Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 12 November 2013

BANYAKNYA PINTAL DAN PUTAR DALAM POLITIK PAS

Tajuk N3 ini adalah terjemahan dari bahasa Inggeris "The many twists and turns of PAS's politics."

Kenapa pula politik dalaman PAS menarik perhatian UMNO?

Kita kata dengan UMNO, "Jagalah tepi kain sendiri" kerana tepi kain UMNO pun banyak yang terkoyak.

Tapi suka tak suka, siapa yang mengurus pucuk pimpinan dalam PAS nanti ada kaitan langsung dengan cita-cita beberapa pihak yang mahu PAS berpadu dengan UMNO.

Adakah struktur perpaduan itu nanti sama dengan idea Kerajaan Perpaduan (UG) yang pernah dilontarkan oleh Presiden PAS pada satu masa dahulu? Tentunya tidak sama.

Presiden PAS mahu PAS dapat memainkan peranan yang lebih dominan dalam pentas politik orang Melayu atas nama Islam.

UMNO pula mahu meneruskan dominasinya dalam politik Malaysia yang merangkumi Sabah dan Sarawak - atas nama kebangsaan.

Bagaimana boleh dua entiti politik yang mahu dominan di kalangan orang Melayu boleh berkongsi kuasa?

Pastinya salah satu akan kalah.

UMNO tidak pernah dilihat mahu berkongsi kuasa...

UMNO hanya berkongsi laba sahaja dengan rakan-rakannya yang sama-sama merompak harta rakyat seperti dalam skandal PKFZ, NFC dan lain-lain...

Ahli PAS jangan mimpi UMNO akan menyerahkan dominasi itu kepada PAS dengan melantik pemimpin PAS jadi Timbalan Perdana Menteri...Mustahil. 

Perdana Menteri PAS jika bepadu dengan UMNO? Tunggulah kalau-kalau lembu boleh terbang.

Pastinya idea Kerajaan Perpaduan yang disebut oleh Presiden PAS itu jauh berbeza dengan idea UMNO.

Ini kerana UMNO hanya ingin menyambung hayatnya sahaja.

Dengan adanya tangan-tangan ghaib ini, maka hari ini ahli PAS berhadapan dengan kempen pemilihan paling kotor dalam Sejarah PAS.

Dua insan yang paling banyak diserang ialah Mat Sabu dan Zul Hazmi.

Mengapa asingkan dan serang dua calon ini?

Zul Hazmi ialah peguam KASE yang begitu lantang menentang pelaksanaan AES - lubuk emas UMNO.

PATUTLAH UMNO MARAH PADA DIA, TAPI YANG "PAS" IKUT SAMA MARAH TU APA HAL?

Mat Sabu pula, mungkin kalah di Pendang, tetapi telah membantu Pakatan Rakyat menang di tempat lain. Inilah yang ditakuti UMNO.

Serangan ini begitu intensif dan diselaputi kulit luar seolah-olah ia datang dari ahli PAS. Lihat saja facebook khas yang diwujudkan untuk menyerang Mat Sabu dan Zul Hazmi. Mat Sabu digelar "bapa anjing," Zul Hazmi digelar "anjing."

Adilkah serangan ini? Sedangkan kedua insan ini adalah pejuang yang menentang kezaliman?

Adakah UMNO sedang mempertahankan ulama? Jauh panggang dari api. Lihat saja bagaimana UMNO (BN) menyerang Tuan Guru Nik Aziz, seorang ulama PAS yang disegani di seluruh dunia.

Perwakilan perlu bijak menilai sebelum membuat keputusan.

MAHU PILIH JAMBATAN PENGARUH YANG MENGHUBUNGKAN PAS DENGAN MASYARAKAT LUAR?

MENYUBURKAN DEMOKRASI?

Yong hanya mencari keadilan.

Untuk mendapatkan maklumat (visi, tag-line, etc) calon Ketua Pemuda, sila buka facebook Suhaizan Kayat di sini 

9 comments:

  1. Kot ye pun nak berkempen, janganlah menghina Nik Amar dgn ikan Singgang. Hang buat dosa dgn dia ni. Banyak lagi idea bernas yg dia keluarkan, hang tak kabo. Apa cerita ni jadi macam utusan ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takkan malu buat business ikan singgang kot? Ia satu business yang bagus kalau buat RnD secara scentific. Macam business budu jugak. Ia sudah berkembang dengan packaging yang baru.

      Delete
  2. Saya suka Yong dan suka komen ulasan@ teguran yong kepada isu politik dalaman Pas sekarang.Saya tak suka ulas isu-isu dalaman pas untuk elakkan pergaduhan sesame sendiri tetapi saya khuatir apa akan jadi kepada Pas nanti jika tersalah pilih pemimpin yang lebih mementingkan kroni dari rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ijoks,

      Yong sayang PAS dan PR. Sebab tu Yong tegur. YB ialah Yang Berkhidmat. Ia satu amanah yang besar. Sangat besar.

      Delete
  3. DeeDee Yong...

    Bersedialah untuk diserang oleh puak-puak yang dibekap oleh UMNO dibelakangnyer.... hahahaha.... sabor jer la ... benda betul pon diorang masih nak twistkan lagie...

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Alahai...Ada ke Yong terkutuk ulama demer? Takde kan? Ada Yong hina peniaga ikan singgang? Takde juga kan? TMB Kelantan nak tolong peniaga ikan singgang. That is a fact.

      Delete
    2. Deme tu cepat benor terasa hati...benda tak ada apa-apa pun salah. Ker saje aje dia cakap/tulih macam tu just wind us up.. provokasi ?!! Entah dia.

      Kot dah tahu diri deme tu - pemimpin, ah-bah-lul a.k.a ahli, penyokong PAS - jenis cepat kecik hati, tak jiwa besor elok takyah le menyibuk hal politik. Duk rumah tengok tv + baca le Utusan tu...hehe

      Dunia politik memang kena agak kacau...tu kena ada jiwa besor, tahan teguran, kritikan (membina) orang. Baru seswai bawak ke tepi ke tengah.

      Kan kan Kak Yong?

      Delete
  4. Salam Kak Yong.

    These twisted, power crazy chaps really chap our ***. Kot ye pun nak naik pangkat + 'tolong PAS in winning more Malays hearts dlm PRU14 nanti', agak agak le sapa yang sokong dia ni pun. Setakat nak make up the numbers for more top scholarships, buat apa sangat?

    Teman pun tak kisah sapa vs sapa. TAPI kan kak yong...Mat Sabu ni, a living proven battlefield General/Commander (whaever that be) in this political war. For long ages. Dia bukan ustaz/ ulamak..so be it. TAPI kerja buat, komitmen, approach dia banyak dah membantu build up performance, persepsi umum ke PAS. Lately, mainly to non Muslim.

    Dulu dulu approach dia memang agak agresif a.k.a. "ayam sabung", kira nak mematuk lawan dia saje. Mungkin dia dah apply himself "budaya politik baharu" lebih harmoni, chose his words. Pun begitu, cakap dia masih sentiasa berlapik with facts. Kalau tak habih ler dia, tak larat dia nak bayo saman le.

    Kot dia kalah pemilihan muktamar kali ni, selepas perwakilan dah qiamulail tiap tiap malam solat tahajud, doa minta petunjuk Allah...OK thats fine with us. Dia akan tetap Mat Sabu macam kita kenal le.. tak kenal putus asa & kecewa, dia akan terus buat kerja in another way. Kalah menang adat le in any contest, game (of power). Cuma, kita akan miss his sense of humor & wits.

    Kita nak some1 pedigree macam dia. Ir. Nizar tu seswai tempat ni.. in near future kot? Boleh berdepan apa saja thrown at him...serba boleh - boleh berdepan dengan anggota & pegawai PGA bila demo, boleh senyum bila kena tangkap, dihukum penjara, ISA, boleh pong pong pong ceramah ke sana ke mari, boleh jadi diplomat between PAS & non Muslim, DAP, NGOs. Most important thing, dia tak layan interbiu, soalan Press Conf. drp media 'sekufu' UmNo macam Utusan tu. Tentunya, ada a trick up their sleeves. Buat apa sesetengah pemimpin PAS layan deme ni pun teman tak paham. Deme sibuk promosi pemiihan kali ni hanya nak melagakan "2 ikan laga" kita saja.. kasi hangat...tu pun deme tak reti reti lagi...iskhh 2x

    Us. Mohd Amar ada??? Mungkin dia ilmu agama tinggi. Diplomasi, toleransi dia amacam? Kot ye dia memang ada sifat terpuji kepimpinan Islamik, certain sikap + boleh tambahbaik lagi apa yang sedia ada, OK silakan...my vote is for him then.

    Kot saja dia & puak dia nak cube nasib jawatan Team-Balan-ce Presiden + nak idea UG atau bawak PAS lebih ekstrem & rasist untuk "lebih Melayu" saje?? Oh NO...defo, RENTIkan aje le.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      Well said. Beautiful. I copy paste on my wall. Wish every young men in Malaysia can think clearly...

      Some wish! Even certain old man suffers thinking problems...

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.