Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday, 21 October 2013

TERIMA KASIH PERWAKILAN UMNO KERANA TELAH MENGHIBURKAN KAMI...

UMNO DIPENUHI ORANG BODOH, KATA CHEDET

Awal lagi Yong dah bagi amaran kepada Chedet (baca di sini). Asas amaran ini datang dari UMNO, parti yang Chedet cuba nak selamatkan. Anak kesayangan yang "tidak bodoh" berbanding dengan pemimpin UMNO lain yang Chedet kata bodoh, akan kalah dalam pemilihan jawatan Naib Presiden UMNO. Tapi komer tak percaya. Over-confident.

YANG MENANG BOLEH SAMBUNG GELAK BESOR

Signal yang jelas Mukhriz akan kalah ialah kemenangan KJ dan Sharizat - pejuang ekonomi Melayu era baru UMNO ini. Sebagai permulaan ekonomi peribadi demer telah diperjuangkan.

MUNGKINKAH KITA AKAN MELIHAT LAGI BABAK SINSING LENGAN?

Tak percaya, siasat le akaun bank demer. Dari mana datang dan kemana pergi RM...RM?

KALI INI TIADA ZAHID ATAU ISHAM MEMUJUKMU-ALAHAI... 

Seperti madah bekas pemimpin agung UMNO:

"Saya dapati budaya rasuah masih berleluasa dan mereka yang mengundi dalam pemilihan hanya didorong oleh kerenah politik wang."

"Saya sendiri semasa bertanding di peringkat bahagian Umno terpaksa menyalurkan RM200 seorang. Jadi anda boleh bayangan berapa banyak yang telah dihabiskan sehingga saya menjadi Perdana Menteri,"
(TMI

Setelah rakyat mengeluh dan berhempas pulas kerana kenaikan harga minyak yang diikuti dengan kenaikan harga barangan dan diiringi oleh GST, rakyat disajikankan pula dengan jawak jenaka finale  babak drama Transformasi Najib!

Jangan menangis! Kalau semua agenda transformasi ini gagal, masih ada TPPA untuk meningkatkan dayasaing Malaysia di peringkat ekonomi global!

Oleh itu, gelak sajalah sebelum gelak itu dikenakan cukai!

Ha Ha Ha Ha Ha Ha Ha Ha Ha Ha Ha Ha Ha Ha Ha Ha Ha!

 PERKASA EKONOMI BUAT SIAPA?

ENDLESS POSSIBILITIES


4 comments:

  1. Yahoo......tahniah UMNO kerana selesai pemilihan! Dan yang paling penting dan signifikan ialah UMNO telah berjaya meng'establish'kan dan menginstitusikan 'rasuah' dan 'perasuah' sebagai komponen penting ciri-ciri kepimpinan dalam mengurustadbir negara 1Malaysia!! Ahli UMNO......adalah kebodohan yang tidak boleh didakwa dan Endless stupidities.......!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sizzly

      Tidak lama lagi pendapatan negara kita akan meningkat kerana GST dan kenaikan harga minyak tanpa henti...

      Ketawalah sebelum ketawa itu kena cukai.

      Delete
  2. banyak sangat yang bodoh dari yang cerdik jadi pemimpin, yang hancurkan orang melayu nanti pemimpin yang nampak cerdik tapi bodoh, bangang dan bongok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam abu nawas

      Salah pemilih yang juga bodoh.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.