Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday, 15 July 2014

SELANGOR SERUPA DENGAN KEDAH KAH?

PECAH REKOD MEMECAHKAN KERUSI 

Setelah berpuluh-puluh kerusi pecah gara-gara memilih ketua, dan peluang untuk ketua yang atas lagi menjadi MB, hari ini kita dikejutkan dengan berita ini:

BERITA MENGUJI PASARAN?

Mengapa terkejut membaca berita itu? Sebab semalam baru saja MB mendapat lawatan "mengejut" dari Presiden PAS:

LAWATAN ATAU TAWAR-MENAWAR?

Takkan Presiden PAS jumpa MB Selangor hanya sekadar "lawatan"?

Bukan rahsia lagi Presiden PAS menyokong Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor. Oleh kerana itulah keluar berita dari sumber yang tidak didedahkan bahawa MB Selangor bakal diganti. Penggantinya tak lain tak bukan Azmin Ali.

Berita menguji pasaran. 
Berita yang mahu offset lawatan Presiden PAS ke pejabat MB Selangor.

Put 2 and 2 together, kita sudah boleh baca yang tersirat dalam berita dari Astro Awani itu. 

TAKDE MESYUARAT

Kalau Sekretariat Pakatan rakyat sudah menafikan, maknanya berita dari portal Astro Awani itu bohong. Atau mendapat sumber yang bohong. Berbohong itu kerja orang yang fasiq.

Oleh kerana itu dalam bulan Ramadhan yang mulia ini kita ingatlah kembali kepada ayat ini:

SEKADAR MENGINGATKAN

Mungkin elok kalau wartawan Astro Awani dedahkan dari mana dia dapat sumber itu.

Bukan apa, kita takut pada PRU14, pengundi Selangor akan jadikan Selangor macam Kedah.

Buruk betul perangai sesetengah orang politik di bulan Ramadhan...

---Bersambung---

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.