknya dia kena ke Putrajaya. Ada barang yang nak diserahkan kepada seorang isteri Menteri.

Wah! Hebat anak kawan Yong ini. Bergesel bahu denga Pak Menteri dan isteri Pak Menteri.

Malam itu Yong perhatikan dia mengasingkan barang yang nak diserahkan kepada isteri Pak Menteri itu. Dia tak mahu cakap. Tapi isterinya yang buka mulut.

"Rambut palsu untuk Datin Seri XX"

Yong pun jenguk dalam kotak yang transparent. Ada beberapa set (keping? buah?) rambut palsu berwarna keemasan, perang dan belang-belang.

Esoknya semua rambut palsu itu dibawa pergi. Good riddance!

********************

Baru-baru ini Yong bertandang ke rumah Ustaz Dr. Abdul Rahman Awang. 

Siapa pulak Ustaz Dr Abdul Rahman Awang ni?

Warga UIA dan Alliance Bank mungkin kenal dia.

USTAZ DR ABDUL RAHMAN AWANG

Yong jarang dapat berbual dengannya, walaupun isterinya kawan baik. Hari itu kami dapat berbual-bual. Dari cerita pengalaman menunaikan fardu haji sampai ke cerita rambut palsu isteri menteri. Apa yang dia beritahu Yong tentang hukum pemakaian rambut palsu tepat seperti hadis berikut:

Rasulullah (S.A.W.) bersabda: "Allah (S.W.T.) melaknat al-Waasilah (orang yang memakaikan rambut palsu kepada orang lain) dan al-Mawsuulah / al-Mustawsilah (orang dipakaikan rambut palsu). 

Daripada Humayd bin `Abdir-Rahman, beliau mendengar Mu`awiyah bin Abi Sufyan berkata dari atas mimbar pada satu musim haji tentang rambut palsu yang dibawa oleh seorang pengawal: "Wahai penduduk Madinah, di manakah ulama kamu? Sesungguhnya aku mendengar Nabi s.a.w. melarang perbuatan seperti ini (memakai rambut palsu) dan baginda bersabda: "Sesungguhnya Bani Israel rosak binasa apabila wanita-wanita mereka mengamalkan pemakaian benda ini (rambut palsu)" 

Rasulullah saw menyebut perbuatan ini sebagai al-Zur iaitu pemalsuan dan penipuan adalah dilarang dalam Islam. 

Said ibn Musayyab menuturkan sebagai berikut: Ketika datang ke Madinah, ”Muawiyah berbincang-bincang dengan kami. Sedang di tengah perbincangan tiba-tiba dia mengeluarkan selonggok rambut. Saya kehairanan lalu berkata, ”Saya tidak pernah melihat orang berbuat seperti itu (memakai rambut tambahan) selain orang Yahudi. Rasulullah menamainya al-Zur (palsu) yaitu rambut tambahan yang terkenal dengan nama wasyilah.” 

Hadis di atas jelas menyebut memakai rambut palsu adalah amalan orang Yahudi yang mengamalkan penipuan.

Tiada beza hukum ini bagi lelaki atau perempuan.

Ustaz Dr Abdul Rahman berkata, orang yang menghantar rambut palsu juga turut berdosa. Yong memberi perlindungan pada orang ini juga sudah kena tempias dosa isteri menteri itu. 

Isteri menteri yang celaka.

Kamu nak nampak muda, orang lain dapat dosa.

Adakah lain kali jika ada sahabat handai dan sedara mara nak tumpang bermalam, Yong perlu tanya, "Apa dalam beg?"

********************

Untuk difikirkan: Perhatikan gambar-gambar VVIP yang memiliki rambut hebat, walaupun sudah mencecah usia warga emas:





Tanyalah VVIP ini apakah rahsia di sebalik rambut lebat dan tidak tumbuh uban?

Agak-agak di mana letaknya Tawaduk 1Malaysia tu? 

Di mana pulak letaknya Wasatiyyah?

Malaysia Negara Islam?

ENDLESS POSSIBILITIES

7 comments:

  1. Menteri umno yang ia tau halal haram rasanya arak, babi dan anjing saja kut, lain-lain mana dia tahu, contoh Najib senirilah bila disoal budak sk ternganga tak boleh jawab...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Manjungmari

      Demer tahu pemakaian rambut palsu itu dilarang oleh Islam. Bukan tak tahu. Tapi sengaja ingkar. Macam demer tahu memakai tudung itu dituntut oleh Islam. Tapi demer tetap ingkar.

      Delete
  2. Assalamualaikum, yg heran tu ada yg sanggup run errand tu...berapa ler upahnya gamoknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Moh Kembara

      Kabornya dia tak dapat apa pun sebab dia pegawai kerajaan. Gituler demer. Selalu salah guna penjawat awam.

      Delete
  3. Kepada yang berkenaan yang telah ditegur secara langsung atau sebaliknya bertaubatlah dan kembali kepada landasan atau berundur saje dengan terhormat.

    ReplyDelete
  4. Seharusnya mereka ini bermuhasabah diri dan membaiki keyakinan rakyat dan warga organisasinya atau berundur dengan hormat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Waliharta

      Kalau boleh demer nak mati dalam jawatan. Demer ingat bila mati dalam jawatan akan diiring ke kubur dengan gemilang. Akan ada ulama upahan baca doa panjang-panjang. Tak ingat dalam kubur Malaikat Munkar dan Nakir sudah sedia menunggu...Masa itu baru ingat nak hidup kembali untuk baiki diri...

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.