Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday 3 November 2013

BERNAMA KANTOI! CALON BN BUKAN SEORANG PROFESOR!

Awal-awal media pencacai dah twit seorang profesor akan bertanding di Sungai Limau! Malangnya  pencacai itu ialah BERNAMA!

BERNAMA MENIPU

Bernama mengulangi ceritanya, seorang profesor akan dipilih bertanding di Sungai Limau:

TAK TIPU BUKAN UMNO NAMANYA

Pada hari penamaan calon, Bernama masih terus menipu, calonnya ialah seorang profesor:

UMNO DESPERADO NAK JUGA INTELEK JADI CALON

Berita itu kemudiannya dicanang oleh TV3, UMNO on line dan macai-macai UMNO di alam siber:

MACAI PUN DITIPU BERNAMA?

Tentulah penyokong UMNO bangga kalau benar seorang profesor bakal menjadi ADUN di Sungai Limau. Namun hakikat adalah sebaliknya. Cuba lihat CV calon BN ini:

MANA ADA SEBUT PROFESOR?

Dalam CV rasmi dari UPSI itu jelas menyebut, Dr Ahmad Sohaimi bin Lazim, seorang Pensyarah Kanan DS52. 

Aduhai...! DS52 jauh lagi nak sampai ke Profesor, weh! 

Dia kena melalui DS54 (Profesor Madya), kemudian baru pergi ke VK7 (Profesor Grade Khas C). Untuk sampai ke tahap Profesor kenalah buat banyak penyelidikan! Kena buat pembentangan kertas kerja di peringkat antarabangsa dan menulis dalam jurnal yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Calon BN ini mendapat PhD pada tahun 2008. Sebab tu dia masih berada ditakuk DS52, walaupun usia sudah 52 tahun. Dalam CVnya juga tiada disebut penyelidikan yang hebat. Cuma ada 2 buah aktiviti penyelidikan, dan keduanya mendapat grant universiti, di bawah RM10,000 sahaja.

DUA PENYELIDIKAN SAHAJA BOLEH JADI PAKAR?

Inikah saja tahap kualiti ahli UMNO yang ada PhD?

Bernama saja-saja letak Prof. Dr depan nama calon supaya nampak hebat?

Alahai...Bernama....Kamu tu lidah rasmi Kerajaan Malaysia. Kamu digunakan sebagai rujukan media antarabangsa. Satu dunia baca kamu. Jangan buat lawak bodoh boleh tak?

Kamu dah kempen untuk BN cukuplah. Tapi, jangan buat perangai macam pencacai. Jangan le desperado sangat nak tunjuk kepada satu Dunia calon BN berkelulusan tinggi. Sampai kelayakan professional calonpun kamu nak auta.

Berikut link yang boleh dirujuk: 


ENDLESS POSSIBILITIES

6 comments:

  1. Assalam....Yong, patutlah dalam TV3 suku kita dapat lihat betapa kekoknya Dr.Sohaimi bila dalam majlis.....mungkin dia sendiri sedar dan bimbang kemungkinan kantoi tentang gelaran Prof yang diberikan oleh Bernama! Namun oleh kerana nak dilihat intelek maka dia sendiri pun tidak cuba membetulkan keadaan! Itulah....yang cerdik sikit kalau masuk UMNO je terus jadi bodoh! Kalau yang bodoh...terus jadi lembu! Gelaran Professor bukanlah bukti keintelektualan, intelek terletak pada penyampaian idea dan daya fikir yang mantap bersandarkan bukti dan teruji. Ramai Professor yang baik telah bertukar taraf kepada professor 'kangkung' bila bersekutu dengan UMNO kerana idea dan buah fikiran yang macam 'hasan malek' iaitu ba wau da wau ha!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sizzly

      Bagi Yong dia hanyalah seorang pensyarah kanan yang muka tak malu. Mustahil dia tak baca suratkabar dan tak tengok TV3.

      Tapi sebenornya ramai pensyarah low kualiti macam ini. Taklah majoriti. Tapi bilangannya cukup untuk menjejaskan kualiti pendidikan di Malaysia. Demer suka mengampu dan asyik berebut nak pegang jawatan pengurusan. Baik koordinator sampaile ke VC.

      Delete
  2. Replies
    1. Salam opisboi

      Terlebih gule atau tak cukup gule?

      Delete
  3. Salam kak yong a.k.a. Profesor yang tulen...hehe

    Dah kalah pun "Prof" deme tu malam ni, kak yong! Apa pun ucapan tahniah kat Dr. tu kerana berusaha. Tahniah kat UmNo & BN yang dapat turunkan "Prof" sebagai calon & luruhkan segala peruntukan, "hadiah", "pembangunan" dalam 2, 3 minggu ni. Terima kasih daun keladi, ler. Kot ada lagi baki, bak mai bagi lagi ler..haha

    Harapnya ust. Azam tu akan lebih berazam, iltizam untuk usahakan yang terbaik untuk pembangunan rohani & infrastruktur kawasan dia diamanahkan. Amin yaa Rabbul Jalil !!

    ReplyDelete
  4. Salam Hanz Azdi dan Kak Yong

    Teman masa raya puasa dulu kalah undi. Kena ler beraya kat Kedah dulu sebelum beraya di Teluk Bakong dan Changkat Tualang. Masa dok menyorok (sarapan) pagi-pagi di Pekan Rabu, Guar Chempedak, dah ada timbul persoalan nakal siapa nak ganti (Almarhum) Ustaz Azizan kalau dia 'pencen'. Aura yang menjalar time tu adalah Ust Azam. Lawan siapa? Datuk Suhaimi.

    Masa tu orang kampung, mula dari Guar Chempedak sampai ke Padang Lumat dan masuk ke dalam sampai ke Dulang, Sg Limau dan Sedaka dah tau dah siapa lawan siapa. Itu kata orang kampung. Bila SPR dah isytihar ada PRK, macam-macam nama naik. Hasrat orang kampung dan hasrat orang KL, kesemuanya dimajukan kepada ibupejabat parti masing-masing untuk keputusan. Bila diumum, PAS ikut hasrat orang kampung tetapi BN ikut hasrat orang KL.

    Kedua, kawasan PRK Sg Limau adalah kawasan kampung. Tak banyak beza dari zaman Dr Mahathir di Klinik Maha dulu sehinggalah Kilang Petronas ada di Gurun la ni. Sg Limau tetap Sg Limau. Sawah padinya seluas mata memandang. Pulau Bunting dan Gunung Jerai adalah latar belakang tetap kepada pemandangan tersebut. Bagi orang kampung, keutamaannya adalah sakit-pening, hidup-mati, kenduri-kendara dan ikan temenung sekilo berapa ringgit. Inilah keutamaan mereka. Oleh itu, jangan dihina perkara-perkara ini walaupun orang KL tak pernah tahu apa itu ikan temenung. Walaupun orang KL tak pernah makan pulut tanak dengan ikan tamban kering. Apatah lagi kalau yang dicontohkan dengan perkara yang tidak baik itu adalah Ustaz yang paling dihormati kawan ataupun lawan. Itu adalah pantang yang terbesar yang perlu dijaga.

    Ketiga; pemimpin kampung tidak bertemu dengan orang-orangnya dalam majlis bersama rakyat ataupun majlis-majlis khas yang lain. Mereka bertemu semasa solat berjemaah, terutamanya subuh atau magrib. Semasa ada kematian atau sakit pening. Bila dijemput untuk datang kenduri kahwin, bukan datang semasa makan tengahari. Tetapi datang masa majlis tahlil setelah kawah nasi pertama telah kering airnya. Setelah tamat majlis tahlil, sama-sama turut kacau gulai yang tengah mendidih. Tengok-tengokan apa lagi yang tuan rumah tidak cukup. Masa itulah bantuan dihulurkan bagi menyempurnakan majlis untuk tetamu-tetamu tuan rumah yang lain. Bukan untuk pemimpin yang diangkat menjadi ketua di situ.

    Keempat, jangan tipu orang kampung. Memang orang kampung tak akan saman di mahkamah berjuta-juta kalau mereka ditipu. Tapi orang kampung berpegang pada adab dan janji. Bukan duit dan harta yang dipandang. Tapi budi bahasa yang tinggi, itulah yang disanjung. Tetapi orang kampung sekarang juga dah tahu apa itu facebook sebab anak-anak mereka adalah anak-anak zaman IT. Jika bocor penipuan itu di internet, hinalah mereka itu di mata orang kampung walaupun duit berjuta-juta.

    Mungkin orang-orang moden akan mencerca orang kampung kerana 'menolak' pembangunan. Tapi apalah erti pembangunan kalau tiada nasi dipinggan untuk dijamah. Dan nasi itulah antara sumbangan orang Sg Limau yang tahu bersyukur nikmat Allah S.W.T. Kalau tak caya, tanyalah Kak Yong. Deme lama kat New York. Apa itu kerinduan kepada nasi........

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.