Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday 1 February 2014

ANWAR IBRAHIM BERTANDING DI KAJANG - ADA PEMIMPIN PAS YANG BELUM DUDUK SUDAH BERLUNJUR

Sebenarnya Yong nak diam saja bab Kajang ni. Nak tunggu bila penamaan calon. Nak tunggu siapa panglima BN yang akan dihantar untuk menentang Anwar Ibrahim. Atau mungkin seekor lembu yang dibawa ke pusat penyembelihan. Tapi rakan-rakan asyik tag Yong di sana sini. Jadi...Okaylah, Yong tulis jugak.

Mungkin komer sudah membaca ulasan al-Husseyn secara panjang lebar di sini tentang kenyataan tertentu segelintir pemimpin PAS yang kebetulan duduk dalam kepimpinan tertinggi PAS Pusat.

Mula-mula kita tengok komen Nasrudin Hassan:

SIAPA YANG BANYAK BERJUANG TENTANG GST?

Lihat tarikh facebook. Komen ini dibuat pada 28 January 2014. Tarikh itu sama dengan yang tercatat pada akhbar Harakahdaily edisi online. Nasrudin buat kenyataan sebelum tahu hujung pangkal? Siapa yang berada bersama Anwar Ibrahim semasa pengumuman itu?

BAGAIMANA AJK PAS PUSAT BOLEH HADIR KALAU TIADA RUNDINGAN?

Apa jawatan Hatta Ramli dan Salahuddin Ayub?

Pengarah Jabatan Pilihanraya : 
Yb. Dr Hatta bin Ramli 

Pengerusi Lembaga Pemerkasaan Parti:
Tuan Haji Salahudin Ayub

Tidak relevankah pemegang jawatan itu untuk berada di situ?

Ayat point 5 "Roadshow GST, mobilisasi TURUN seperti tiada makna bagi mereka" amat tidak adil dihamburkan kerana kita tahu banyak mana sumbangan Rafizi dalam mencerakin dan menjelaskan isu GST berbanding dengan beberapa pemimpin PAS. Yong buat ujian ringkas carian Internet menggunakan browser Safari. Keputusan seperti berikut:


RESULT: 300,000

RESULT: 711,000

Nilaikan sendiri apakah makna result pencarian itu?

Benar. Ini negara Demokrasi. Siapapun boleh mengkritik tindakan pemimpin, termasuk Nasrudin Hassan. Tapi Nasrudin Hassan seorang wakil rakyat dan pemimpin PAS. Dia bukan blogger kerengga macam Yong. Nasrudin sepatutnya tidak melompat sebelum bertanya sendiri dengan AJK Pusat yang dia kenali. Kalau hendak mengkritik PKR pun (Rafizi), carilah alasan yang lebih mantap untuk mengkritik. Jangan berlunjur sebelum duduk.

11 comments:

  1. Salam, Yong.
    Kadang kadang naik muak hinggakan menyampahpun ada membaca komen atau kata kata pemimpin PAS.Cumanya tiada alternatif lain sebagai pengganti PAS.Hanya PAS sahaja untuk didukung.Kalaulah Keadilan itu berpaksikan seperti PAS , habis semua cabut lari dari PAS dan hanya tinggal mereka yang inginkan habuan dan kedudukan serta mereka yang naif dalam berpolitik.Sebagai bekas ketua pemuda, keegoan dan kesombongannya agak ketara tanpa memikirkan kesan daripada kata kata yang dihamburkan.Dia perlu ingat, dia bukan ketua pemuda UMNO.Dia merupakan seorang agamawan pewaris anbia, inikah cara dan akhlak contoh? Yang menyakit hati kawan dan musuh.Apakah Nasruddin ini kenal sosok Anwar sejak dari awal sebelum mencebur dalam politik kepartian.Dulu semasa PAS memerintah bersama UMNO, dapatkah mereka mengadakan universiti Islam, adakah sudah wujud sekolah agama bersepadu dengan akademik.Seorang professor pengajian Islam pernah berkata bahawa golongan agamawan, mereka tidak reti matematik sedangkan matematik perlu dalam disiplin ilmu ilmu Islam.Misalnya ilmu faraid dan zakat kalau tiada ilmu matematik memang tak boleh.Zaman siapa yang memulakannya dan usaha gigih serta dokongan siapa semua dapat dilaksanakan sehingga kini wujud tahfiz sains.Andil dan dokongan sosok Anwar tidak dapat dinafikan.Pemimpin perlu ada karisma dan wibawa.Setakat dapat sokongan untuk jadi pemimpin belum tentu menjadi pemimpin yang berjaya.Jasa dan usaha gigih orang dipertikaikan jangan terkejut nanti diri sendiri dimomokkan orang.Berikan peluang dan ruang bagi Anwar Ibrahim untuk menterjemahkan cita cita dan hasrat untuk mencapai negara yang makmur dan berkat.Berikan dulu sokongan anda, itulah yang terbaik dan bijaksana.Terima kasih Yong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well written n congrt bro...fikrh anta clear n parallel wth my mind..tq

      Delete
    2. Salam nazi kelawar

      Bagi Yong, yang penting kalahkan BN dulu. Robohkan hegemoni BN dulu. Kita tak payah nak berebut pujian.

      Kita tahu siapa yang banyak berbakti dan siapa yang banyak cakap.

      Delete
  2. DeeDee Yong...

    Apo laie yang den nak kato kan.... golak bosa jo la.... Hahahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  3. Pemikiran MP Temerloh ni sama taraf dengan macai parti - cakap ikut emosi tanpa fakta sahih.

    Ini boleh membuatkan rakyat mual dengan PAS - lihat apa jadi dengan kehebatan kerajaan negeri PAS di Kedah dan Terengganu? Hampas kot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ras

      Minta ditambahkan senarai tu...kerajaan PAS Kedah, Terengganu DAN KELANTAN!

      TQ

      Delete
  4. Yong

    Apala yong ni ketinggalan keteapi ghupernya.

    Yong tak tahu lagi ke yang ustaz nasarudin dan dato saifudin abdullah dah bertukar tempat.

    Ustaz nasarudin sekarang dah jadi jurucakap UMNO dan Dato Saifuddin jadi jurucakap PAS!

    HAHAHA....xcaya tulon tanya dgn C++

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bat8

      Oh yeke? C++ tahu bab ni taknak share dengan Yong. Cis! Yong naik basikal jer, sebab tu ketinggalan keretapi.

      Delete
  5. dia hanya pandai mengkritik..adakah dia bersama2 semasa roadshow GST & TURUN ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yaacob Ahmad

      Sepatutnya fikir dulu baru tulis...Kena matang le dah jadi YB. Ramai penyokong PR yang tak mahu wala' buta.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.