Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday 28 August 2014

JANGANLAH BERPERANG DI PENGKALAN KUBOR - BIAR PAS BERTANDING DI SANA

Mungkin ada geng PKR marah bila baca N3 Yong kali ini. Tapi Yong cakap terus terang jer.

KERUSI PINJAM SAHAJA 

Bukan Yong sokong sangat pandangan Nik Amar bab pinjam meminjam ini. Yong pun tak tahu apa terma-terma dalam pinjaman itu. Lainle pinjaman bank, tentu clear, kan?

Tetapi, pada pandangan Yong, tak payah le PKR nak bertanding di Pengkalan Kubor tu. Bagi saja pada PAS.

Kalau taknak bagi begitu saja, buatlah tukar suka sama suka. Boleh tukar dengan mana-mana kerusi PAS di Selangor. Jadi, peluang PKR untuk mendapat kerusi yang lebih banyak PRU 14 akan lebih  cerah lagi. Tak timbul sok-sek PKR 14, PAS 15 (sekarang dah seri 13-13, sebab PKR tolak 1 bebas dan PAS 2 tergantung). 

Biarlah PAS bertanding satu lawan satu dengan UMNO/BN di sana.

Gasak demer nak lawan sungguh-sungguh, atau friendly match.

Kita tengok nanti ada atau tidak geng bawa spenda seperti yang dilakukan UMNO di Sungai Limau dan di Kajang.

SALAH SATU KERJA UMNO MASA PILIHANRAYA

Kita tengok saja.

Lagipun, kalau PKR lepaskan Pengkalan Kubor itu, PKR boleh simpan duit, simpan tenaga dan simpan malu (jika kalah).

Kata orang, berundur dahulu bukan bermakna mengaku tewas, tetapi untuk mengatur strategi.

Jadi, janganlah berperang berebut kerusi yang belum pasti di Pengkalan Kubor.

7 comments:

  1. Saya setuju pengakal Kubor diserah kepada PAS, sebab saya yakin PAS akan berkubur di sana. PKR tak payah bertanding. Tak rugi apa-apa. Undur setapk untuk maju lebih banyak ke depan. Kita akan lihat PAS bertarung dengan UMNO. PKRpun tak payah berkempen, biar PAS buat kerja, sebab depa kata depa kuat dan boleh menang. UMNO akan kutuk dan guna pelbagai strategi menentang PAS. Biar puak UG dan tok serban dalam PAS melopong.

    ReplyDelete
  2. Saya setuju Pengakalan Kubor diberi kepada PAS. PKR tak payah bertanding, undur setapak ke belakang untuk maju ke depan tak salah. PAS kelihatan kemaruk sangat, yakin menang, tapi saya yakin akan kalah. UMNO akan tentang PAS habis-habisan dengan tenaga dan wang yang banyak. Bila kalah PAS sedar, nak bersama UMNO atau PR. Bila kalah, kita akan tengoj apa komen puak UG dalam PAS, melopong la....

    ReplyDelete
  3. err... camner nak klik 'like' kat komen terjah tu, bekenan bebenor teman

    ReplyDelete
  4. salam...

    sy nasihatkan kpd Pas and Pkr... X perlulah bertanding kt p.Kubor. v jer Ubn mene free. kalu ltk calon pun blum tentu mene. dan dale keadaan skrg, hbgn sesama parti dale PR kure baik, comfirm PR X akan mene di prk P.Kubor. kmgknn besar SPR akan menentukan tarikh cpt/awal prk P.Kubor sbb Ubn akan arahkan taikh prk dipercptkan, amik ksmptn keadaan x menen2 dale PR. Andaian aku je. kita tunggu dan tengoklah nt...

    ReplyDelete
  5. DeeDee Yong...

    PKR kena kasik laluan kat PAS.... kasi la PAS bertanding.... lepas tue ... pasai PAS rasa tanpa sokongan Pakatan Rakyat pon dier boleh menang... aper kata yang selain dari PAS dalam PR jangan pi gatai mengundi.... just tengok jer.... Hahahaa...

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  6. salam...

    ye betui tu... cer bagi kat PAS bertanding & buat semua kerja sorang sorang dia aje ! Kempen pun mintak orang PAS saje sokong undi deme... ade berani ke? Takde kuat mane PAS ni tanpa sokongan lain. Kalau kuat tentu senang aje menang dengan UmNo. Jangan le PAS perasan sangat. Don't do "a TG Hadi" like...hehe !

    ReplyDelete
  7. Setuju sangat dengan Yong agar Pkr tak payah bertanding; berikan saja pada Pas yang bertanding.Kita tunggu jawapan dan komen Pas terutamanya pusk UG.Bagaiman komen mereka jika menang dan bagaimana hujah bela diri mereka bila kalah.Agaknya peminat politik tanah air dah tahu jawapan dan tepis silat mereka ini.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.