Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday 3 February 2014

TIONG LAI PATUT LETAK RIDHUAN TEE LAWAN ANWAR IBRAHIM BERTANDING DI KAJANG DEMI TELUR

Kenapa MCA susah sangat nak cari calon lawan Anwar Ibrahim di Kajang?

Rumit sungguh! Sampai Profesor Datuk Dr Mohamed Ishak cadang Liow Tiong Lai bertanding melawan Anwar. Ewah! Profesor ini cakap sungguh-sungguh atau saja nak tengok Tiong Lai ada txxxr ke tidak?

BERANIKAH?

Bagi Yong, cadangan profesor ini langsung tak boleh pakai. UMNO kan sedang memperjuangkan Kalimah Allah. Boleh ke Tiong Lai tampil ke gelanggang untuk memperjuangkannya?

MUSTAHIL!

Jadi kalau nak cari Cina jugak, sebab pengundi Cina ada 40%, Yong cadang Tiong Lai tak payah bertanding disitu. Minta saja Ridhuan Tee. Yong rasa dia amat sesuai:

TELUR YANG HILANG? (SUMBER)

Kalau bertanding di Kajang Ridhuan Tee tak perlu tertanya-tanya lagi 'telur kita di mana?' kerana pastinya dia akan terjumpa di sana. 

Tak kisahlah sama ada telur rebus, telur goreng, telur masin, telur century atau telur tembelang - tentu banyak! ... Hmm...telur katak pun mungkin ada. 

Telur ditumis dengan kangkung agaknya sedap tak? Wakaka.

5 comments:

  1. Salam Yong.
    Agak memelikkan akal fikiran bagaimana mamat professor ini ada masa nak memberi pandangan tentang pilihanraya Kajang.Banyak hal hal pelajaran dan pengajian yang belum selesai yang perlukan tumpuan dan perhatian.Penyelidikan yang membawa manfaat yang lebih besar.Kurikulum pelajaran yang bersepadu yangvbelum padu.Inilah dasar mereka yang naik pangkat kerana ampu sana kipas sini.Telinga mendekap dan mata membesar mana dekan ada kosong, mana tnc nak dinyahkan untuk diganti dengan para kangkung kangkung ini.Jadi inilah masanya weh, nak masuk jarum.Tk Yong.

    ReplyDelete
  2. Telo ade kat ateh kepale, telo kutu. Jenuh cikgi mencaghinye, sekolah mane dah lupe pulak teman.

    ReplyDelete
  3. wakaka.... kita tunggu saja nanti . kalau noh omar pun ok . kompom tulur nya dotdot

    ReplyDelete
  4. DeeDee Yong...

    Hahaha... satu cadangan yang gua memang stuju... nanti ader masa gua akan passkan kat Najib Razak.... hahaha... terbaek la Yong... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  5. Kepada ketua MCA Malaysia Datuk Seri Liow Tiong Lai,
    Kami ingin memberitahu bahawa ketua cawangan MCA Gombak YIP KUM FOOK dan ketua pemuda MCA Gombak YIP JIUN HANN, nama mereka sangat kotor di masyarakat Cina sebab mereka halau Sami Buddha keluar dari BUDDHA KUIL SAMNAK SAMBODHI, 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, kepong, Kuala Lumpur.
    Untuk kemenangan pilihan kecil, Calon BN PRK DUN Kajang: Datin Paduka Chew Mei Fun, kami harap peminpin MCA dan parti komponen BN, jauhkan orang yang tersebut di atas dan atau YIP KUM FOOK & ASSOCIATES NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR JALAN 53, DESA JAYA KEPONG 52100 KUALA LUMPUR Tel: 03-62723689 , 03-62723678
    Kalau tidak parti MCA tentu akan kalah dengan lincin
    Sekian, Terima Kasih
    SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.