Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday, 10 December 2013

JAHATNYA TIADA TERPERI

PM KATA ISRAEL ZALIM (BH)

Di atas itu berita sudah lama. Tahu pulak PM Malaysia mengutuk tindakan Israel itu sebagai "kezaliman." 

Kejadian ini di perairan dekat Rafah yang sedang tegang.
Yang menderita rakyat Palestin.
Yang menghantar bantuan rakyat Malaysia.
Yang menghalang Israel.

CUBA BANDINGKAN DENGAN SITUASI INI:

Kejadian ini di Malaysia yang aman.
Yang menderita rakyat Malaysia.
Yang menghantar bantuan rakyat Malaysia.
Yang menghalang juga rakyat malaysia.

LIHAT APA KOMEN PEMBACA

Berikut keratan berita kezaliman orang yang memakai lencana JPJ itu:

Jelas Nordiana, sepatutnya penguat kuasa JPJ yang menahan lori tersebut lebih berhati perut kerana barangan yang dihantar adalah untuk membantu mangsa banjir, bukan untuk dijual di pasar lambak.

“Kalau lebih muatan dan tidak benarkan lori meneruskan perjalanan, apalah salahnya benarkan kami keluarkan barang tersebut sehingga cukup muatan yang dibenarkan?

“Ini tidak, JPJ terus denda pemandu sebanyak RM150 manakala syarikat lori yang membawa barangan tersebut disaman RM450 tanpa ada tolak ansur sedikit pun,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Lebih teruk, Nordiana memberitahu, penguat kuasa JPJ itu yang agak sombong dan kasar turut menggertak pemandu lori untuk membawa lori tersebut ke stesen penimbang yang bakal dikenakan hukuman lebih berat.

Baca sterusnya di pautan berikut:


Bolehkah mana-mana menteri di Malaysia, kalau bukan PM pun, mengutuk perbuatan penguat kuasa JPJ itu yang membawa nama buruk kepada seluruh agensi Kerajaan di Malaysia negara yang aman damai ini?

N3 berkaitan tentang keharmonian Malaysia di sini

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.