Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday 20 September 2014

APABILA PAKAR LATIHAN MEMBACA DOA LAKNAT

Riuh dalam media sosial tertanya-tanya: 

"Siapa sebenarnya Dr Azahari Ariffin?"

Carian dalam internet hanya menemukan ini:

ORANG YANG SAMA?

Tiada lagi maklumat tentang mamat ini kecuali sebagai wakil WP dalam Muktamar PAS 60 dan doa laknatnya. Cari atas nama Azahar Yaakub, jumpa ini:

ORANG YANG SAMA?

Syarikat konsultansi ini menjalankan beberapa program dengan agensi yang dikawal oleh Kerajaan @ BN, termasuk IPT (Detail di sini).

Oleh kerana itu Yong faham kenapa dia tak guna nama sebenarnya dalam PAS. Jika tersebar, kemungkinan besar sumber rezeki syarikat konsultansi ini terjejas. 

Sudah tentu dia amat memahami karektor UMNO dalam memilih syarikat konsultansi untuk membuat program motivasi, etc. Kalau syarikat itu menjurus pada pembangkang, siaplah kau!

Dia tahu UMNO itu jenis apa kalau dapat kuasa. Boleh dikatakan hampir semua ahli PAS faham apa makna kezaliman. Tetapi mamat ini cakapnya menentang dasar BN, tetapi memilih untuk tidak memahami mengapa dua orang ADUN PAS memihak kepada PR (DAP dan PKR). Kenapa masih mahu menyokong:

PAS 15 + UMNO 12 + BEBAS 1 = 28?

Kecuali dia ada agenda sendiri...

Kedua ADUN PAS itu cuba menyelamatkan situasi Kerajaan Selangor jatuh kepada BN melalui kerjasama seperti di atas! 

Seorang pakar motivasi (dia mengaku master trainer), sudah tentu tahu perbezaan antara dogmatism, dan motivation. 

Kali ini Yong tidak petik ayat al-Quran dan Hadis sebab ulama PAS sudah fakeh. Yong petik kata-kata manusia biasa: 

“A good motivation is what is needed: compassion without dogmatism, without complicated philosophy; just understanding that others are human brothers and sisters and respecting their human rights and dignities. That we humans can help each other is one of our unique human capacities. ”

- Dalai Lama XIV

10 comments:

  1. Yong

    Dari senarai diatas, saya dapat pastikan hanya terdapat seorang level ketua UG dan hanya 2 orang sahaja peringkat pemimpin 1-tier. MB Kelantan tak termasuk senarai pemain-pemain utama.sorang lagi ketua tak berada didalam DUP. Dia menyorok kepala bila isu UG pecah tahun 2008. Dia hanya baru muncul kembali dalam isu MB Selangor. Bukan...bukan TGHH....


    Yang b3rfungsi disebalik tabir saya tidak dapat pasti kerana mereka ini tak pernah muncul diperingkat nasional. Jadi saya agak jika adapun hanyak bertindak sebagai 2nd-tier UG.

    Pandangan saya berdasar kepada pengamatan sejak isu UG ini timbul selepas PRU 2008. Yang saya kenal pasti itu, saya confident mereka hanya beberapa kerat pemimpin utama UG. Jejak-jejak mereka merata kita kita perhatikan tindakan-tindakan mereka dari awal.
    ..........................

    Apa dah jadi dengan PAS. Jika kita ukur dari Muktamar ke 60, PAS nyata lebih terok dari UMNO kerana PAS bersandarkan Islam. Jika tidak bendung pengaruhi negatif sekarang, ia akan menjadi lagi terok dan lagi parah menjelang pemilihan akan datang.

    Apa yang kita lihat di muktamar adalah eviden jelas mengikut ilmu management moden, kegagalan total pemimpin utama menunjukkan kepimpinan yang berwibawa. Its a total failure!

    Let me be blunt.....segala masaalah yang sudah peringkat m3ncemaskan ini adalah kegagalan TGHH sebagai Presiden PAS. Presiden PAS mempunyai 2 fungsi utama: sebagai ulamak ( pemimpin jamaah) dan pemimpin politik Islami yang berwibawa. TGHH failed didalam kedua-dua fungsi! Sekarang jamaah berterabur dan politik hancur lebur.

    TGHH sudah hilang kelayakan untuk terus kekal sebagai Presiden apabila dia menghantar senarai calon MB Selangor yang dibuatnya sendiri. He has lost his legitimacy to stay as Presiden PAS.

    Dalam ucapan dasarpun kita tidak nampak dia memahami kerosakan2 yang telah beliau lakukan dlm isu MB Selangor. Jauh sekali kita dapat detect any remorse on what happened nor we detect any effort to correct the wrongs. Dia hanya bermain politik untuk menyelamatkan batang tengkoknya sahaja. Very sad indeed.

    Sebaik-baik dia sepatutnya membentangkan plan untuk bersara secara berperingkat dimana beliau tidak akan bertanding didalam pemilihan akan datang. Juga membentangkan plan tindakan2 untuk memulihkan PAS sebelum bersara terus dari politik.

    Wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Failed to understand Pas. He should be in the muktamar.... ........at least he knows what's happening.

      Delete
    2. Admin sterling

      I attended the muktamar since friday as an observer to understand wats going on. What qualify u to comment? Being an Umnoputra?

      Delete
  2. I have nothing to disagree with bat8 argument. PAS President seemed as an incompetent professional leader to manage the best established party in our nation.

    Rajin betul Yong selak mee, ada udang rupanya. Dah lah dia tu doktor (ie. pandai), ustaz (ie. pengajar berilmu) malah haji (ie. genap semua rakan Islamnya), sanggup berkelakuan spt semua title itu tiada langsung significantnya. Jika dibandingkan, macai UMNO pun lebih baik drp individu tak semenggah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembetulan:
      .... malah haji (ie. genap semua rukun Islamnya), .....

      Delete
  3. Elok PAS buat pemilihan semula supaya boleh tahu siapa yang diterima atau tidak.

    ReplyDelete
  4. yong
    analisis mantap dr bat8.
    utk bersangka baik...I think anak menantu TGHH is screwing up PAS.....as much as nik abduh feeeding wrong info intentionally to TGNA. TGHH has lost moral and ethical rights to lead anymore unless anak menantu dia dikikis keluar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Otoote

      Sebenarnya kepala2 UG dah manderam menantu TGHH dengan duniawi. Baik punya hook. Depa guna menantu untuk manderam pak mertua untuk menjadi puppet mereka. TGHH bukan kepala UG. Menantu pun bukan kepala tetapi foot soldier je sebab kedudukan dia sebagai menantu mudah nak pengaruh orang. Itu je

      Delete
  5. Terlalu takut akan kehilangan sesuatu membuatkan banyak manusia membuat pilihan yang merugikan dan kerosakan yang terjadi selepas itu mengambil masa yang lama untuk diperbaiki.

    ReplyDelete
  6. DeeDee Yong...

    Dulu fitnah pil kuda.... kini fitnah beli adun....

    Err... biler la nak kasi fakta dan bukti nih... Tak sabar la....

    Hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.