Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday 17 August 2014

KONFIRM! SUDAH ADA CADANGAN NAMA

Ringkasnya berikut keputusan mesyuarat tadi:

Keputusan Jawatankuasa Pas Pusat hari ini yang diumum oleh Timbalan Presiden Tuan Haji Mohd Sabu.

a) Pas tetap bersama Pakatan Rakyat
b) Pas tidak akan meminta kerusi MB Selangor,
c) 4 Exco Pas di dalam MMKN akan kekal berkhidmat; dan
d) Pas cadangkan dua (2) nama sebagai MB iaitu 
i) YB Datin Seri Wan Azizah
ii) YB Azmin Ali


SALINAN KENYATAAN RASMI PAS

Secara tidak langsung PAS telah menekan brek.

Hancur berkecai harapan sesetengah pihak untuk membentuk kerajaan perpaduan di Selangor.

Bagi gerombolan dalam PAS yang begitu kuat meniup bara perpecahan PR demi membina jambatan kerajaan perpaduan UMNO-PAS, bermuhasabah dirilah. Kajian senario mengkomer boleh masuk bakul sampah sahaja.

Bagi gerombolan dalam PKR yang masih mengamalkan kronisme, juga perlu bermuhasabah diri. Kronisme itu perangai UMNO. 

Bagi gerombolan dalam DAP yang mulut tidak pandai zip, ingatlah! Mengamalkan ajaran Islam itu wajib bagi umat Islam, termasuk melaksanakan hukum hudud.

Tiada pemimpin yang sempurna. Setiap pemimpin ada kekuatan dan kecacatan. Pengikutlah yang menampung kecacatannya sehingga kepimpinan itu menjadi sempurna.

Hormatilah pengikut. Maka pengikut akan menghormati pemimpin.

Bersiaplah membina pelapis. Pelapis, bukan pelepah atau pelupuh. 

YB = Yang Berkhidmat.

12 comments:

  1. A'kum Yong

    Cantek ......mohon bawa balik N3 ni?

    ReplyDelete
  2. Yong,

    Episod yang akan memecahbelahkan Pakatan sudah berakhir. Tetapi episod PAS yang mengkucarkacirkan Pakatan, kemudian bila terdesak tekan brek. Lain kali masuk gear lagi nak meruntuhkan Pakatan.

    Keputusan ini melega tetapi ulangan yang sudah berkali-kali kita tengok sebelum ini.

    Cuma satu perkara yang TGHH terutamanya kena faham bahawa kerosakan yang menimpa PAS disebabkan tindakan PAS amat mencalarkan kredibiliti dan kepercayaan rakyat yang berada di luar PAS. Damage ini nampak nak menjadi permanent bergantung kepada tindakan PAS dan ahli-ahlinya selepas ini.

    TGHH sebagai Presiden kena tunjuk kepimpinan yang mantap selepas ini dan jangan membiarkan wujud kumpulan-kumpulan yang mempunyai agenda lain menggunakan PAS sebagai platform untuk mencapai agenda mereka.

    TGHH juga perlu membersih badan-badan kepimpinan didalam PAS seperti MSU dan Dewan Ulamak dari mereka-mereka yang mempunyai agenda lain menggunakan badan-badan ini untuk agenda mereka. Juga memperkasakan badan-badan ini dengan individu-individu yang berkebolehan dan kredibel.

    Kalau tidak cerita lama akan berulang.

    ps: cakap terang2 kat yang bersama UMNO tu tapi takdak added value dikacamata UMNO tu sudah2 le atau pi isi borang UMNO dan jadi ahli UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Bat

      Yong setuju sesiapa yang minat sangat nak bergabung dengan UMNO itu masuk UMNO sajalah. Selesai masalah.

      Sebab itu Yong kata kukuhkan pelapis. Ini kerana pelapis ialah harapan masa depan demi kelestarian parti PAS.

      Cantas dan buang semua pelepah buruk kerana ia boleh dihinggapi ulat yang merosakkan daun dan buah.

      Ganti pelupuh kerana PAS ibarat sebuah bangunan perlu dinding dan lantai baru yang kuat dan dinamik.

      Delete
  3. Keputusan semudah itu mengambil masa berminggu-minggu. Ke'slow'an dan men'delay'kan membuat keputusan tidak sepatutnya dilakukan oleh parti yang established seperti PAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Seniwoman

      Sebab terlalu banyak politiking daripada bekerja...

      Delete
  4. DeeDee Yong...

    Keputusan nih aderlah disebabkan Presiden dihantam kiri kanan atas sebab keputusan yang dibuat olehnya secara tergopoh-gopoh...

    Cuba kalu Presiden tak kena hantam... hahaha... mesti lain jalan citer...

    Aper-aper pon.... NIh gua nak sound Hadi Awang.... Lain kali jangan memandai nak buat menongkah arus walaupun lu Presiden Parti.... Hormat skit kat keputusan Muktamar....

    Kalu dah rasa dalam hati mau terima UMNO.... sila isi borang UMNO...

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  5. hrp diadakan 2 jwtn timbalan mb utk pas dan dap bagi mengimbangi kuasa mb dimasa akan datang

    ReplyDelete
  6. Teman dah kabor awei tu lah tak nak dengo cakap Yong.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.