Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 26 April 2014

SUKARNYA PENYELIDIK NAK MENDAPAT GERAN MOSTI...

Yong sikitpun tak jealous kekawan penyelidik dapat grant ratusan ribu atau jutaan dari MOSTI untuk membuat penyelididkan. Tak kira dalam bidang applied science, natural science atau social science...etc.

Yong ucap tahniah.

Tetapi bukan senang bagi ahli-ahli sains untuk mendapat grant yang banyak. Bukan senang nak urus projek sehingga berjaya. Penyelidik di universiti juga kena buat kerja hakiki - mengajar, bukan macam penyelidik di universiti luar negara, contohnya di Jepun.

Bila Yong tanya partner penyelidik, dua tiga orang profesor di universiti Kyoto, Jepun; Berapa work-loadnya, sehingga dia boleh berjalan pusing satu dunia? Dia gelak jer...

Jawapannya sama...

Satu semester dia buat satu seminar. Dia jadi fasilitator utama. Lepas tu tengah semester,  dia buat satu bengkel. Dia jemput experts dalam bidang yang releven. Selebihnya, tutor yang handle.

Patutle universitinya mencanak naiknya dalam penyelidikan.

Kat Malaysia? Tanyalah profesor-profesor universiti...Berapa banyak masa penyelidikan, masa mengajar, masa isi borang laporan OBE, masa meeting ajk itu ini dan masa kena pergi gathering sebab ada VVIP melawat...Hahaha...

Yong sendiri pernah dapat grant untuk buat penyelidikan. Dalam negara dan antarabangsa. Memang banyak songel, kekangan dan perlu pengorbanan. Sering kena buat penyelidikan di luar waktu pejabat. Mujur rakan-rakan dalam kumpulan ada yang prihatin. Alhamdulillah, projek siap.

Tetapi bila tetiba dengar ada syarikat dapat grant sampai RM150 juta, Yong terkejut. Terkejut dan marah.

GRANT WAJAR DIBERI DENGAN ADIL (SUMBER MSN)

Terkejut - kerana hairan bagaimana perkara ini boleh terjadi?
Marah - kerana bagi penyelidik yang genuine, begitu sukar untuk mendapat grant MOSTI.

Kat Malaysia kes buang bayi, kes remaja lepak, kes remaja lelaki malas belajar...etc semuanya duduk dalam kajian sains sosial. MOSTI tak minat bagi grant untuk buat kajian dalam bidang ini. Gasaklah nak jadi apa. Kalau nak buat kajian, berebutlah cari grant lain...

Syarikat senang-senang dapat RM150 juta.

ENDLESS POSSIBILITIES

3 comments:

  1. Salam prof !

    Insya-Allah ... ada le nanti, suntikan dana luar negeri worth tons of RM coming your way - i.e. an Arabian billionaire, Kuwaitiis foundation - harus deme "berambat bekejor, dulu kemudian" beriya sunggoh nak sponsor kak yong for that mere purpose. Ameen !

    Personally, teman rase le...some of our wicked people are inept of applied heavenly-guidance - that is Islam - in their social lives. Basic tenets pun umat Melayu kite tak pas lagi. Budak umor 40, 50 tahun pun masih ada yang sangkut hal fardhu ain yang asas - tak reti baca surah fatehah, Quran, solat fardhu 5 waktu, etc.. alahai. Ofc, never too late for everything tapi rugi le orang tu masa & hidup dia sentiasa dalam dosa & silap, many somehow cozily live in such a darn mess society.

    Pendidikan awal silap ke entah apa sebabnya, tolong le R&D hal ni prof ! We shouldn't be far too wrong or led astray for such pretty long period in life kalau le foundation ilmu & iman kite kuat.. ye kan?

    Yet again just my 2 cent worth.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      Mula2 Yong harap masinle mulut miker, Yong dapat geran banyak untuk buat penyelidikan.

      Second, gomen memang tak kisah penyelidikan sains sosial. Ini termasuk pengurusan alam sekitar yang duduk di sempadan sains sosial dan applied/natural science/kejuruteraan...

      Nak cakap pengurusan ilmu (knowledge management)? Huh Jauh panggang dari api...

      Kekadang penat...

      Delete
  2. Sekiranya grant diperuntukkan bagi R&D mengkaji kaedah untuk pemulihan remaja2 kearah yg positif, mereka tentu akan menemui cul-de-sac lebih cepat lagi. Begitu juga R&D untuk penambahbaikan sosio-ekonomi masyarakat, kecemerlangan akademik serta kesedaran pd ajaran agama, semuanya menjuruskan kearah yg sama. Sedangkan mereka amat senang jika kehidupan rakyat terus-terusan dlm keadaan pincang, yg menjadi talian hayat kesinambungan kekuasaan mereka. Dlm ramai yg tak sedar, penyelewengan juga dapat terus dilakukan.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.