Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday 13 March 2014

UMNO, ZAMBRY DAN YANG SEJENAMA DENGANNYA KENA TEMBERANG HIDUP-HIDUP

Yong sebenarnya tak mau kesian dengan geng UMNO yang suka memfitnah dan mencarut ni. Tapi ada segolongan yang jahil dan ikut bahasa omputih "misled" - kesian!

Golongan yang "misled" ini tidak mendapat gambaran yang sebenar. Demer mengaku beragama Islam dan memperjuangkan kalimah Allah. Tapi apa yang dilakukan oleh pemimpin demer?

APA-APA JER ASALKAN GLAMOR

Oleh kerana orang Melayu ingat kalau jadi khalifah silat itu pasti seorang yang hebat, Zambry pun sedia menerima gelaran itu dari Pertubuhan Pencak Silat Gayung Ghaib Harimau Malaysia, dianugerahkan oleh tak lain tak bukan Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin. Khabarnya Zamry memiliki PhD dalam bilang Comparative Religion.

YA, INILAH ORANGNYA!

Sedihnya, demi politik, pemimpin beragama Islam sanggup bersekongkol dengan si khurafat. Ini bukan Yong yang cakap. Tapi Jakim... Alahai...

PETIKAN KENYATAAN JAKIM

Kenyataan Jakim sepenuhnya boleh di baca di sini.

Persoalan yang lebih besar ialah kenyataan Jakim itu sudah berusia 10 tahun. Takkan Zambry dan UMNO tidak tahu? Pemimpin UMNO terus membiarkan diri ditemberang.

BANNER DENGAN GAMBAR PEMIMPIN UMNO  

Banner ini dinaikkan semasa PRU13 - 9 tahun selepas fatwa Jakim.

Apa kaitan dengan bomoh Ibrahim Mat Zin?

Masihkah kita mahu menyokong bomoh, yang kebetulan menjadi pemimpin sebuah kumpulan silat, yang telah diputuskan mengamalkan aktiviti perubatan yang mengandungi unsur-unsur syirik dan khurafat?

Aktiviti khurafat yang kini mendapat liputan media antarabangsa.

Alahai...malunya!

BETULKAH OBAMA TURUT MENONTON AKTIVITI LUCU ITU?

*Bersambung*

4 comments:

  1. Salam kak yong

    Biasa le tu...Ada orang tak perasan dia juge "kehilangan" like a missing kite (not that plane..hehe)

    Semoga diberi petunjuk oleh Allah, kita semua ni ! Ameen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      Heran, ngaper bodoh bebenor pemimpin ameno nih? Kan dah malu satu dunia.

      Delete
  2. Dah macam sinetron pulak.
    Nak tahu jugele pase tiko tu, ape spesifikasinye. Ade ke dilengkapi dengan transponder, ghegenye beghape dan ade ke dijuwe kat Chendeghong Bale. Klako, memang klako sampe kegheh peghut kume nahan gelak. Yang tatang nyo itu pun satu hair, tapi idak dikabo pule jenih nyo tu. Kalo dikenangkan balik ghase getik bebeno nengokkan peghungkap demer, idak ke demer gheti ghase malu? MB dengan UMNO tu tak siyo kume nak nyakapnye, dapat dose keghin tak pase2 ngumpat, ate kemer pikiyo sendighi le...elok ditegheban je kat Sunge Batang Padang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ahmad salleh

      Kita serius nak cari kapal terbang MH370 tu, demer pulak buat kerja bodoh. Satu dunia dah tahu. Malaysia malu.

      ADUN Sungai Manik pun sama dapat pangkat dari entah apepe dari bomoh ni. Hahaha...

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.