Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday, 20 September 2013

SIAPAKAH YANG AKAN MENYELAMATKAN PAS KALAU BUKAN ULAMA? KAH KAH KAH

Yong andaikan:
  • Jika Pas tak selamat, Pakatan Rakyat tetap selamat.
  • Jika Pakatan Rakyat selamat, PAS pun selamat.
  • Jika Pakatan rakyat tak selamat, PAS pun tak selamat.
Jadi, siapakah yang akan menyelamatkan PAS?
Siapakah yang akan menjadikan PAS lebih dominan dalam Pakatan Rakyat?

RAKYAT MARHEIN PENYELAMAT PAS

Adakah Dewan Ulama ingat PAS menang dalam PRU13 dulu hanya kerana ceramah demer? Bukan kerana tuntutan Bersih dan rakyat Marhein?

PENYELAMAT PAS TERDIRI DARI BERBILANG KAUM

Kemana geng UG ketika Geng 13 ini dianiaya? Bukankah lebih molek jika Multaqa Ulama SeMalaysia mengeluarkan Resolusi mengecam kekejaman dan ketidakadilan pemerintah dari buat resolusi mengarut yang bunyi macam kempen untuk Muktamar?

ADA YANG SAMPAI DIPHUKUM PENJARA 2 TAHUN

BN pula melakukan berbagai-bagai cara haram untuk menjadikan PAS seperti tidak selamat di dalam Pakatan Rakyat.

BUKAN MEDIA PERDANA YANG AKAN SELAMATKAN PAS 

Tetapi ada pulak yang masih percaya kepada media ini dan "tuan" media haprak ini walaupun dah kena spin banyak kali. Tak terkira entah berapa kali. Inikah semangat yang dinamakan tegar? Tegar kena tipu? 

KENAPA UTUSAN SUKA ULAMA INI? 

 UMNO memang suka kalau PAS berpecah dan lemah.

BODOHLAH KALAU PERCAYA UMNO AKAN SELAMATKAN PAS

Lucu sungguh bila ada pemimipin PAS yang percaya UMNO akan menyatukan orang Melayu dan umat Islam. Sudah lebih setengah abad memerintah, siapa yang kenyang dengan projek guna duit rakyat marhein?

SANGGUPKAH DEWAN ULAMA PAS KARAM DALAM BLUE OCEAN ENDLESS POSSIBILITIES ALA UMNO?






11 comments:

  1. Ramai ulamak MUNAFIK dalam PAS ni....ulama celup gila kuasa macam Din Ayam dan Ketua Pemuda ....tak jadi lah aku nak masuk PAS, meluat aku dekat puak hipokrit ni.... lantik dan gelar diri sendiri sebagai ulamak, tapi busuk hati dan gila kuasa!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Asrul Sani

      Sebenarnya yang munafik tu bukan ulama. Kalau ulama takdenyer jadi munafik.

      Janganle sebab sorang dua kita tak gemor, terus merajuk diri...moh ramaikan lagi jemaah ni, bior yang tak layak tu tertolak ke tepi...

      Delete
    2. Betoi tu Yong...Akak sokong statement Yong tu.. normal la dlm mana2 parti mesti ada 2-3 orang yg buat spoil...adatlah manusia. yang penting kita tengok majoriti dlm sesuatu organisasi tu.. yg sebenornya UMNO dah desperate sgt2 tu... jangka hayat dah tak berapa nak panjang dah.. tu yg meroyan tak habis2 tu...orang lain semua tak betoi deme saja la yg betoi manjang...

      Delete
  2. hahaha..
    lucu banget kalu sy dengo ada org kata manusia islam bulih bersatu atas dasar parti atau semangat nasionalis..atau segala macam isme2.kerana manusia yang dijadikan ALLAH ini WAJIB BERSATU atas dasar akidah islamiah yg mana Nabi Muhammad berdakwah selama 13tahun kepada sahabat2 baginda yg turut dijamin ke syurga!
    HAAAA..org melayu yg sibuk beno dgn kaum kerabat, sahabat handai, kroni dan sbgnya..dah sah demer tu berassobiyah..takde der assobiyah yg di benokan dalam islam ok!
    SO balik ke jalan ALLAH dengan pegang 2 tali tu ler sepatut dan selayaknya kita yong oii!

    cheers

    nak dengo komen org yg cenderong ngn sosial''is..n seumpamanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam shah ashburn

      Malangnya, dalam ada ada pemimpin yang assobiyah. Tak tahu hadis mana pulak yang digunakan untuk membenarkannya.

      Bertanding kat KD itu kununnya ada hadis yang benarkan jugak.

      Delete
    2. salam Yong,

      org kita ramai yg tahu assoniyah dan makna secara harfiah..tetapi menterjemahkan secara umum dgn terus menjatuhkan hukum kpd umno shj yg berassobiyah..sedang maksud assobiyah itu luas..cuba yong tengok nnt ya..sy x pandai sgt but ada la membaca! isme2 nih x main langsung pon sy nih..sama seperti mazhab..yg mana baik utk di amalkan sy akan amalkan..kecuali jika ianya menyalahi hukum syarak!

      Delete
    3. Salam Shah ashburn

      Kalau assobiyah itu bermaksud ethnocentrism = menghakimi budaya yang lain semata-mata melalui nilai-nilai dan standard budaya sendiri, maka adalah dia di kalangan ahli PAS.

      Delete
  3. nampaknya bukan sahaja ulama yg dikatakan suka menghukum..yang bukan ulama pun berani menghukum..melabelkan org lain munafik adalah tuduhan yg berat..dewasa ini ramai yg mengutuk dewan ulama berlagak lebih ulama dari ulama..mengapakah fenomena in berleluasa..mungkin ada yg berkata salah dewan ulama..sekarang ini ramai yg bukan bidang agama pun dah menjadi ulama..tafsiran dibuat mengikut logik dan akal..bila ada yg mempertahankan ulama..dikatan taksub..ulama bukan maksum..budak pun tahu hanya rasulullah sahaja yg maksum..kalau org yg belajar agama yg dalam gerakan islam pun tidak maksum apatah lagi yg bukan ulama..tegurlah dengan berhemah bukan didorong hawa nafsu dan kebencian..janganlah menuding jari bermulalah dengan diri..kepada allah swt kita berserah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam upu selayangpermai

      Lebih baik sekiranya ulama PAS diam aje kalau ditemubual oleh akhbar utusan. Ini kerana utusan menang ada agenda nak memecahbelahkan PAS. Jadi macam Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. Utusan tak berani mainkan dia.

      Yang mengata ulama munafik tu bukan Yong. Tapi Yong ada kata "yang munafik itu bukan ulama." Ini termasuklah yang memakai jenama "ustaz" "professional" atau "aktivis." Makhluk ini ada dalam parti yang didominasi orang Melayu Islam seperti PAS, PKR dan UMNO.

      Ramai juga ustaz terus menggelar dirinya ulama walaupun tidak layak. Baca tulisan ustaz Idris Ahmad: http://yongsukakuning.blogspot.com/2013/09/memiliki-segulung-ijazah-bukanlah.html

      Delete
  4. Yong dan Pembahas,

    UMNO Baru bila nak masuk ke Sabah ( Sebab undi popular PRU 1990, UMNO hanya dapat 46% je kat semenanjung - tu pasai depa pi sabah) sekitar tahun 1992/93, depa dah ubah status UMNO Baru dari parti melayu kepada parti bumiputra. Depa ubah perlembagaan depa dalam satu EGM dimana keahlian UMNO Baru dibuka kepada semua bumiputra tak kira melayu atau tidak, Islam atau tidak.

    Mengapa depa buat macam tu? Sebab masa depa nak masuk ke sabah tu, penggal parlimen dah masuk separuh( PRU di adakan tahun 1995), masa suntuk kerana majoriti rakyat sabah pada masa itu adalah bumiputra bukan melayu dan bukan Islam!...Projek M, bagi IC kat pendatang Islam belum statrt lagi. Hangpa boleh agak le mengapa projek M tu mahathir buat!

    Apa makna bila depa buka keahlian UMNO Baru kat semua bumiputra tu? Maknanya status UMNO Baru diubah dari sebuah parti melayu/Islam kepada parti bumiputra sama seperti parti taib Mahmud, Parti Persaka Bumiputra Bersatu(PBB). parti taib mahmud ada semua kaum bumiputra tak kira ugama, iban pun ada. Timbalan presiden kanan PBB ialah Alfred Jabu, seorang Iban Kristian. ------> fakta 1 ulamak UG PAS tak tahu!...ke pura2 tak tahu?

    Fakta 2 Ulamak UG PAS tak tahu atau pura2 tak tahu?: terdapat ramai bumiputra bukan melayu bukan Islam menjadi ahli UMNO di sabah. dengar kata puluhan ribu juga!...mereka inilah yang memberi sumbangan besar kepada kemenangan kerusi-kerusi UMNO Baru di Sabah

    Jadi bedasarkan 2 fakta diatas, hangpa ingat UMNO Baru sanggupkah kehilangan kerusi-kerusi selamat mereka di sabah dengan bekerjasama dengan PAS dalam UG dan mengkhianati ahli-ahli UMNO bumiputra bukan melayu dan bukan islam yang ramai kat sana?

    Ini test kejujuran UMNO baru yang terhegeh-hegeh nak bekerjasama dengan PAS....sanggup atau tak sanggup UMNO Barukehilangan kerusi-kerusi fixed deposit mereka di Sabah semata-mata nak berUG dengan PAS kerana kepentingan politik mereka di semanjung sahaja?.....hangpa ingat puak-puak UG dalam PAS sampai tak fikir senario ini?

    Seperti saya kata, UMNO Baru hendak berUG dengan PAS hanya kerana nak mengekalkan pengaruh mereka yang semakin merosot akibat semakin ramai orang melayu mula sedar dengan penipuan UMNO Baru yang tidak segan silu mengkhianati orang melayu. Tambahan pula, pengaruh mereka diluar bandar juga semakin menurun dimana semakin ramai orang muda berhijrah ke bandar atau semi-bandar atas faktor ekonomi dan meninggalkan golongan tua dikawasan luar bandar yang semakin kurang untuk menyokong mereka.

    The best partnya, puak-puak UG aku rasa tak paham apa pun agenda UMNO Baru nak sembelih mereka hidup-hidup. Apakah jawatan-jawatan dan kehidupan senang mengabui mata-mata mereka termasuk pak lebai-pak lebai yang menjadi kepala kumpulan mereka?

    bat8

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Yong dan semua.

    Assobiyah tu adalah membiar dan membenarkan kezaliman yang dilakukan oleh parti, puak, bangsa, kerabat, kroni, kaum, kawan, sedara, sahabat sendiri dll terhadap orang lain dan tidak berusaha mencegahnya.

    Perkara ini pernah berlaku pada zaman Rasulullah saw apabila ada dikalangan umat islam yang datang berjumpa dengan Rasululllah saw untuk meminta keringanan dan pelepasan hukuman kerana yang melakukan itu adalah puak mereka (orang ternama pada zaman tsb).

    Maka apa jawapan Rasulullah saw. Sabda baginda yang mafhumnya "Jika Fatimah binti Rasulullah ini mencuri, tetap akan ku potong tangannya"

    Kenapa "binti Rasulullah" diungkapkan bukan binti Muhammad, kerana nak menunjukkan bahawa hukum tidak memilih bulu, hatta anak Rasulullah sendiri berada dibawah undang-undang, bukan diatas undang2.

    Maka atas dasar inilah kita menentang amno/bn, kerana jika puak2 amno/bn yang melakukan kesalahan, akan dibebaskan, jika orang lain, ahli parti lain akan dikenakan hukuman. Bukan asas bangsa 100% yang menyebabkan seseorang itu jadi assobiyah.

    Lama teman tak mengomen dilaman Yong neh. Sihat ke Yong?

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.