Oleh kerana ramai yang tidak tahu bagaimana ahli MSU dilantik dan kedudukan mereka sekarang, di sini Yong "cut and paste" tulisan dan ulasan peguam Zulhazmi Shariff mengenainya.
Tulisan ini menyentuh persoalan perundangan mengenai kedudukan ahli Majlis Syura Ulama dan keabsahan keputusan majlis tersebut.
Bacalah dengan teliti sebelum komen:
1 hr ·
RIWAYAT MAJLIS SYURA ULAMAK PAS
Majlis Syura Ulamak PAS ditubuhkan di bawah peruntukkan Fasal 8 (1) Perlembagaan PAS. Dianggotai oleh tidak lebih daripada tujuh belas (17) orang yang dilantik oleh badan-badan berasingan yang memegang jawatan untuk tempoh lima (5) tahun.
Fasal 8 (4) Perlembagaan PAS menyebutkan bahawa Ahli-Ahli Majlis Syura Ulamak hendaklah dilantik empat (4) orang oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, empat (4) orang dilantik oleh Dewan Ulamak PAS Pusat, dua (2) orang dilantik oleh Dewan Pemuda PAS Pusat, dua (2) orang dilantik oleh Dewan Muslimat PAS Pusat manakala baki tidak lebih dari lima (5) orang dipilih oleh dua belas (12) orang ahli yang telah dilantik melalui dan dengan persetujuan mesyuarat.
Kesemua 17 orang ahli Majlis Syura Ulamak hanya memegang jawatan untuk tempoh lima (5) tahun dan boleh diperbaharui keanggotaannya oleh pihak yang melantik.
Fasal 8 (4)
Empat orang daripada ahli Majlis Syura 'Ulamak itu hendaklah dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan empat orang yang dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Dewan ‘Ulamak PAS Pusat dan masing-masing dua orang yang dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat dan Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat dan tidak lebih lima orang yang baki itu dipilih dan dilantik oleh Majlis Syura 'Ulamak itu sendiri. Keahlian seseorang ahli majlis itu boleh diperbaharui oleh pihak yang memilih/melantiknya setelah tamat tempoh tersebut.
Majoriti ahli PAS mengenali siapakah ahli Mahjlis Syura Ulamak tetapi tidak semua yang tahu bilakah mereka dilantik menjadi ahli Majlis Syura Ulamak. Di bawah ialah senarai Ahli Majlis Syura Ulamak yang terbaru :
1) YBhg Dato’ Dr Ustaz Haji Haron Din
(dilantik sebagai Mursyidul Am pada 8 Mac 2015)
2) YAB Dato’ Ustaz Ahmad Yaakob
(dilantik sebagai Timbalan Mursyidul Am pada 8 Mac 2015)
3) Ustaz Haji Nik Muhamad Zawawi Nik Salleh
Setiausaha
4) YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Ahli - Tidak diketahui tarikh lantikan
5) Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
Ahli - Tidak diketahui tarikh lantikan
6) YB Dato’ Ustaz Haji Abdul Halim Abdul Rahman
Ahli - Tidak diketahui tarikh lantikan
8) Dato’ Dr Haji Mahfodz Mohamed
Ahli - Tidak diketahui tarikh lantikan
9) YB Ustaz Haji Hashim Jasin
Ahli - Tidak diketahu tarikh lantikan
10) Dato’ Ustaz Haji Muhammed Daud Al-Iraqi
Ahli - Tidak diketahui tarikh lantikan
11) YB Ustaz Nasrudin Hassan Thantawi
Ahli - Tidak diketahui tarikh lantikan
12) Ustaz Zaharudin Muhammad
Ahli - Tidak diketahui tarikh lantikan
13) Ustazah Wardah Tahir
Ahli - Tidak diketahui tarikh lantikan
14) Ustazah Nadzirah Mohamad
Ahli - Tidak diketahui tarikh lantikan
15) YB Dr. Johari Mat
(dilantik pada 22/11/2013)
16) YB Dato' Dr. Hj Mohd Khairuddin Aman Razali
(dilantik pada 22/11/2013)
17) YB Ustaz Haji Idris Ahmad
(dilantik pada 12/4/2014)
Melalui carian maklumat di beberapa sumber, telah didapati bahawa
a) Dato' Seri Hj Abdul Hadi, Dato' Tuan Ibrahim, Dato' Hj Abdul Halim dan YB ustaz Idris Ahmad adalah lantikan daripada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
b) Dato' Hj Ahmad Yaakob, Dato' Nik Zawawi, Dato' Hj Muhammad Daud Iraqi dan Dato' Dr Mahfodz dilantik oleh Dewan Ulamak PAS Pusat.
c) Ustaz Nasruddin Hassan dan Ust Zaharuddin Muhammad dilantik oleh Dewan Pemuda PAS Pusat
d) Ustazah Wardah dan Ustazah Nadzirah dilantik oleh Dewan Muslimat PAS Pusat
e) Nama-nama yang tidak disebut adalah dilantik oleh Majlis Syura Ulamak sendiri.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi juga adalah bahawa lantikan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dewan Pemuda PAS Pusat dan Dewan Muslimat PAS Pusat ialah pada tahun 2010 yang mana jika dikira ianya telah cukup tempoh lima (5) tahun.
Justeru ada di kalangan Ahli Majlis Syura sudah tamat tempoh keanggotaan mereka yang samada perlu diperbaharui oleh pihak yang melantik atau pihak yang melantik boleh melantik orang lain menggantikan mereka yang telah tamat tempoh.
Jika Ahli yang telah tamat tempoh masih menghadiri mesyuarat yang dijalankan, dan sekiranya hanya dengan kehadiran mereka korum mesyuarat itu cukup, maka mesyuarat tersebut adalah tidak sah dan segala keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura adalah tidak sah dan terbatal.
ADALAH diminta kepada pihak-pihak yang berkenaan yang melantik ahli-ahli Majlis Syura ini untuk meneliti kembali tarikh perlantikan ahli-ahli Majlis Syura. Jika Mursyidul Am dilantik dalam keadaan keanggotaannya sudah tamat tempoh, maka beliau tidak berhak memegang jawatan sebagai Mursyidul Am.
Setiausaha Agung PAS, Setiausaha Dewan Ulamak, Setiausaha Dewan Pemuda dan Setiausaha Dewan Muslimat perlu meneliti semula perlantikan dan seluruh badan dan dewan-dewan tersebut hendaklah melakukan perkara yang perlu.
PERLEMBAGAAN DIPERTAHAN, PERJUANGAN DITERUSKAN.
ZULHAZMI SHARIFF
22052015
Persoalan yang dibangkitkan peguam KASE @ ahli PAS Zulhazmi Shariff tidak boleh dipandang sepi oleh pemimpin PAS.
Persoalan ini jangan jadi hilang tak tercari, lulus tak berselami.
ulamak mana ada lantikan , lantak merekalah nak menjawat.....
ReplyDeletesendiri buat perlembagaan, sendiri langgar. pemimpin kebal dr sebarang tindakan. sama ler mcm umno.
ReplyDeletelaungan pas ganti umno cuma retorik. PAS DAH JADI UMNO malah lebih teruk lagi!!!
spesis tolol telah ditemui
ReplyDeleteMereka bertugas kerana Allah, apa perlu lantikan?
ReplyDeleteTu je la alasan ko sabtu..bg alasan tlg guna akal..dh nmpk mnyeleweng pn masih nk guna alasan tu lg..
ReplyDeleteSalam yong
ReplyDeleteMajlis Suka suka Ulamak ( MSU )..x blh nk kata ape2 yong..lantak ke demer le yong..
Apa ahli ahli Pas bekerja bukan kerana Allah? Pas jadi NGO Lah!
ReplyDeletePeraturan berorganisasi..mesti kena patuh! Macam lesen memandu..kalau dah luput tarikh sah kena renew! Walaupun pandai memandu! Kalau tidak susah kalu berlaku apa2.. bukan boleh main lantak sebab ulamak! Dan bukan boleh main tak perlu lantikan kerana bertugas kerana Allah..
ReplyDeletepeelantikan dr harun din baru berapa bulan kan ker tempoh 5 tahun.agak2 ler nak tembak kalau pun benci
ReplyDelete