Bila tengok tajuk N3 kali ini ada yang panas hati?
Mungkin ada. Lebih-lebih lagi yang merasa diri tu hebat, jadi pakar think tank PKR!
Pakar think tank ini pula ada yang memang betul-betul pakar. Tapi yang ramai tu parkir. Kerjanya parking dekat pemimpin. Bagi golongan ini think tank boleh juga dieja sebagai tinngg!! tanngg!! Maknanya kosong.
Kenapa nak ambil sempadan dari PAS? PAS pun kan ada masalah jugak?
Ingat peribahasa Melayu:
Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan.
Mana yang buruk?
Ingat lagi tak kes ini?
Siasat punya siasat, akhirnya dua perkara ini (disebut dalam rencana itu) yang disiasat. Khalid Samad yang kena gantung. Hassan Ali cuma dapat amaran sahaja.
Tetapi siapa yang akhirnya menjadi pengkhianat?
Khalid Samad kah?
Semua orang tahu Hassan Ali kemudiannya dipecat kerana sering membuat kenyataan yang bercanggah dengan parti.
PAS mengambil masa yang amat lama baru nak mengambil tindakan ke atas Hassan Ali.
Apa jadi dengan Hassan Ali?
Semua maklum dia ke hulu ke hilir membawa JATI dan meburukkan pimpinan PAS.
Akibat menyayangi pengkhianat, PAS hilang banyak kerusi dalam PRU 13.
Khalid Samad pula menang bergaya pada PRU13 yang lalu. Terpilih semula sebagai AJK PAS Pusat.
Jadi PKR patut ambil sempadan ini dari pengalaman PAS.
Gantung CheGu Bard sebab mulutnya bising sama macam gantung Khalid Samad dulu. Sama. Khalid Samad diambil tindakan atas kes yang "ada bukti" kukuh.
Dah betulle tu. Adili kes yang ada bukti kukuh. Cuma yang mana ada bukti kukuh dan yang mana tiada bukti kukuh itu cuma persepsi.
Persepsi siapa? Jawatankuasa disiplin.
Ternyata persepsi itu boleh melencong.
Ambillah sempadan itu supaya tidak mengulangi kesilapan PAS.
Biarlah dalam PKR ada Badrul Hisham.
Dalam PAS ada Zul Hazmi Shariff.
Kedua anak muda itu berani walaupun tidak menjadi menantu orang yang berpengaruh dalam parti. Senario ini lebih “hidup” berbanding dengan kehadiran pemimpin/ahli yang sepanjang masa menimbulkan konflik.
*******************
Dikabarkan Syed Hussin Ali akan menyiasat Azmin Ali. Siasatan ini siasatan dalaman. Entah kes yang mana disiasat kita tak tahu.
Azmin Ali dikabarkan bertelingkah dengan Khalid Ibrahim. Dah lama. Desas desusnya Khalid Ibrahim akan diminta melepaskan jawatan MB secara rasmi. Kononnya untuk mengurangkan konflik.
Bagi Azmin Ali pula, yang kita nampak banner sahaja. Banner tidak boleh dijadikan bukti; walaupun banner itu boleh jadi satu manifestasi penyakit dalaman yang tersembunyi...
Dulu Hassan Ali bertelingkah dengan Khalid Samad.
Kesamaan nama ini kebetulan saja…
Jangan keputusan pun jadi kebetulannya sama sudah.
No comments:
Post a Comment
Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.