Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 9 April 2014

CUKUPKAH NILAI HARGA 4 TAN MANGGIS ITU UNTUK PELIHARA 2 EKOR PANDA?

ADA YANG KEMPUNAN MANGGIS

Belum habis cerita 4 tan manggis yang datang entah dari mana, dihantar ke negara China, kita dikejutkan dengan kedatangan 2 ekor panda dari negara yang sama.

MANGGIS MISTERI

Oleh kerana kita ikut kiraan metrik maka kita andaikan manggis itu 4 tan metrik = 4,000 kilogram.

Berapa harga manggis 1 kilogram? Lebih kurang RM5.00,
4 tan metrik manggis = RM5.00 X 4,000 kg = RM20,000.00.

Di mana manggis itu sekarang Allah SWT dan para konspirator (berdasarkan teori Utusan) sahaja yang tahu.

Sekarang Yong teramat muskil... Bukan muskil sebab lokasi manggis itu dikatatakan akan berhenti mengeluarkan bunyi "ping...ping..." tapi muskil tentang ciri-ciri urus-niaga ini...

BERAPA KOS SEWA PANDA?

Kita jual manggis kepada China. Kita sewa panda daripada China. Sekarang kita kehilangan pesawat MH370 yang sedang terbang menuju ke Beijing, China.

Apa kaitan manggis dengan panda pun kita tak tahu, sebab manggis misteri itu entah datang dari kebun siapapun kita tak tahu.

Menurut berita di atas, kos membina kediaman panda itu menelan belanja sebanyak RM25 juta...

Jap...jap...

RM25 juta itu baru kos untuk bina habitat panda itu. Berapa pula kos penyewaannya, kos penyelengaraannya (kos makanan, perubatan, keselesaan habitat, etc)?

Ingat! Kita bukan beli panda ye...Panda itu akan bersama kita selama 10 tahun.

Cukupkah 4 tan manggis itu untuk membayar semua kos tersebut? Kalau hanya RM20,000.00 tentu tak cukup. Sebab tu ditambah dengan bateri lithium ion.

Apa lagi yang akan diekport ke China selepas ini?

Orang zaman dulu sewa kerbau untuk tolong bajak sawah.

Orang modern sewa panda untuk suka-suka...

Memandangkan kita sudahpun membeli Sukhoi Su-30MKM, adakah lepas ini kita akan menyewa beruang Rusia pulak? 

Kos mencari MH370 yang hilang itu sudah mencecah RM97.7 juta. Apa sangatlah RM25 juta untuk habitat panda? Lagipun GST akan bayar kos itu. Kita berurus-niaga sebab kita nak untung kan?

9 comments:

  1. Yong, bila baca pasal RM25 juta untuk Panda ni, hati semakin sakit.

    ReplyDelete
  2. dasar wasatiyah kan, kesederhanaan dlm pentadbiran Rosmah bin Najib !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam zainuddin

      Entah datang dari mana idea sewa panda ni...Tapi ia memang idea yang bodoh.

      Delete
  3. Mereka ikut suka saja menggunakan wang hasil negara, dah tu nak implement GST pula. Rakyat dibebankan untuk memenuhi selera ekslusif lagi elit mereka, tiada sifat kebertanggungjawaban. Mereka tukang perhabiskan duit, rakyat dipaksa mengeluarkan duit. Hai lah badan ... hai lah nyawa ... baca http://omakkau.blogspot.com/2014/04/tidak-boleh-dinafikan-akan-kebenarannya.html lucu tapi ada point.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ahmad salleh

      Demer nak implement GST sebab demer semua ada bisness!

      Delete
  4. Salam Prof !!

    Ikut kronologi media 'endless' possiblities...mula dengan kargo "manggis", bateri lithium, usual suspects, Captain.

    But as we all know too well, kemungkinan rasuah berlaku untuk sogok beberapa orang bagi urusan kargo, tu perkara biasa di Malay-$ia. Entah apa le barang yang dibawa MH370 deme declare on paper "manggis", "bateri", la konon !

    Oh, apa deme tak kata bateri tu yang buat bunyi "ping" every now & then ... dah tu keep on changing Hz? Blimey !

    Now the Russians are telling we got 'hitch' onboard... penggana$ a.k.a. hijacker bawak lari ke sempadan Pakistan. Janji, semua krew & penumpang selamat & sihat hendaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      Pencarian di Lautan Hindi sudah jadi sejenis perniagaan, selain menguji kekuatan ketenteraan dan sistem artificial intelligence memasing!

      Delete
  5. biar senang di dunia tapi di akhirat kelat akan mereka tanggung jika merak tidak amanah dalam memimpin.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.