Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday, 28 January 2014

AZMIN BUAT LAWAK APA LAGI NI?

Mulanya Yong taknak ambik pot bab PRK Kajang ni. Gasak komerlah. Tapi bila keluar kenyataan Azmin tentang siapa layak jadi calon PRK Kajang, Yong nak tergelak pulak...

Mula-mula baca kenyataan Azmin ini:

SIAPA ANAK JATI ITU? (ASD)

Di mana lucunya kenyataan itu?

Azmin mahu anak jati Selangor. Maknanya anak kelahiran Selangor kah? Maknanya Azmin tak mahu Anwar Ibrahim bertanding di Kajang kah? Bukan sebab Anwar Ibrahim tak cukup bagus. Tapi sebab Anwar Ibrahim bukan anak jati Selangor. Dia lahir di Cheruk To'Kun, Pulau Pinang.
OR54
Hahaha...Azmin buat lawak apa pulak ni?

Cer tengok keratan dari SPR ni:

KOD MISTERI NEGERI 

Siapa mamat yang namanya Mohamed Azmin bin Ali dengan kod negeri yang misteri itu? Bukan Azmin Timbalan Presiden PKR kah? Boleh pulak dia mengaku anak jati Selangor?

Alahai... Meh, Yong bagi sekolah sikit kat Azmin ni. Masa dia dok main guli entah di mana - tahun 1969 - Anwar Ibrahim sudah berjuang di Selangor. Ehmm...masa tu Kuala Lumpur masih dalam Selangor! Masa Azmin baru umur 10 tahun pula Anwar Ibrahim sudah masuk universiti Kemunting di bawah undang-undang ISA, sebab memperjuangkan penduduk Baling, pulak. Baling tu di Kedah.

Kalau Azmin mahu anak jati Selangor, baik pilih Hassan Ali bertanding di situ. Sah dia memang jati.

Kata Atuk:

Cakap siang pandang-pandang.
Cakap malam dengar-dengar.

Nota: Tanyalah pakcik Wiki, Azmin lahir di mana?

14 comments:

  1. sedih dgn apa yg berlaku skrg ni yong... harap2 mrk benar2 tahu apa yg mereka buat.. jgn hanya kerana nak jatuhkan khalid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hati Muda

      Yang penting selamatkan PR di Selangor!

      Delete
  2. Lahir di Singapore. hahaha. Terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam TheSniper

      Cakap siang pandang-pandang...

      Delete
  3. Teman dah getik dengan PKR ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Err

      Sabor yob, Segelintir jer yang perangai macam malaun...Dalam semua parti ada gitu.

      Delete
  4. Replies
    1. Salam moundweller

      Udah u-turn. Hahaha...

      Delete
  5. Ce kabo, sogheh biyo teghang, mana nak diceghoko maklumat tu? Atte idakle teman tau caghenye wehh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ahmad salleh

      Semak link ASD

      Delete
  6. lagi teruk umno/bn kena hentam kali ni,mcm2 isu yg akan dibangkitkan oleh anwar semasa kempen nnt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sheikh

      Panjang gelaran miker ni...Dapat kat mana?

      Apapun inilah peluang untuk dedah segala kebejatan BN yang amat demer takuti...

      Delete
  7. lagi bnyk modal anwar nak hentam umno/bn ms kempen nanti.

    ReplyDelete
  8. Mohon jasa baik yong pautkan blog saya terimakasih.

    http://pariajalanan.blogspot.com/

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.