Maka dua orang ketua dari negeri Hang Tuah bersuara
Mula-mula kedengaran suara ketua yang muda:
Kenyataan media DPPNM
"Menuntut penerangan dari PAS Pusat"
Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka ingin meminta penjelasan secara terbuka dan segera oleh PAS Pusat berdasarkan beberapa kenyataan oleh Setiausaha Agong PAS dan Timbalan Presiden yang di lihat seperti ada percanggahan antara satu sama lain.
Kemelut ini sudah sampai masanya untuk di terangkan ke peringkat akar umbi yang sekarang menganggap seolah-olah PAS pusat mempunyai masalah yang besar kerana banyak kenyataan-kenyataan dari presiden hingga AJK PAS pusat yang berlawanan antara satu sama lain.
Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka merasakan ahli bawahan berhak mengetahui beberapa perkara:
1) Majlis Syuro membuat keputusan politik dalam isu kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar yang sepatutnya di lakukan oleh Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat(JKPP) pada 6.8.2014.
2) Keputusan JKPP pada tarikh 17.8.2014 dan 25.8.2014 yang sudah muktamad dalam meletakan nama Menteri Besar Selangor, tiba-tiba pada 5.9.2014 keputusan sudah berubah dan ramai di kalangan Dewan Harian PAS Pusat sendiri tidak tahu dengan keputusan yang baru ini.
Kami menganggap perkara ini masalah yang besar dalam sistem organisasi PAS di mana keputusan - keputusan tidak di endorsed melalui JKPP dalam menyelesaikan isu politik yang menyebabkan konflik menjadi lebih besar. Di harap pemimpin-pemimpin tertinggi mengikut perlembagaan parti dalam menguruskan setiap keputusan besar.
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka.
Jauhar bin Muhammad Dawi.
Kemudian diiringi dengan Ketua yang lebih senior:
Merujuk kepada Kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bahawa PAS menghantar 3 nama kepada Sultan.
1. PAS Melaka merasa amat terkejut dengan tindakan tersebut.
2. Saya juga merasa terkilan dan amat bersimpati kepada AJK PAS pusat yang dipinggirkan dalam membuat keputusan berhubung kedudukan MB Selangor
3. PAS Melaka akan meminta penjelasan lanjut dari pimpinan tertinggi dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang dijadualkan pada 7 September 2014.
4. Pas Melaka merasakan tindakan menghantar 3 nama ( 2 PKR dan 1 PAS) akan:-
i) Menghilangkan kepercayaan umum rakyat kepada PAS
ii) Imej PAS sebagai gerakan siasah yang memperjuangkan Islam juga akan tercalar.
Adly Zahari
(Pesuruhjaya PAS Melaka)
Keduanya membawa persoalan yang sama. Persoalan ini ekoran daripada kenyataan Timbalan Presiden PAS:
MALAYSIAKINI |
Semakin bercelaru nampaknya.
PAS kata ia taknak "paksa" Sultan supaya bersetuju dengan calon yang disokong PKR dan DAP. Lalu PAS menghantar 3 nama yang tidak mengandungi nama Wan Azizah dan Azmin Ali.
Ini kes apa?
Oh, rupanya Wan Azizah yang telah memimpin partinya selama 16 tahun itu tiada kemampuan mengendalikan pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor. Tak layak.
Mungkin Khir Toyo lebih layak...
Tapi Khir Toyo sudah jadi sejarah.
Mungkin semua MB/KM UMNO juga dulu ada pengalaman besar sebelum jadi MB/KM, termasuk Mukhriz Mahathir yang berjaya merebut Kedah dari PAS yang diketuai Arwah Ustaz Azizan - Layak.
Haji Hadi sendiri yang "layak" hanya berjaya memerintah Terengganu selama satu penggal.
Mengapa dinafikan peluang kepada Wan Azizah untuk membuktikan sama ada dia ada kemampuan atau tidak?
Pepatah Melayu berkata:
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Pokok pangkalnya, kerana Wan Azizah seorang perempuan, senang saja orang kata dia tidak layak. Azmin pula, tak layak jugak? Alasan apa pulak?
********************
Pantun ini khas untuk orang bukan rakyat Selangor yang sedang merancang kehidupan rakyat Selangor.
PAS kata ia taknak "paksa" Sultan supaya bersetuju dengan calon yang disokong PKR dan DAP. Lalu PAS menghantar 3 nama yang tidak mengandungi nama Wan Azizah dan Azmin Ali.
Ini kes apa?
WAN AZIZAH TAK LAYAK ANTARAPOS |
Oh, rupanya Wan Azizah yang telah memimpin partinya selama 16 tahun itu tiada kemampuan mengendalikan pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor. Tak layak.
Mungkin Khir Toyo lebih layak...
Tapi Khir Toyo sudah jadi sejarah.
Mungkin semua MB/KM UMNO juga dulu ada pengalaman besar sebelum jadi MB/KM, termasuk Mukhriz Mahathir yang berjaya merebut Kedah dari PAS yang diketuai Arwah Ustaz Azizan - Layak.
Haji Hadi sendiri yang "layak" hanya berjaya memerintah Terengganu selama satu penggal.
Mengapa dinafikan peluang kepada Wan Azizah untuk membuktikan sama ada dia ada kemampuan atau tidak?
Pepatah Melayu berkata:
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Pokok pangkalnya, kerana Wan Azizah seorang perempuan, senang saja orang kata dia tidak layak. Azmin pula, tak layak jugak? Alasan apa pulak?
********************
Pantun ini khas untuk orang bukan rakyat Selangor yang sedang merancang kehidupan rakyat Selangor.
Kajang lu corak pua,
Kajang gua penuh sembilu;
Dagang lu cilok gua,
Dagang gua cilok lu.
Sanggupkah orang Melaka jadi Hang Jebat?
Sanggupkah orang Melaka jadi Hang Jebat?
Tahniah dan syabas untuk PAS Melaka kerana berani menyatakan apa yang mereka fikir baik. Bukan berbelit-belit dan penoh muslihat...
ReplyDeleteKepada Pas melaka. Apa masaalahnya dengan kamu ni? Tak baca habis tapi nak melenting macam mabuk todi. Kalau ada benda yang tak setuju janganlah terpekik lolong ditepi jalan; tanyalah dalam mukhtamar nanti. Ini bukan isu siapa nak jadi Ketua Menteri melaka dari Pas ke atau PKR. ini bab Selangor. Sultan (maaf, Melaka mana faham sultan) minta LEBIH dari DUA nama calon, maknanya tiga atau lebih. Awal dah ada dua nama, takkan sebab nak tambah satu nama kena panggil semua Pemimpin Pas seluruh negara untuk bermesyuarat!! Sedangkan PKR yang begitu degil dengan sati calon, Wan Azizah pun dah hantar TIGA nama. Tak pulak orang2 PKR jagi gila macam kamu semua!! Bodoh!
ReplyDeleteBahasa jiwa bangsa bro...!
DeleteDeeDee Yong....
ReplyDeleteThorbaek la pantun empat kerat tue.... Pergh... memang thorbaek.... Hahaha... Kalo Nordin Ahmad idup lagi ... gua tak dapat bayangkan dier baca pantun empat kerat tue stail dier.... dengan lenggok dan seni dier.... Hahaha
C++
CipanTapirTenuk.Blogspot
Tahniah Presideng, tapi demi masa depan PAS eloklah presideng berundur.
ReplyDeleteElok le dia ke laut jadi nelayang, lekash lekah ! Bawak sekali Mustapa Ali & yang lain-lain nu !
DeleteMeraban teben semua dibuatnya !
Salam Prof !
ReplyDeletePresiden TGHH ni le ketua yang paling consistently inconsistent !! End of !