Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 23 October 2013

SATU SOALAN BUAT TNB

INIKAH EMPANGAN CAMERON HIGHLAND ITU?

Sebuah empangan membentuk tasik yang kelihatan indah dan tenang.

Sebuah empangan hidro perlukan penyelenggaraan. Sungai tidak diketahui isinya. Apa-apapun masuk ke dalam sungai. Dari bahan hakisan, kumbahan, kayu dan dedaun reput, pasir halus dan bahan berbutir. Semua bahan-bahan ini akhirnya mengalir sehingga sampai di empangan, di mana ia terperangkap. Apabila air berhenti bergerak, mendapan jatuh ke bawah takungan dan mula terkumpul. Jika dibiarkan, akhirnya sedimen (lumpur dan lain-lain) menjadi begitu banyak. Macam-macam boleh terjadi kalau tidak dibersihkan. Misalnya ia boleh jatuh ke dalam saluran paip, dan merosakkan peralatan penjana. Ataupun, ia memenuhi kawasan takungan air, dan menyebabkan kehilangan ruang penyimpanan (storage) air.

Jika hujan lebat turun, ia akan menyebabkan air melimpah dengan pantas. Akibatnya, peralatan penjana akan terjejas ataupun, lagi teruk jika empangan pecah. Oleh kerana itu sedimen perlu dikeluarkan dari takungan. Maknanya empangan perlu dibersihkan. Ia perlu dilakukan dua tahun sekali, selalunya di waktu malam.

Soalan Yong buat TNB ialah:

Bilakah kali terakhir empangan ini dibersihkan?
 
Berikut salah satu gambar tragedi masalah empangan:

Keadaan di kawasan sekitar di Lembah Bertam yang musnah dan dipenuhi lumpur dalam insiden Empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet dekat Cameron Highlands yang terpaksa melepaskan air ekoran paras air yang melimpah secara mendadak awal pagi Rabu. Foto SAIFUL BAHRI / THE STAR
 
JANGAN SALAHKAN KETENTUAN ALLAH

Mohon pencerahan dari TNB.

11 comments:

  1. Salam, kak yong.

    They had no choice (??), terpaksa melepaskan air. Mereka tak boleh buat apa-apa melawan ketetapan yang ditakdirkan (??). Ini semestinya tiada kena-mengena kelemahan pengurusan manusia di TNB yang telah banyak berjasa menerangi hidup rakyat jelata sejak berzaman.

    Meskipun demikian, this is just a storm in a cup of coffee. Rakyat yang melihat insiden menyayat hati sebegini disarankan bersyukur sebab negara kita masih lagi aman, stabil, tiada perang seperti di Iraq, Syria & selatan Thailand. Minyak petrol pun masih antara terendah di dunia. Inflasi pun masih terbaik. Perkapita pendapatan amat baik.

    Oleh itu marilah kita kekalkan pemerintahan kerajaan pimpinan BN. Terima kasih.

    - mutiara kata oleh, pemikir Fact-ul B-erry

    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz,

      Yong setuju dengan miker. Memang ada yang tak kena. Selama ini bukankah kita sering mendapat hujan yang lebat? Kenapa ka jer? kenapa kali ini kena buka empangan?

      Itu persoalannya.

      Bila TNB diswastakan dan banyak kerja dioutsource sebab nak bagi duit pada kroni, inilah yang ditanggung rakyat.

      Delete
    2. Entah ler kak yong... Apa insiden pun deme have the media citadel, deme boleh damper the impact, people anger, angst .. akan bagi logical reasonings, palatable ones untuk minoriti 47% & on-fence silent people.

      There will always be escape route for the loose cannon, culprits, mesti adegan yang ada elemen crucifixion, scapegoat. They will always 'win'...huhuhu.

      Maybe we worry too much.. they don't. Sabo aje le.

      Delete
  2. Assalam....Yong, bila sebut 'tragedi' rasanya macam pihak berkenaan cuba nak letakkan kesalahan pada Allah? Rasanya, eloklah kalau penduduk semua bersatu dan lantik barisan peguam untuk saman pihak berkenaan dan kerajaan sekiranya ada unsur kecuaian dalam menguruskan empangan dan ketika air penuh. Atau, adakah ini satu lagi hasil kebodohan yang tidak boleh didakwa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sizzly

      Itulah jahatnya demer. Bila terjadi sesuatu yang buruk, terus salahkan takdir. Sedangkan kita yang merancangnya. Kalau rancangan itu baik, maka dapatlah barokah. Kalau buruk, dapatlah bala.

      Sudahlah demer kata kalimah Allah itu milik Melayu Semananjung Malaysia sahaja...kerana di Sabah dan Sarawak, Melayu boleh kongsi kalimah Allah itu...

      Delete
  3. Haiiii.. salam kenal yea...
    Done follow sini no. 173
    Jom follow me back.. heeeee..
    Leh saling kunjung mengunjung pasni...
    http://tengkubutang.blogspot.com/ dan
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tenku butang

      Maaf. Yong tak follow blog yang jual-jual barang atau hiburan.

      Delete
    2. Salam Yong,
      Teman selalu gak ke Cameroon tu. Kekadang lalu highway baru Ringlet ke Fort Betau dan keluar ikut FELDA Sg Koyan. Ada gerai makan FAMA kat situ jual masakan Pahang. Sedap juga. Lepas tu pekena lemang kat restoren tepi jalan di Kuala Repas, Bentong sebelum ke KL. Klass...
      Sorry melalut out topic.
      Yang teman nak kabor, tasik empangan tu selalu ada kapal jengkaut mengorek tanah merah kat dasarnya. Dari pengamatan teman, dasar tasik tu dah cetek sebab air sungai-sungai kat Cameroon tu dah sama kaler dengan teh tarik. Malah lagi kaw.
      Kalau jadi limpahan air empangan tu macam 2hari lepas, teman tak heran. Memang dah agak dah. Tapi teman sedih la sampai perkara ni jadi trajedi. Takziah kepada semua mangsa. Tapi teman tetap berpendapat benda ni boleh dielak. Ada banyak orang tak buat kerja mereka yang sepatutnya kat situ...

      Delete
    3. Salam Mohamad Daud Sulaiman

      Hmm...terima kasih kerana memberi pencerahan.

      Kaut tanah kat dasar tu satu kerja yang baik. Tapi kalau dasar sungai dah cetek, maknanya usaha tu tak cukup. Maknanya tanah merah dan selut itu bergerak dan terkumpul lebih laju dari kerja mengoreknya.

      Setiap empangan ada saluran yang boleh dibuka untuk membuang selut dan mendapan. Tak tahu le kot saluran inipun tersumbat dengan tanah merah dan selut.

      Benar. Kalau orang amanah buat kerja, benda ini boleh dielakkan.

      Heran gak. Tanah merah tu datang dari mana, kalau bukan dari hakisan tebing? Bagaimana ia boleh terjadi? Pembangunan di lereng bukit? Pembalakan? Deforestation?

      Delete
  4. Salam Yong..pasei hakisan hanah yg teruk di Cameron ni bukan hal baru..karam singh walia dah buat liputan...siap naik heli lagi, dan dah banyak kawasan bukit yg gondol...kalau kita naik ikut spg pulai dan lalu kg raja tu...memang tak nampak tanah dan pokok2 dah..sume dah jadi 'ladang' sayur..pantang ada tanah kosong...kami pun selau jugak singgah kalau balik ke kuala kangsar tu tapi memang seram la sebab Nampak jelas pokok2 tumbang dilereng bukit dan tanah merah terdedah..bukit2 macam 'luka'..siapa jaga Cameron highland? perak ke pahang??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam pupawangi

      Ikut kawasan, Cameron Highland milik Pahang. Tapi oleh kerana ia dekat dengan Tapah, maka pentabirannya agak rumit, sebab Tapah itu di Perak. Jadi perkara itu kena tanya pegawai daerah Tapah.

      Kalau berlaku deforestation, di Tapah atau di Cameron Highland sudah tentu akan mempengaruhi kawasan watershed tersebut. Jadi kedua MB kenalah jawab.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.