Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday 19 January 2014

KENAPA PENJENAYAH SUKA DATANG KE MALAYSIA?

Memang sakit hati bila baca berita penjenayah ini. Lebih sakit hati bila penjenayah ini warga asing. Tetapi hakikatnya itulah yang berlaku di negara kita. Macam negara kita sudah jadi lubuk penjenayah. Contohnya berita kat bawah ini:

MACAM MANA PENJENAYAH BOLEH MASUK DENGAN MUDAH?

Dalam berita itu disebut penjenayah sudah membuat perancangan dengan rapi. Kalau begitu sudah tentu penjenayah ini sudah merancang sejak belum bertolak ke Malaysia. Kalau begitu penjenayah ini sudah tentu pernah melakukannya di negara China. Kalau begitu penjenayah ini sudah ada rekod kejahatannya di negara China.

Apa jadi dengan interpol Malaysia???

Bukankah Rosmah selalu jalan sana sini (termasuk ke China), kekadang naik jet khusus untuk Agong, PM dan TPM, sampai kalah menteri luar, apa dia buat untuk keadilan sosial rakyat??? 

Pong-pang pong-pang riuh rendah masa Presiden datang ke Malaysia. Konon nak niaga. 

Kalau iapun nak niaga dengan China, takkan semua kutu berahak dari negara China itu senang-senang diangkut masuk ke Malaysia?

NAK NIAGA APA?

Memang menghairankan macam mana diorang ini begitu mudah masuk Malaysia dan melakukan jenayah. Tak kiralah jenayah tipu, curi atau niaga GRO. Ia tetap penjenayah.

INI NIAGA APA PULAK?

GRO asyik kena tangkap jer...Tapi tak habis-habis.

Sebagai warganegara Malaysia Yong berhak untuk menyuarakan rasa tidak puashati dengan pihak yang bagi masuk warga asing ini.

Rakyat Cina Malaysia dikata kominis, menghasut, kafir harbi bla...bla...bla...Warga China dari negara China diangkut masuk ramai-ramai jadi sampah masyarakat. Ini kerja siapa??? Takkan kerja Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng?

Memang Yong sakit hati!!!!


5 comments:

  1. demi menggalakkan industri pelancungan dinegara ini, visa untuk pelawat dari beberapa negara tidak diperlukan. itulah komen dari menteri pelancungan malaysia seorang menteri ayam. oleh kerana menteri cap ayam ini, pelancung boleh bertukar menjadi pelacur.
    malaysia semua boleh. hanya dimalaysia sahaja pelancung boleh bertukar jadi ayam!

    ReplyDelete
  2. Selagi umnobn kangkong memerinah selagi itulah berlaku exodus warga asing ke negara ini. Dasar yang terlalu lemah/terbuka dan rasuah/tidak amanah memudahkan pembanjiran penjenayah. Sistem pentadbiran kangkong yang dikendalikan oleh kongkang2 yang profesional.

    ReplyDelete
  3. Saya pernah menanyakan kepada seorang polis pencen berhubung dengan PATI. Kalau di sebut PATI pasti nya dari Indonesia, Burma, Vietnam, Bangladesh dan Nepal. Tak pernah mengaitkan dengan rakyat Negeri Cina. Persoalan saya itu nyata sukar di jawab oleh si Polis pencen.

    Tetapi bila saya high-light kan berkaitan dengan penangkapan di pusat pusat maksiat, dengan mudah beliau menyatakan, "Mereka menyalah guna kan visa pelajar dan pelawat". Betul kah begitu?

    Satu masa dahulu saya pernah terlihat seorang amoi di tempat kan di rumah murah di salah sebuah taman perumah, Yang kerap melawat beliau merupakan seorang cina tua yang di panggil jangut. Beliau pula tinggal di kawasan lain. Akhir nya dek sesuatu sebab si amoi itu hilang.

    Salah kah kalau saya nyatakan bahawa pengawasan dan pengawalan sempadan Negara begitu longgar sehingga mudah di ceroboh? Jawapan nya ada di pehak berkuasa.

    ReplyDelete
  4. DeeDee Yong...

    Semuanya sebab kat Malaysia nih kalu kantoi kena tangkap... semua boleh setel... janji ader duit cukup..... Hahahaha.... Tak caya kalu tengok jer la kes Altantuya dan Khir Toyo... hahahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.