Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday, 29 May 2015

SURAT TERBUKA KEPADA YAB DATO SERI ABDUL HADI BIN AWANG DARI ANAK MUDA

Surat terbuka ini Yong terbitkan di atas permintaan penulisnya yang mahu ia disebarkan. Yong tidak ubah isinya. Setakat pembetulan format dan ejaan sahaja.

Surat ini adalah gambaran gelodak hati muda yang inginkan perubahan. Bacalah dengan otak di mulut, bukan di lutut.

SURAT TERBUKA KEPADA YAB DATO’ SERI ABDUL HADI BIN AWANG,

Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS) merangkap Timbalan Ketua Ulama Dunia.

Salam hormat dan maaf didahulukan di atas ketibaan surat terbuka ini kepada Dato’ Seri menjelang ketibaan muktamar yang akan datang minggu hadapan. Sesungguhnya, saya menulis surat ini dengan panjang lebar bukanlah disebabkan memperoleh apa jua faedah yang mendatangkan keuntungan kepada diri ini, tetapi anggaplah kehadiran coretan kecil ini adalah mewakili jiwa dan luahan hati seorang anak muda yang menginginkan perubahan tampuk kekuasaan. Serta anggaplah ini sebagai teguran dan peringatan seorang rakyat yang memberi undi dan amanah kepada parti Dato’ Seri untuk menumbangkan Barisan Nasional.

Dato’ Seri Haji Hadi,

Secara suka atau tidak,pemilihan parti PAS kali ini mengundang perhatian yang luar biasa umum baik ahli parti mahupun pemerhati luar berbanding muktamar sebelum-sebelum ini. Muktamar kali ini bakal menyaksikan dua blok berlainan fikrah (meski sejemaah) bertembung bagi menduduki kerusi kepimpinan kali ini.Semenjak dua tahun lepas, kempen - kempen memecah belahkan PAS berjalan dengan wujudnya suara-suara yang meletakkan PAS kepada dua kumpulan iaitu kumpulan yang menyokong kepemimpinan ulama dan kumpulan progresif yang digelar erdogan. Hari ke hari, kempen ini semakin kotor dan jijik dengan pelbagai fitnah, gelaran, caci maki ditembak bersimpang siur ke arah individu-individu yang dirasakan tidak mengikuti fikrah yang dikira sama sesebuah kumpulan itu.

Ya Dato’ Seri,

Ingin saya lontarkan persoalan, inikah akhlak yang dianjur sabda Nabi SAW dalam Islam? Yang bersongkok, yang berkopiah, yang berserban, berjubah hatta bertudung litup sekalipun seakan hilang apabila caci maki, ungkapan kafir mengkafir terbit daripada mulut-mulut yang mengaku membawa nama Islam dan akhlak Islam ini.

Sayugia diingatkan,PAS membawa Islam pada namanya.Jika ada tindak tanduk yang tercela seperti ponteng sidang parlimen, mengkafir sesama Islam, memuja manusia hingga digelar wali adakah itu bukan sahaja memburukkan nama PAS malahan Islam itu sendiri turut terpalit kotor angkara kebebalan umat yang saban hari melaung kamilah yang membawa perjuangan Islam?

Sukacita saya ingatkan pada Dato’ Seri dan seluruh parti PAS dan perwakilan,

Pada 2008 yang lalu telah terjadinya satu tahaluf siyasi di antara parti PAS, DAP, dan PKR atas jalinan kerjasama dinamakan Pakatan Rakyat khusus bagi menumbangkan rejim Barisan Nasional. Hasil jalinan kesepakatan itu, lima buah negeri berjaya kita tawan termasuklah parlimen tempat saya mengundi iaitu Parlimen Padang Serai yang sebelumnya dikuasai Barisan Nasional sekian lama.

Namun, mengecewakan apabila selepas sahaja pilihanraya tamat terdapatnya beberapa individu daripada PAS (Dato’ Seri saya kira lebih maklum siapa individu ini) yang telah berjumpa secara senyap dengan Yang Di-Pertuan Agong bagi membincangkan mengenai kerajaan perpaduan dengan UMNO atas nama Melayu dan Islam. Sekali lagi,agama menjadi retorik politik demi kuasa. Perkara ini hanya terdedah beberapa tahun selepas itu. Selain itu, ekoran prestasi buruk (pergolakan dalaman) dan sikap bebalisme segelintir pimpinan Pas menyaksikan PRU13 pada 2013 menyaksikan Kedah kembali terlepas daripada dakapan Pakatan Rakyat.

Oh ya, sebelum saya terlupa suka juga saya mengingatkan konflik kejatuhan kerajaan negeri Perak. Mungkin tidak ramai yang mengetahui siapa sebenarnya pengkhianat kepada Nizar ketika itu? Siapa pula yang mengeluarkan kenyataan "Sultan betul, Nizar salah!" Hanya semata-mata Nizar mengikuti prinsip tahaluf siyasi menjaga hubungan bersama DAP walhal perbuatan Sultan Perak ketika itu menyalahi perlembagaan? Hanya kerana sultan itu Melayu dan DAP itu cina? Tepuk dada tanya hati wahai Dato’ Seri.

Dan selepas PRU13, azan kerajaan perpaduan kembali dikumandangkan. Bersama pakej kali ini adalah hukum hudud yang dikatakan telah dipersetujui UMNO dalam DUN Kelantan. Malahan menambahkan drama diperlihatkan tangisan wakil ADUN UMNO yang begitu beremosi menyokong hudud. Mungkin Dato’ Seri dan seluruh ahli PAS terlupa,syaitan juga boleh membaca quran!.

Kata Dato’ Seri soal ikhlas atau tidak itu hak mereka. Wahai Dato’ Seri, sudah lupakah siapa pemerintah negara ini? UMNO jika mereka betul ikhlas inginkan hudud sebagai kerajaan sudah tentulah mudah dan tiada masalah bagi mereka melaksanakannya. Tetapi tidak!. Hudud hanya dijadikan sentimen mereka untuk memperoleh undi Melayu. Malangnya Dato’ Seri tidak nampak soal itu. Kegelojohan Dato’ Seri untuk melaksanakan hudud secepat mungkin membuatkan Dato’ Seri buta pada realiti depan mata. Apa Dato’ Seri sudah lupa bagaimana suatu ketika dulu UMNO pernah mengajak PAS bergabung dan apabila berasa punya kekuatan kembali, PAS ditendang keluar gabungan seperti anjing hina?

Dato’ Seri,

Tiadalah niat di hati saya untuk memperolokkan hukum hudud yang saya maklun termaktub dalam al quran tetapi Dato’ Seri lebih fakih dan arif hukumnya mengenai syarat-syarat yang harus diminimumkan jika pelaksanaan hudud ingin digubal. Ekonomi harus diutamakan kerana kebanyakan masalah sosial dan jenayah dimulai dengan bermasalahnya ekonomi. Itu lah ucapan Dato’ Seri beberapa tahun lalu. Tidak apa, saya ingatkan kembali.

Menyentuh mengenai kumpulan yang digelar Erdogan dan jebon dalam parti PAS, saya kira itu adalah kempen yang paling hina dan menjijikkan daripada kumpulan yang mengaku pendokong ulama dalam PAS. Apa kesalahan dan justifikasi hingga membenarkan sesetengah pro ulama dalam PAS menjadi "Tuhan" dalam menghukum ahli sejemaah? Hanya disebabkan mereka terus teguh pada deklarasi dan tahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat? Hanya di sebabkan mereka tidak ingin tunduk kepada kehendak sesetengah golongan yang mahukan kerjasama dengan UMNO supaya hudud dapat dilaksana? Alangkah kejinya sikap sedemikian.

Tegas saya tekankan pada Dato’ Seri bahawa deklarasi dan tahaluf siyasi itu adalah sesuatu yang Dato’ Seri sendiri persetujui pada 2008 yang lalu. Atas kerjasama itu, ketiga parti bersetuju untuk bersama-sama mencari kekuatan dan kepercayaan rakyat bagi menumbangkan rejim Barisan Nasional. Jadi apa dosa mereka sekiranya mereka kekal memegang amanah kepada tahaluf siyasi yang dipersetujui itu? Kepada kumpulan pro ulama PAS, jika dengan UMNO yang terang-terang menolak kerajaan Islam, yang memperlekehkan ajaran Islam,yang merasuah,menyeleweng kamu boleh bersuara lunak dan merdu, di mana tingkat maruah kamu yang sanggup berlaku biadap dengan rakan sejemaah malah ada yang perjuangannya dalam parti jauh lebih lama.Semasa kamu masih menetek mereka ini sudah ada yang merasa penjara?

Hanya disebab mereka bersama kafir seperti DAP dan PKR berbanding memilih bersama UMNO yang Islam dan Melayu? Orang kafir, jika mereka enggan menerima harus difahami kerana mereka tidak tahu maka seharusnya tanggungjawab kamu untuk menceritakkannya. Tetapi bagaimana dengan yang mengaku Melayu lagi Islam sudah puluhan tahun memerintah, puluhan tahun punya peluang untuk menegakkan agama Allah tetapi secara tiba-tiba saat ingin mati kelemasan baru melaung "kami mahu hukum Tuhan!"

Dato’ Seri Haji Hadi,

Umum sedia maklum dengan anggapan dan gelaran yang diberi ahli PAS bahawasanya Dato’ Seri dianggap bapa dalam jemaah.Tetapi ingin saya lontarkan kritikan keras ini, sedayus apakah seorang bapa yang tergamak membiarkan "anak-anaknya" bercakaran sesama sendiri? Selemah manakah seorang bapa yang hanya menikus saat "anak-anaknya" makin hilang Islam dalam diri? Apa benar ini sifat nyata seorang yang diakui sebagai bapa? Tidak berusaha meleraikan,mendamaikan, malah seakan suka dengan kekacauan yang berlaku?

Dato’ Seri,

Sebagai anak muda yang tidak berparti dan hanya memberi pandangan didasarkan kepada keinginan untuk melihat Pakatan Rakyat berhasil menumbangkan Barisan Nasional, sekali lagi ingin saya ingatkan, kami mengundi PAS bukan kerana kami menerima PAS tetapi kami mengundi PAS untuk menjadi platform dalam Pakatan Rakyat bagi mengalahkan rejim. Kami tiada apa kerugian sekiranya matlamat kerajaan perpaduan akhirnya menjadi nyata, tetapi ingin kami beri amaran, jangan khianati amanah rakyat yang mengundi PAS untuk menjatuhkan BN. Dan sekiranya itu terjadi, maka janganlah PAS kesal jika rakyat menolak gabungan PAS-UMNO walaupun gabungan itu atas nama Islam? Yang batil tidak akan pernah bersama dalam kebaikan. Saya maklum kefakihan Dato’ Seri yang melebihi saya dalam soal hukum amanah dan janji ini.

Akhir kata, saya menyedari dan memaklumi kesan daripada kritikan saya terhadap Dato’ Seri ini. Tetapi ikhlas saya katakan, kritikan ini tidak langsung menyentuh kedudukan dan ilmu agama Dato’ Seri sebagai ulama tetapi saya mengkritik atas batang tubuh Dato’ Seri sebagai ahli politik semata. Dua skop berbeza inilah yang gagal difahami majoriti ahli PAS dengan kata mengkritik Dato’ Seri bererti mengkritik ulama dan mengkritik ulama bererti menghina pewaris nabi.

Dua skop berbeza yang saya berharap semua ahli PAS berlapang dada dalam membaca surat terbuka ini dan sama-sama mengambil ibrah daripada segala kemelut yang berlaku agama kembali kepada perjuangan dan akhlak Islam yang sebenar.Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri.

Selamat bermuktamar kepada seluruh perwakilan PAS dan semoga Allah melindungi jemaah ini daripada "tangan-tangan" yang menghancurkannya dari dalam.

Sekian,terima kasih.

SITI AISHAH,
Ustazah Kafa.

*mohon sebarkan


21 comments:

  1. Sebarkan perkara2 bohong pun tk guna jugak yong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wey seelee..
      bkak laa blog mu seniri..
      pahtu ajoklaa oree masok baca cerito de pemikiree mu.
      berdebat bahas.
      hehehe.lawok laa mu neh.

      Delete
    2. Salam
      Yg mana bohong nye wan rosli,bg la tau kami yg x fakih ni..

      Delete
  2. Aslmkm...aku setuju sgt2 pandangan dr surat terbuka diatas...bg aku TGH HADI ni memang tidak layak memegang jawatan presiden Pas...banyak kelemahannya...dari segi pemikirannya dan tindakkan yg tidak melambangkan seorang yg berwibawa sebagai seorang presiden pada sebuah parti yg dihormati sebelum ini di bawah semasa arwah TGHNA yg disanjong oleh semua lapisan bangsa ...lebih memalukan lg TGH HADI adalah punca segala keretakan dalam pakatan untuk misi menumbangkan parti BN yang terang2 menghianati rakyat terutama kawasan pantai timor yg dinafikan hak semasa parti Pas memerintah di bawah naungan TGHNA khasnya....Sejarah telah membuktikan bagaimana Pas di pergunakan semasa gabungan dengan parti BN untuk menawan negeri kelantan sehingga Pas ditendang begitu saja apabila berjaya menawan kelantan...setelah melalui pengalaman pahit bersama umno kini Pas mengorak langkah lebih maju kehadapan selepas berjaya bergabong bersama Pakatan yg diterajui oleh TGNA serta rakan2....kini ura2 begitu jelas melalui TG Hadi sekali lagi di pergulakan oleh agent2 umno untuk memusnahkan kautuhan pakatan semasa umno diambang kehancuran...Sepatutnya TG Hadi memperkukuhkan barisan Pakatan tp disebabkan tiada pendirian dan ketokohan sebagai pemimpin maka umno mengambil kesempatan atas kelemahan TG Hadi untuk menghancurkan Pakatan dari dalam semasa umno kehilangan kepercayaan rakyat...dari itu turunkan TG Hadi...sebelum Pas menjadi Parah...TG Hadi layak menjadi imam di masjid rusila...atau nelayan laut dalam....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya apa lg yang korang x puashati dgn TGHH.. bila beliau berkata BENAR akan wujudnya golongan jebon korang x faham.. kata wujud golongan barua pun korang x faham.. kata wujud golongan tolol pun korang x faham2... dan yg terkini kata ada kumpulan dlm pas yg dap suka, mungkin korang baru nak faham atau dah mula berakal sikit kut.. So bila korang dah faham kini, sedarlah bahawa kawanan dap dlm pas yg korang sokong2 sangat tu hanyalah MINORITI dlm pas.. so sekarang macamana..? Dah faham?? Ke wat2 x faham lagi..? Ke masih jebonbaruatololdap lagi??

      Delete
    2. X baik enta ulang dan mentahqiqkan lagi yg TGHH jebon2kan barua2kan tolol2kan menDAPkan ahli parti sendiri.enta ckp gitu ok lagi.kang x psl2 tuan guru dpt malu.psl anak muridnya mengikut dgn bersemangat yg berkobar2 lg berkibar2 ajaran membaruatololjebonDAPkan org x sealiran.bahayaaaaa.nanti jd makhluk baru yg bernama JebonaBaruaDAPaTololLGBT.saintis x pernah jumpa lg mender tuh..enta jgn marah ana yer..ana baru nak joint usrah semlm.tu dah pandai ana enta tuuu...

      Delete
    3. kami tak faham takpe...kami bukang presideng....bila tuang presideng sedighi pon tak fahang jugok...hancue le jemaah...de lak macai bute kayu walaun cam ko nih.....laaaaaaaagi le cepat jahanam parti

      Delete
  3. Saya yang tua ini pon bersetuju dengan panda gan Ustazah Kafa ini. Sudah amat muak menghadapi trebulasi ini dan berdoa semuga muktamar PAS yang akan datang ini dapat memberi pencerahan kepada Malaysia Baru. Kepada Yong saya ucapkan syabas atas keberanian membatu penyiaran surat ini,

    ReplyDelete
  4. salam dik ustazah.bernas tulisan mu.tetapi adakah ulamak jenis hj hadi ni nak lihat.nak baca,nak dengar ? maaflah dik .sikap sombongnya mengatasi tafarnya sebagai ulamak.bila dia berkata2 ketika ad pertanyaan padanya ,gerakbadanya sentiasa berubah ini melambangkan hatinya tidak tenang.cuba perhatikan ketika beliau di temuranah,

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  5. Kita tunggu je lah minggu depan.. kalau tghh menang.. alhamdulillah.. kerana dia tidak akan bertolak ansur tentang hukum islam terutama bila ada tentangan dari dap.. aku bimbang calon lain yg akan ditarik hidung ke sana ke mari lantaran perjanjian pangkor 2 yg mengikat..

    ReplyDelete
  6. Assalam... surat terbuka yg panjang lebar kononnya bg pihak org muda... tp jelas menunjukkan kedangkalan pemikiran krn penulis malas nak buat homework. Penulis hanya merujuk kpd maklumat dari sebelah pihak (pengkritik TGHH) dan menutup mata dan telinga kpd penjelasan yg diberi melalui media rasmi parti. Semua isu2 ini dicetus diperbesarkan oleh bloger2 upahan. Jgn kita jadi terlalu naif menjadi penyambung lidah pemfitnah. Jadilah org muda yg rasional yg bermaklumat seimbang sebelum menulis. Jgn jadi Ustazah kafa yg berpemikiran spt makcik felda atau jkk kg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A.Halim! Alhamdilillah....kamu menyemarak kan lagi fahaman kami tentang gulungan yg mengaku menyokong ulamak ni dgn sikap takbur.......ulamak tidak takbur kecuali iblis! Apa salah makcik felda yg kamu hina tu! Mak cik2 tu lah ibu ibu yg akan menolak kamu!
      Ulamak Perasan.

      Delete
  7. Sangat setuju dengan pendapat ustazah ni. Ulamak yg muktabar dan ketua parti politik, dua kebolehan yg berbeza. Tak ramai ada kedua-dua kebolehan ini seperti Rasullah SAW dan Khalifah yg empat selepas baginda. Maka terimalah kenyataan...

    Utk Sdr Wan Rosli, berhujahlah dengan ilmu. Barulah kita dipandang mulia. Berbeza pandangan bukan satu kesalahan. Tapi mengata, memfitnah adalah seperti memakan daging saudara kita yg telah mati. Wallahualam...

    ReplyDelete
  8. Salam yong
    Ulamak skrg ni bebas mngeluar kn kata2 yg mghina org lain..kita org biasa ni brdosa..

    ReplyDelete
  9. Wan rosli berat nanang demo bohhh.Jeng koil ngetok head...bare tohok saja mung bohhhh.

    ReplyDelete
  10. Wan Rosli, harap tuan faham bahawa rakyat amat mengharapkan perubahan. Setelah sekian lama dizalimi, doa yang dipohon setiap waktu untuk menyanggah kezaliman. Amalkan sifat Nabi Muhammad saw, jangan sesekali berpaling dari kebenaran dan jangan lakukan kezaliman.

    ReplyDelete
  11. Wan rosli...awak kena memahami apa itu politik...kenapa tghna ambil keputusan untuk bergabong dgn pakatan...apa tujuan sebenar pas bergabong..antara pas.dap dan parti keadilan ternyata berbeza ideology..maksud tujuan utama nya adalah untuk menjatuhkan Pati BN..Tghna merupakan seorang tokoh pemimpin yg bijak...Apabila BN dijatuhkan ...disinilah kebijaksanaan seseorang pemimpin akan dinilai bagaimana dia mengemudi ideology parti masing2...BN hanya akan tumbang melalui pakatan....setakat ini 3 negeri Sudah tumbang melalui pakatan....Ini yg merisaukan parti BN..maka diujudkan hudud serta sentimen perkauman.agama dan sebagainya melalui agent2 sulit yg menyusup masuk serta media2 kerajaan untuk memecahbelahkan parti pakatan..kenapa Parti pas yg menjadi mangsa? Kerana melalui agama org melayu cepat melatah dan terpengaruh..termasuk lah TGHH serta pengikutnya...maka pas sudah terbahagi dua kumpulan...BN sudah berjaya....sebagai seorang pemimpin yg bijak situasi ini boleh dikawal..hanya dengan kebijaksanaan seorang pemimpin tanpa merosakkan ikatan yg telah dipersetujui....ini yg dinamakan pemimpin...dalam islam..halal haram.serta hukum adalah wajib dilaksanakan..bergantung bagaimana pemimpin itu memimpin...

    ReplyDelete
  12. Salam prof @ kak yong !

    :)

    Seronok teman baca respon "beradab" untuk topik ni. Apa saja khilaf eloknya kita rujuk apa kata Al_Quran, hadth Rasulullah s.a.w. ijmak ulamak muktabar (TGHA?), Qias & turutan disiplin ilmu lain.

    Calling names, label itu ini, tuduh orang itu ini, bagai tu senang & tak selesai apa isu, masalah, kemelut ! Orang bijak mesti beradab, baru nampak "smart, cool" ... yeah, me trying to be 1. mari kite semua la, cuba usaha perelokkan akhlak, adab & jiwa untuk menepati gaya hidup Islam yang pernah dipamerkan Rasulullah s.a.w. & sahabat r.a.!

    “Sesiapa yang meninggalkan perbalahan, sedangkan dia di pihak yang salah, nescaya dibinakan untuknya sebuah rumah di sekitar Syurga dan sesiapa meninggalkan perbalahan sedangkan dia di pihak yang benar, nescaya dibinakan baginya sebuah rumah di tengah Syurga. Dan sesiapa yang memperelokkan perangainya, nescaya dibinakan baginya tempat yang paling tinggi di dalam Syurga”.(H.R. Abu Daud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Baihaqi)

    Daripada Abu Darda’, Abu Umamah, Waiylah bin Asyqa’ dan Anas bin Malik. Mereka berkata : “Telah keluar Rasulullah SAW telah marah-marah dengan semarah-marahnya. Yang sebelum ini tidak pernah Rasulullah marah seperti itu. Kemudian kami bercakap,-cakap “. Maka Nabi SAW bersabda :

    “Bertenang Wahai Umat Muhammad, sesungguhnya telah binasalah orang yang sebelum kamu ini (perbalahan), tinggalkanlah perbalahan yang boleh mendatangkan sedikit kebaikan. Tinggalakanlah perbalahan…sesungguhnya orang mukmin itu tidak berbalah. Tinggalkanlah perbalahan, sesungguhnya perbalahan itu mendatangkan kerugian. Tinggalkanlah perbalahan, memadailah dosa kita jika kita sentiasa dalam perbalahan.Sesungguhnya aku tidak memberikan syafaat baginya (orang yang berbalah) pada hari Kiamat. Tinggalkanlah perbalahan, sesungguhnya aku memberi jaminan dengan tiga buah rumah di dalam Syurga : Di dalam taman-tamannya, di tengah-tengahnya dan tempat yang paling tinggi iaitu untuk orang yang meninggalkan perbalahan. Sesungguhnya ia perkara pertama yang ditegah dari Tuhanmu selepas (tegahan) menyembah berhala iaitu perbalahan”. (H.R. Tabrani).

    Having wrote that... kita bincang, diskus elok elok... Kalau tak setuju, ok that's it .. "agree to disagree" then .. ok.

    TGHH kena beralah & kita "show the exit door" sebab ilmu dia banyak sangat TAPI akhlak dia, cakap dia, kerja buat & kepimpinan dia tak lebih daripada orang biasa-biasa aje. That's me being kind to him.

    Senang cerita... kita gredkan "Lemah" ! Kalau dah 'mati pucuk' dari ataih lagi dah berpenyakit habih ler berjangkit sakit tu ke bahagian lain !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpengaruh demokrasi, ukur pemimpin dengan pilihan raya
      HARAKAHDAILY | 31 Mei 2015.

      KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata ada yang terlalu terpengaruh dengan pemikiran demokrasi atau hanya berjuang untuk demokrasi.

      Tambahnya, lalu mengukur kejayaan seorang pemimpin dengan berjaya menang dalam pilihan raya atau diukur dengan sokongan manusia pada dakwahnya.

      Katanya, kalau itulah kayu ukurnya tentulah Nabi Nuh dikira gagal kerana berdakwah selama hampir seribu tahun tetapi yang beriman dengan baginda menurut beberapa riwayat tidak lebih 100 orang.

      "Kalau menang dalam pilihan raya juga tanda kegagalan pemimpin, maka ramailah pimpinan yang gagal dalam pilihan raya baru-baru ini," ujarnya yang jga Ahli Parlimen Kuala Nerus.

      Menurutnya, ukuran kejayaan seorang pemimpin ialah pada kekuatannya menyampaikan Islam, kesungguhannya mendidik pengikutnya untuk ke syurga Allah, untuk beraqidah dengan aqidah, syariat dan akhlak Islam, kejayaannya menghabiskan seluruh usianya untuk Islam dan kejayaannya mempertahankan prinsip Islam dan usahanya menyusun strategi untuk Islam meniti kemenangan dakwah dan kuasa, bukannya diukur dengan berapa bilangan pengikut dan bilangan sokongan demokrasi.

      Tambahnya, kalau demokrasi semata-mata menjadi ukuran tentulah Islam sentiasa kalah kerana Allah berfirman dalam surah Aali Imran ayat 110:

      مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

      "Sebahagian mereka sahaja beriman dan kebanyakan manusia itu fasik melanggar perintah Allah".

      Namun, jelas beliau kemenangan Islam adalah pasti tatkala Allah tetapkan kemenangan lalu dibuka hati manusia sama ada yang kafir atau fasik untuk menyokong Islam.

      "Ia adalah janji Allah untuk orang yang berjuang dengan iman dan amal soleh serta yakin dengan kemenangan Islam," ujarnya. - HARAKAHDAILY 31/5/2015

      Delete
    2. Menate wan rosli ni gong mung wat kiro dgn takiri...patutlah pengikut takiri wal kanan wal kiri....jeng guuu

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.